Friday, 22 January 2016

18,675 Mahasiswa Tidak Berduit untuk Makan - Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia

Assalamualaikum..




Beberapa hari lepas saya ada terbaca berita tentang kajian oleh Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia terhadap 6 buah universiti tempatan mengenai "Mahasiswa dan Cabaran Ekonomi".    Berdasarkan kajian ni, Pertubuhan ini mendapati seramai 18,675 orang mahasiswa kita tak berduit untuk makan..! Hmm.. Ada yang beri feedback positif.. Dan ada juga yang terus menyalahkan pelajar2 kita dan pihak2 berwajib.. Pelajar2 dipersalahkan sebab terlalu boros dalam berbelanja dan menggunakan wang pada perkara2 yang tak penting seperti handphone yang mahal.. Pihak2 berwajib pula dipersalahkan kerana tak memberi bantuan yang sewajarkan pada pelajar2 kita.. Tapi pandangan saya pula, krisis ekonomi dan kewangan ni adalah masalah global disebabkan oleh perubahan harga minyak, komoditi dan matawang dalam pasaran dunia.. Bukan sahaja di Malaysia, malah negara2 maju yang lain pun takkan terlepas dari krisis global ni.. Haa kita masuk bab ekonomi dunia pula kali ni kan.. hehe.. 

Tapi persoalannya sekarang, apa yang anda buat untuk pulihkan masalah kewangan dan ekonomi..? Sekurang-kurangnya pun untuk pulihkan masalah kewangan dan ekonomi diri sendiri..! Adakah anda hanya duduk diam membisu sambil berdoa tukaran Ringgit kembali pulih seperti dulu..? Atau bangkit mencari peluang membaiki ekonomi dan kewangan diri sendiri..? Yes, berdoa itu bagus.. Tapi berdoa tanpa usaha takkan membawa anda ke mana2.. 

Sebagai peniaga, saya melihat krisis ekonomi dan kewangan ni sebagai satu 'peluang' yang baik.. Peluang untuk saya bantu orang2 melayu membaiki kehidupan dan taraf kewangan mereka.. Peluang untuk mereka menjana pendapatan tambahan.. Dan peluang untuk mereka keluar dari masalah hutang buat selama-lamanya.. Bagaimana saya boleh mencipta peluang untuk anda..? Atau kalau anda salah seorang pelajar yang 'terjerat' dengan masalah kewangan dan menjadi penyumbang dalam statistik kat atas ni, macam mana saya boleh mencipta peluang untuk anda..? Caranya adalah dengan memulakan perniagaan.. Mulakan secara kecil-kecilan dulu pun takpe.. Sebab yang penting adalah usaha yang berterusan untuk mencapai matlamat bebas hutang tu.. Masalah ramai orang kita sekarang, diorang dah mulakan perniagaan tapi tak berani untuk menghabiskannya.. Bila ada 'permulaan' mestilah kena ada 'penghabisan'.. Betul tak..? Tapi orang2 kita ramai yang berhenti dipertengahan jalan.. Jadi, macam mana nak baiki ekonomi dan kewangan kalau kita takde semangat yang kental untuk berubah.. Betul tak..?

Jadi, kalau anda betul2 tekad dan bersemangat untuk berubah, anda kena mulakan sekarang.. Ingat, hanya anda je yang boleh mengubah nasib diri anda sendiri.. Cuba fikirkan, selama beberapa tahun hidup ni apa yang anda buat untuk baiki diri sendiri..? Atau sekurang-kurangnya memberi kesenangan dan kehidupan yang lebih baik untuk ibu bapa, isteri, anak2 dan keluarga anda..? Adakah anda jenis yang tak kisah dengan apa pun yang berlaku dan hanya menyerahkan nasib hidup anda pada takdir semata2.. Tapi lepas tu jangan la complaint pasal duit tak cukup atau belanja dapur semakin mahal.. Sebab anda sendiri yang tak nak berubah kan.. Berapa lama lagi anda nak teruskan hidup macam ni..? 10 tahun lagi..? 20 tahun lagi..? Atau selama-lamanya..?

Untuk anda yang nak mulakan langkah pertama untuk berniaga dan membaiki kewangan, kami di The Gallery Hujungminggu.My mempunyai pelbagai koleksi handbag, wallet, aksesori, cenderahati dan blouse yang cantik, murah dan menarik untuk dibeli secara borong.. Dengan setiap pembelian produk, anda akan dapat diskaun sebanyak 40%.. Jadi, anda boleh jual semula produk2 ni mengikut harga pasaran atau terserah pada anda nak letak berapa harga sekalipun.. Apa yang penting adalah anda dapat menjana wang dari jualan produk2 ni.. Pada anda yang takde modal atau tak berani untuk keluarkan modal, anda boleh join sebagai agent dropship dengan komisyen sebanyak 10% dari harga jualan.. Apa yang menarik dengan dropship, komisyen dibayar pada setiap 15hb.. Jadi, pada masa kebanyakkan orang menjadi 'kering' pada tengah2 bulan dan menunggu gaji pada hujung bulan, anda masih boleh enjoy dengan pendapatan tambahan dari komisyen ni.. Lebih banyak anda menjual, lebih banyak la komisyen untuk anda.. Apa yang penting adalah 'rajin' dan 'konsisten'..

Nak tau lebih lanjut pasal memborong atau dropship dengan The Gallery Hujungminggu.My..? Boleh whatsapp saya di 019-6799980 yea..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980

No comments:

Post a Comment