Cinta Jarak Jauh..!
Wowee bila saya buka cerita Cinta Jarak Jauh ni mesti ramai yang suka nak baca kan.. hikhik.. Baca betul-betul tau.. Cinta Jarak Jauh (CJJ) okeyy.. Bukan Pelajar Jarak Jauh (PJJ)..! Haa nanti ada yang tersilap dengan PJJ yang pengajian luar kampus di universiti tu kan.. hehe..
Okey, apa cerita menarik yang saya ada kali ni..? Aha.. Buat mereka yang tergolong dalam Cinta Jarak Jauh ni, saya nak tanya la sikit kan.. Berapa jauh Cinta Jarak Jauh anda dan si dia ni.. Adakah jarak anda dipisahkan oleh lautan samudera yang terbentang meluas dan zon waktu yang berbeza di luar negara, atau hanyalah dipisahkan oleh beberapa jam perjalanan sahaja dalam Malaysia.. Biasanya bila dah jauh ni apa yang anda buat untuk memberi kejutan istimewa pada si dia..? Panggilan telefon..? Poskad..? Surat Cinta..? hmm.. Macam mana pula dengan hadiah istimewa untuk si dia..?
Okey, macam mana kalau saya dan team The Gallery Hujungminggu.My membantu anda berikan kejutan istimewa pada dia dengan kiriman hadiah-hadiah seperti handbag patchwork, tote bag, aksesori dan cenderahati yang comel, unik dan menarik..? Sesekali lelaki ni kenalah tunjukkan rasa kasih sayang sikit kan.. Barulah mekar je hubungan Cinta Jarak Jauh ni kan.. Macam mana caranya..? Haa.. Mudah je.. Tak susah pun.. Caranya tetap sama macam anda buat pembelian online yang lain.. Cuma yang lebih istimewanya adalah, kami bantu anda mengirimkan bungkusan istimewa tu terus kepada si dia.. Mesti si dia suka kan.. hehe..
Nak tengok macam mana kami boleh membantu anda mengirimkan bungkusan istimewa ni..? Okey, jom kita tengok kat bawah ni..
Ini adalah gambar pesanan pelanggan-pelanggan kami yang meminta supaya kiriman ni dihantar terus kepada penerima.. Haa.. Cuba la tengok tu betapa comel dan kiutnya staff saya bungkus kiriman ni.. Anda rasa si dia seronok tak nak buka hadiah yang kami balut cantik macam ni.. hikhik.. Tak kira la sama ada anda berada di Malaysia atau luar negara sekalipun, asalkan penerima itu berada di Malaysia, kami pasti membantu anda membuat kejutan istimewa kepada si dia.. Terima kasih pada teknologi yang semakin berkembang.. Hubungan yang jauh pun dapat kita dekatkan.. Hmm.. Macam mana pula dengan kiriman ke luar negara..? Buat masa ni kami belum lagi buat penghantaran keluar dari Malaysia.. Tapi insyaallah bila kami dah bersedia nanti, anda adalah orang pertama yang kami beritahu okey..!
Ada yang dah teruja nak hantar bungkusan istimewa dan kasih sayang pada si dia..? Haa.. Anda tahu mana nak cari kami kan.. Boleh sms / whatsapp / call kami di 019-6799980 atau e-mel di hujungminggu.my@gmail.com.. Untuk melihat senarai produk boleh layari website kami www.hujungminggu.my atau FB The Gallery Hujungminggu.My ya..
The Gallery Hujungminggu.My
Pembekal beg, wallet, aksesori dan cenderahati untuk wanita dan kanak-kanak
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
No comments:
Post a Comment