Saturday, 2 January 2016

We Could See a Major Financial Crisis in 2016 - Robert Kiyosaki

Assalamualaikum semua..


Saya pasti mesti ramai yang kenal dengan nama Robert Kiyosaki, seorang ahli perniagaan dan pakar  motivasi berstatus 'billionaire' dari US, dan kisah-kisah kejayaanya berkaitan bebas kewangan.. Buku-buku tulisan Robert Kiyosaki ni banyak dijual di kedai-kedai buku Malaysia, dan lebih menarik lagi sekarang ni ada antara buku-buku ni yang telah diterjemah ke Bahasa Malaysia.. Buku-buku Robert Kiyosaki ni semuanya setebal beratus-ratus muka surat tau.. Tapi kandungannya sangat padat dan bagus untuk siapa sahaja yang nak ubah tahap kewangan.. Saya sendiri ada lebih kurang 5 buah buku tulisan Robert Kiyosaki dan sekarang saya tengah berusaha untuk menghabiskan semua helaian muka surat buku-buku ni.. hehe

Oh ye, bukan tu sahaja.. Saya juga ada subscribe e-mail dari Robert Kiyosaki untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkaitan ilmu kewangan.. Macam yang saya pernah cakap sebelum ni, kalau nak berjaya kenalah belajar dari orang-orang yang berjaya kan.. Harini saya tertarik dengan satu tajuk e-mail "How to Get Your Financial House in Order" dari Robert Kiyosaki.. Katanya, tahun 2016 ni akan menjadi tahun yang menarik dan Robert menjangkakan akan berlakunya krisis kewangan yang berkemungkinan memberi implikasi besar bukan sahaja kepada warga US tetapi juga penduduk dunia yang lain.. Kalau anda nak tahu, US akan mengadakan pilihan raya umum bagi calon Presiden yang baru pada tahun ni.. Semua calon Presiden sedang giat mengadakan kempen untuk meraih sokongan dan undi rakyat US.. So, Presiden yang terpilih nanti bakal mencorakkan ekonomi US yang biasanya memberi kesan tak langsung kepada ekonomi dan kewangan dunia.. 





Bercakap pasal krisis kewangan ni kan, agak-agaknya berapa ramai yang dah bersedia dengan kewangan mereka? Percaya tak kalau saya kata kebanyakkan dari kita belum bersedia sepenuhnya nak hadapi krisis kewangan ni.. Ramai orang kita yang letak wang mereka dalam akaun simpanan dan berdoa supaya wang itu tetap kekal disitu bila mereka perlukannya.. Tindakan seperti ini takkan menggandakan wang mereka, dan lebih teruk lagi mereka takkan keluar dari kemiskinan buat selama-lamanya.. Mereka lupa bila terjadinya krisis kewangan nanti, nilai matawang akan menyusut dan memberi implikasi pada kewangan diri dan keluarga mereka disebabkan oleh ketidakstabilan ekonomi dunia.. Bayangkan kalau esok anda dipecat atau bisnes jatuh merundum, apa agaknya implikasi kewangan yang bakal anda hadapi? Macam mana nak cover duit rumah, kereta, belanja rumah dan sekolah anak eh? So, cara yang terbaik adalah kenal pasti dimana tahap kewangan anda sekarang, fahami apa yang akan berlaku di masa hadapan dan maksimumkan peluang yang ada di depan mata.. Peluang tu boleh jadi anda mulakan perniagaan yang menguntungkan, melabur dalam hartanah dan wang amanah, beli emas dan macam-macam lagi, bergantung pada apa yang lebih menguntungkan anda..

Semoga artikel ni bermanfaat kepada anda ya.. Oh ye, kalau ada yang nak memborong handbag, wallet dan aksesori menarik untuk wanita dan kanak-kanak boleh hubungi saya di 019-6799980 atau e-mel di hujungminggu.my@gmail.com..


Sampai jumpa lagi..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
www.hujungminggu.my

No comments:

Post a Comment