Irfan Khairi..?
Bila sebut je nama Irfan Khairi, mesti ramai yang terbayangkan seorang anak muda bertubuh kecil, berwajah manis dan mempunyai kredibilitinya yang tersendiri.. Dan.. Paling penting sekali, mesti ramai yang tahu inilah anak muda yang berjaya menjalankan perniagaan internet sehingga dinobatkan sebagai jutawan internet paling muda.. Harini, Irfan Khairi banyak mengendalikan program-program motivasi kewangan dan kursus-kursus perniagaan internet untuk peniaga, usahawan, pelajar dan surirumah secara online dan offline..
Sebenarnya, saya pun antara mereka yang pernah menyertai kelas-kelas perniagaan Irfan Khairi.. Malah, buku-buku motivasi dan kewangan Irfan Khairi pun banyak tersusun di rumah saya.. Bukan apa, semua ni adalah untuk melengkapkan diri saya dengan ilmu-ilmu perniagaan, pemasaran dan kewangan.. Saya selalu ingat pesan mentor saya, kalau nak berjaya kena belajar dengan orang yang dah terbukti berjaya.. Kalau nak kaya pula, sedut ilmu dengan orang-orang yang dah kaya raya.. Belajar strategi dan teknik yang dah terbukti berkesan dan berjaya menjadikan mereka kaya raya.. Antara jalan pintas dengan jalan yang lebih jauh, mana yang anda akan pilih..? Mestilah jalan pintas.. Betul tak..? Haa.. Macam tu la juga konsepnya dalam perniagaan ni..
=>Siapa kat sini yang ada buat perniagaan online..?
=> Siapa kat sini yang dah bertahun-tahun buat perniagaan online, tapi masih belum berjaya..?
=> Siapa kat sini yang nak saya tunjukkan jalan pintas untuk berjaya dalam perniagaan..?
Untuk entri kali ni, saya nak share dengan anda 3 rahsia kejayaan Irfan Khairi yang menjadikan beliau seorang jutawan dalam usia yang sangat muda.. Tapi bila saya dah share dekat sini bukanlah lagi rahsia kan.. hehe..
1. Tetapkan matlamat yang jelas
Kata Irfan Khairi, semua perniagaan mesti ada matlamat yang jelas.. Bukan sekadar jelas tau.. Tapi cukup jelas sehingga anda betul-betul dapat melihat apa yang anda nak capai, bila nak capai dan perancangan yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat tu.. Lebih jelas matlamat yang anda tetapkan, lebih mudah anda mencapainya.. Tapi kalau matlamat tu macam samar-samar je, maka alamatnya samar-samarlah juga peluang anda untuk mencapainya..
Saya setuju sangat dengan Irfan Khairi.. Dulu, bertahun-tahun hidup saya tak pernah ada matlamat..! Tak percaya..? Betul..! Saya tak pernah ada matlamat..! Apa yang saya ada hanyalah azam..! Berazam untuk menjadi lebih baik dari semalam..! Tengok, azam saya tak jelas kan.. Saya tak tahu apa sebenarnya yang saya nak dalam hidup ni.. Sampailah bila saya sertai kelas-kelas perniagaan dan diperkenalkan dengan 'matlamat' yang lebih jelas berbanding 'azam' yang samar-samar.. Percaya tak, bila saya buat matlamat ni, saya boleh nampak siapa saya dan dimana saya berada untuk 10 tahun yang kedepan..! Dan sekarang, saya masih dan sedang berusaha untuk mencapai matlamat ni.. Nak tahu apa matlamat saya..? Haa.. Tunggu entri akan datang, nanti saya cerita pada anda ye..
2. Usaha dengan konsisten
Kata Irfan Khairi, usaha untuk berjaya mesti dibuat dengan konsisten dan berulang-ulang.. Barulah kita boleh nampak apa yang kita usahakan.. Tadi saya ada sebut pasal jalan pintas untuk berjaya kan.. Haa.. Kalau ada jalan pintas sekalipun, tapi usaha tak konsisten pun tak guna juga tau.. Ibarat kita nak makan durian la.. Kalau nak makan durian harini, kita dah tanam 6,7 tahun lepas dah pokok durian tu.. Pokok durian tak tumbuh satu hari tau.. Benihnya perlu disemai bertahun-tahun barulah boleh merasa hasilnya.. Tapi ada sesetengah orang tu nak makan buah durian, tapi tak nak pula tanam.. Haa.. Tak boleh la macam tu kan..
Perniagaan ni kita kena tengok hari-hari tau.. Tak boleh la harini kita aktif promosikan produk kita tu.. Tapi esok kita penat la.. letih la.. Lepas tu kita lupa terus nak promosi perniagaan kita tu, dan expect hasil yang sama dengan orang lain yang buat promosi setiap hari.. Haaa.. jangan buat macam tu tau.. Masih ingat kan 'Big WHY' kita tu..
3. Ubah Sampai Dapat..!
Kata Irfan Khairi, dalam perniaagaan ni kita kena sentiasa flexible dan mencuba pelbagai teknik, strategi dan kaedah sehingga kita betul-betul jumpa yang sesuai dengan perniagaan kita.. Tak semua teknik, strategi dan kaedah ni sesuai dengan produk yang kita promosikan.. Jadi, bila kita dah jumpa yang sesuai dengan kita, teruskan usaha dengan konsisten sampai kita berjaya dapat hasil yang kita mahukan.. Ingat tau, orang berjaya adalah mereka yang sanggup berubah dan melakukan tindakan luar biasa sehingga berjaya..
Sebenarnya, rahsia kejayaan Irfan Khairi ni telah banyak digunakan oleh usahawan dan peniaga-peniaga online yang lain.. Harini, rahsia ni bukanlah lagi rahsia sebab ramai orang yang telah mendapat manfaat dari perkongsian ini sehingga hidup mereka benar-benar berubah 360 darjah..! Asyik tengok orang lain je berjaya kan, apa kata kalau tahun ni anda tetapkan marlamat anda sebenar-benarnya dan jadikan 2016 sebagai peluang dan kejayaan untuk anda pula..
Anda nak berniaga tapi takde produk..? Apa kata kalau saya bantu anda dapatkan produk yang murah, cantik, unik dan terlaris di pasaran supaya anda dapat menjana pendapatan dengan pantas dan mengubah taraf kewangan dan hidup seperti yang anda impikan.. Call / whatsapp saya sekarang di 019-6799980 atau e-mel di hujungminggu.my@gmail.com
Semoga perkongsian ini bermanfaat..
The Gallery Hujungminggu.My
Pembekal beg, wallet, aksesori dan cenderahati untuk wanita dan kanak-kanak
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
www.hujungminggu.my
No comments:
Post a Comment