Muflis..!
Hmm.. Anda pernah dengar cerita pasal muflis ni..? Atau kenal siapa-siapa yang pernah diisytihar muflis..? Atau lebih menakutkan lagi anda sendiri pernah diisytihar muflis..!
Petang tadi masa kelam kabut uruskan produk-produk untuk kedai online The Gallery Hujungminggu.My ni saya terbaca artikel tentang muflis di kalangan anak-anak muda kita ni.. Jangan terkejut tau ada antara mereka ni memang muda-muda sangat usianya.. Ada tu baru je masuk alam pekerjaan, tak sempat nak bagi parents rasa duit gaji pun.. Tapi dah kena isytihar mahkamah sebagai "seorang muflis" atau "seorang bankrap".. Artikel ni buat saya rasa menarik nak google lagi cerita pasal muflis dan bankrap ni.. So google punya google, saya terjumpa beberapa info pasal muflis / bankrap ni di portal rasmi Jabatan Insolvensi Malaysia.. Oh ye, sebenarnya ramai yang tak tahu tentang kewujudan jabatan ni.. Biasanya senarai nama-nama syarikat atau individu yang bankrap ada disiarkan dalam surat khabar tempatan.. Tujuannya bukan nak malukan orang-orang tu tapi untuk beri maklumat kepada masyarakat terutamanya institusi kewangan dan agensi pekerjaan tentang status mereka ni..
Kenapa nak kena beritahu kat semua orang..??
Haa.. Ini perkara penting yang anak-anak muda kita mesti tahu.. Bila anda disytiharkan bankrup, semua akaun-akaun bank termasuk wang simpanan akan dibeku oleh bank, harta benda akan disita dan anda juga akan dilarang untuk keluar dari Malaysia atas perintah Mahkamah.. Lebih menyedihkan lagi, anda mungkin kehilangan pekerjaan disebabkan kontrak pekerjaan yang melarang individu berstatus bankrap ni terus bekerja di jabatan-jabatan atau syarikat-syarikat mereka.. Hmm.. Dah la semua duit dan harta benda dibeku, majikan pun dah tak mahu nak ambil mereka ni bekerja.. Bukan tu saja tau, bila dah bankrap ni mula la timbul macam-macam masalah lain - perceraian, kepincangan keluarga, tekanan perasaan dan kemiskinan.. Lebih teruk lagi, seluruh keluarga mungkin dipandang hina oleh masyarakat dan jiran tetangga.. Dulu bila kita senang ramai je saudara mara dan kawan-kawan nak dekat.. Tapi bila dah susah macam ni, takde siapa pun nak pedulikan kita.. kan.. kan..
Sebenarnya muflis / bankrap ni berpunca dari 1 "penyakit" je.. Penyakit apa tu..?? Haa.. Inilah yang kita kata penyakit "biar papa asalkan bergaya".. Berdasarkan statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, punca-punca utama muflis / bankrap ni disebabkan kegagalan peminjam membayar pinjaman sewa beli kereta, kad kredit, pinjaman perumahan dan pinjaman peribadi dengan golongan pertengahan, iaitu mereka berumur antara 35 dan 44 tahun mencatatkan angka tertinggi, diikuti golongan 45-54 tahun dan 25-34 tahun.. Ramai yang terjebak dengan penyakit ni bukan sebab gaji mereka makin sikit atau takde duit nak bayar.. Tapi pendapatan yang ada tu dah dibelanjakan untuk benda lain yang kurang kepentingan.. Oh sedihnya..
Tak dinafikan, kita manusia ni memang ada banyak keinginan.. Keinginan nak duduk di rumah besar.. Keinginan nak pakai handbag berjenama.. Keinganan nak pakai kereta mewah.. Keinginan nak ada handphone dengan teknologi terkini.. dan macam-macam lagi keinginan.. Tambah-tambah lagi kalau keinginan tu sesuatu yang kita perlu sangat-sangat dalam urusan kerja.. Handbag berjenama boleh meningkatkan keyakinan diri bila jumpa pelanggan.. Handphone berteknologi tinggi memudahkan komunikasi di tempat kerja i.e. mudah hantar e-mel dan dokumen.. Tapi apa bezanya dengan handbag dan handphone yang biasa..? Kita masih boleh bekerja dan hidup kan..? hehehe.. Itulah namanya keinginan..
