Dah macam trend sekarang ni kan.. Bila bangun pagi je mesti nak buka Facebook dulu kan.. hehe.. Orang kata, orang Malaysia ni pelik-pelik.. Buka-buka mata je tengok Facebook.. Dalam toilet tengok Facebook.. Tengah tunggu bas tengok Facebook.. Tengah makan pun tengok Facebook.. hehe.. Eh, kalau fokus kat Facebook tu boleh buat banyak duit dan mengubah kewangan kita apa salahnya kan.. Harini Facebook bukan sekadar laman sosial tau.. Tapi pada mereka yang bijak, Facebook adalah alat yang terbaik untuk mempromosikan perniagaan kita.. Malah, ada juga yang menjadikan Facebook sebagai medium untuk berkongsi maklumat i.e. mencari resepi-resepi lazat, tempat makan menarik, lokasi percutian bajet, kesihatan dan macam-macam lagi..
Pagi ni masa sibuk-sibuk tengok apa yang menarik kat Facebook harini, saya sempat menonton video panduan perniagaan oleh Dr. Azizan Osman, Jurulatih Kejayaan dan Pakar Pemasaran No. 1 Asia ni.. Satu perkongsian menarik dari video ni yang saya nak kongsi dengan anda dan saya rasa semua peniaga, usahawan dan bakal-bakal usahawan perlu tahu adalah => Love What Do Love First..!
Kata Dr. Azizan, ramai orang nak berniaga tapi keliru.. Keliru sama ada nak buat perniagaan yang dia suka tapi kurang menjana pendapatan, atau buat perniagaan lain yang "biasa-biasa sahaja" tapi mampu menjana kewangan dan menambah nilai hidupnya.. Haa.. Berapa ramai orang yang biasa hadapi masalah macam ni..? Dia memang jual kasut sebab dia suka sangat dengan kasut ni.. Tapi bila tengok orang jual produk kosmetik dapat untung berjuta-juta ringgit dan bina rumah besar bagaikan istana, terus nak jual kosmetik pulak.. hehe.. So kalau anda la kat tempat orang-orang macam ni, yang mana satu anda pilih ye..? Nak buat benda yang anda suka dulu tapi kurang menjana pendapatan, atau buat benda yang anda sangat pasti boleh meningkatkan pendapatan anda.. Kata Dr. Azizan, sukalah dengan benda yang anda buat dulu.. Lepas tu bila dah berjaya dan berkembang, barulah buat benda yang anda suka.. Sebab kebanyakkan orang, mereka tak tahu perniagaan apakah sebenarnya yang benar-benar dapat "bekerja" dan menjadi lubuk duit pada mereka.. Nak berjaya dalam perniagaan ni memerlukan proses yang panjang.. Ada orang, 3 tahun buat perniagaan baru nampak hasilnya.. Ada orang mungkin 10 tahun baru nampak hasil.. Orang yang lain pula, mungkin lebih bernasib baik dalam masa 8 bulan dan berjaya membina keuntungan.. Masih ingat cerita durian yang saya ada kongsi sebelum ni..? Haa anda kena baca tu.. Bagi orang yang mula-mula nak bina perniagaan, biasanya matlamat mereka pastilah nak menjana kewangan kan.. Jadi, apa yang anda patut buat adalah fokus pada perniagaan yang boleh membantu anda buat duit.. Contohnya, jual produk orang lain dulu ke.. Jadi agent dropship ke... Atau apa-apa sahaja yang boleh bantu anda bina kewangan.. Kemudian, bila dah berkembang maju, barulah anda rangka semula perniagaan dan buat benda yang anda suka pula..
Haa.. Sebab tu la dalam perniagaan ni kita kena ada mentor yang boleh bantu kita menjadi jalan pintas dalam perniagaan ni.. Masih ingat tips yang saya kongsi pasal jalan pintas ni..? Haa.. yang tu pun anda boleh baca dalam entri-entri saya sebelum ni ye..
Okey, saya stop dulu kat sini ye.. Insyaallah apa-apa sahaja perkongsian ilmu perniagaan yang baik, saya akan tulis di blog ini untuk bacaan anda ye.. Semoga artikel ni bermanfaat ya.. Jangan lupa share pada kawan-kawan dan rakan niaga anda yang lain ye.. Sharing is caring.. hehe..
The Gallery Hujungminggu.My
Pembekal beg, wallet, aksesori dan cenderahati untuk wanita dan kanak-kanak
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
www.hujungminggu.my
No comments:
Post a Comment