Thursday, 7 January 2016

Handbag Patchwork: Eksklusif, Unik dan Cantik

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera..


Alhamdulillah.. Lepas saya post gambar-gambar handbag patchwork di FB The Gallery Hujungminggu.My, ramai yang sms dan whatsapp saya bertanya tentang handbag-handbag ni.. Tak sangka rupanya memang ramai sangat peminat handbag patchwork ni.. Bukan sahaja cantik kan, tapi juga trendy dan sesuai dengan pelbagai busana.. Buat adik-adik yang suka pakai baju warna plain tu, kalau nak nampak lebih berseri-seri boleh la padankan dengan handbag-handbag patchwork ni.. Kalau ada kerja di pejabat-pejabat Kerajaan, handbag ni pun sesuai dipakai pada setiap hari Khamis sebab design handbag ni ala2 batik sikit.. Oh ye, sebenarnya memang kami ada design batik pun..

Ada yang tanya, apa istimewanya handbag patchwork ni..? 

Haa.. Kalau anda nak tau, handbag patchwork ni dibuat dari kain jenis fabrik bermutu tinggi dan dijahit menggunakan kaedah quilt.. Setiap jahitan dibuat dengan penuh teliti dan rapi menggunakan mesin jahit tangan sahaja.. Jahitan ni pula dibuat satu persatu dengan tangan, dan bukan dikilangkan macam kebanyakkan handbag-handbag kulit atau pvc yang lain tu tau.. Kami sangat pentingkan 'quality control', dan hanya handbag yang cantik, teliti dan sempurna sahaja akan dijual kepada pelanggan dan pemborong.. Disebabkan ia dijahit menggunakan tangan, semua produk-produk ini datang dalam versi 'limited edition' dan jarang-jarang sekali anda jumpa design yang sama.. Inilah yang menjadikan handbag patchwork kami lebih eksklusif, istimewa dan unik.. Jom saya belanja beberapa keping gambar handbag patchwork ni.. Mana tau ada yang anda berkenan kan.. hehe











Ahaa.. Saya dah cakap tadi kan.. Handbag patchwork dari The Gallery Hujungminggu.My ni memang sangat unik dan berbeza dari mana-mana handbag lain yang ada dipasaran.. Handbag ni ada antaranya kami gunakan teknik cantuman dari kain-kain batik untuk menimbulkan citarasa 'desa' dan 'gadis melayu terakhir'.. Woww klasik sangat kan.. Siapa sangka kain perca lebihan dari jahitan baju ni rupanya mampu menghasilkan satu seni yang indah.. Bukan sahaja indah, malah boleh diguna semua untuk pelbagai kegunaan..

Kalau anda merancang nak buat majlis pertunangan ke.. pernikahan ke.. marhaban ke.. aqiqah anak-anak ke.. Handbag patchwork seperti ini memang sangat sesuai dijadikan cenderahati.. Sebenarnya harga yang kami tawarkan ni memang dah murah sangat-sangat dalam pasaran.. Kami takde letakkan harga yang membebankan pelanggan atau pemborong.. Sebab matlamat kami bukanlah semata-matanya pada keuntungan.. Tapi lebih kepada membantu pelanggan dan pemborong mendapatkan handbag dengan design yang menarik dengan harga yang sangat-sangat berpatutan.. 

Dulu saya pun macam anda semua jugak la.. Selalu google kat internet nak cari cenderahati yang murah tapi tetap cantik.. Tak jumpa yang menarik di internet, saya drive pula ke Nilai 3.. Tapi hampa dan penat sangat.. Sebab takde design yang cantik dan betul-betul memenuhi selera saya.. Saya ni bukanlah cerewet sangat, tapi terus terang saya cakap semua produk yang saya jumpa tu sangat-sangatlah 'hampeh'.. Lepas penat mencari dan berjalan, yang saya dapat cuma penat dan lapar.. hikhik.. So, lepas tu saya duduk fikir kat mana lagi nak cari cenderahati yang cantik-cantik ni.. fikir punya fikir punya fikir.. Saya buat keputusan untuk menjual sahaja cenderahati dan handbag-handbag ni.. Disebabkan saya pernah ada pengalaman dan sakit hati tak jumpa apa yang dicari, so saya berazam untuk membantu dan memudahkan orang lain mendapatkan produk-produk ni melalui perniagaan.. Dari situlah saya mula merantau ke Indonesia dan China untuk melengkapkan perjuangan saya ni.. Kenapa saya kata perjuangan? Sebab saya nak bantu ramai orang dan menyelesaikan masalah mereka mencari produk-produk handbag dan cenderahati yang cantik dan unik ni.. Alhamdulillah, harini ramai pelanggan dan peniaga yang mendapat manfaat dari perjuangan saya ni.. Syukur sangat..

Okey, pada anda yang berminat dengan handbag patchwork ni, tak kisah la sama ada anda seorang pelanggan atau pun peniaga, anda boleh hubungi saya di 019-6799980 atau e-mel di hujungminggu.my@gmail.com untuk pembelian produk atau borong ye.. Kalau ada yang nak jadi agent dropship pun saya memang sangat-sangat mengalu-alukan anda.. Sambil berniaga, sambil membantu menambah nilai hidup orang.. Tak gitu..?



The Gallery Hujungminggu.My
Pembekal beg, wallet, cenderahati dan aksesori untuk wanita dan kanak-kanak
019-6799980
hujungmiggu.my@gmail.com
www.hujungminggu.com

No comments:

Post a Comment