Kalau macam tu, sampai bila-bila la tak boleh hidup bergaya..!
Ahaa.. Bukan macam tu.. Bila kita sedar kita ada banyak keinginan, kita kena la tambahkan pendapatan seiring dengan perbelanjaan.. Macam mana nak tambah pendapatan bila gaji cuma banyak tu je..? Hello kawan, inilah masanya untuk bina pendapatan kedua dan ketiga dengan perniagaan.. Duit takkan bergolek atau turun dari langit kalau kita cuma menanti dan berharap je.. Jadi, kita kena la fikirkan usaha dan jalan keluar dari masalah kewangan kita ni.. Macam mana anda nak ada pendapatan yang 3 kali ganda atau 5 kali ganda kalau kita cuma duduk termenung je.. Anda tanya la orang-orang kaya dan jutawan tu semua, takkan ada yang lahir terus jadi kaya raya dan jutawan.. Semuanya bermula dengan satu tindakan penting dalam hidup.. Tindakan yang berjaya mengubah hidup mereka menjadi manusia yang lebih baik.. Tindakan yang berjaya menambah nilai hidup mereka sehingga mereka harini rasa bahagia, tenang dan sejahtera..
Bagaimana The Gallery Hujungminggu.My boleh membantu anda..?
Di The Gallery Hujungminggu.My, saya membantu mereka yang benar-benar serius nak ubah kewangan dan kehidupan.. Mereka yang ada matlamat dan "Big WHY" yang jelas dalam hidup.. Mereka yang tak nak lagi hidup dalam kehinaan dan kemiskinan.. Kenapa saya kata kehinaan..? Sebab bila kita tak berduit ni hidup macam pengemis je kan.. Hari-hari bank telefon nak kutip hutang kad kredit yang konon-kononnya kita terlupa bayar, tapi sebenarnya poket kita betul-betul dah bocor dan dah tak tau kat mana lagi nak tebal muka cari duit nak bayar hutang.. Siapa yang pernah mengalami perasaan macam ni..? Saya pernah mengalami perasaan macam ni dulu.. Sedih dan rasa nak menangis duduk depan mesin ATM tengok nilai duit yang makin menyusut.. Sebab itulah saya berazam dan berjanji pada diri sendiri tak mahu lagi hidup dalam kemiskinan dan kehinaan macam tu..
Apa yang saya buat..? Saya mulakan perniagaan..! Saya cari produk dan jual pada pelanggan-pelanggan di Facebook, website dan macam-macam laman sosial lagi.. Alhamdulillah.. Saya dapat ramai pelanggan..! Saya dapat duit sampingan.. Kemudian saya tambah produk lagi.. Saya jual lagi.. Lepas tu saya mula fikir untuk kembangkan lagi perniagaan ni dan bantu peniaga-peniaga lain meningkatkan pendapatan mereka.. Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan saya.. Harini, saya berjaya membantu ramai peniaga-peniaga mendapatkan produk dan meningkatkan pendapatan mereka.. Inilah jihad saya dalam perniagaan..
Pada mereka yang nak mulakan perniagaan, jangan takut.. Asalkan kita ada ilmu dan matlamat untuk berjaya, kita pasti dapat mengubah kehidupan kita.. Ingat.. Kita tak mahu jadi salah seorang penyumbang statistik Jabatan Insolvensi ni..! Jadi, mulakan perubahan sekarang..
The Gallery Hujungminggu.My
Pembekal beg, wallet, aksesori dan cenderahati untuk wanita dan kanak-kanak
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
www.hujungminggu.my
No comments:
Post a Comment