Thursday, 21 January 2016

Borong buat hidup saya huru hara...!!

Assalamualaikum semua..


Alhamdulillah.. Malam ni baru ada masa terluang sikit nak melunjurkan kaki dan merehatkan pinggang lepas melalui hari2 yg begitu mencemaskan sepanjang minggu ni.. Adoii apa yang mencemaskan sangat tu..?? hehehe.. Sebenarnya bukan apa, sepanjang minggu ni saya dan team The Gallery Hujungminggu.My agak huru hara sikit menguruskan pesanan pelanggan yang beli secara retail dan borong.. Mana nak bungkus lagi.. Mana nak pergi pejabat pos lagi.. Mana yang nak datang Galeri tengok produk lagi.. hehehe.. Apa pun, saya bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah swt kurniakan buat saya dan team The Gallery Hujungminggu.My pada tahun ni.. Alhamdulillah.. Permulaan yang baik untuk kami di tahun 2016..



Kenapa saya seronok..? Seronok sebab saya dapat bantu raaamai orang.. Bantu peniaga2 mencari produk2 yang dapat menjana income mereka.. Bantu pelanggan2 mencari produk2 yang cantik dan berkualiti.. Betul.. Bila dah terjebak dalam perniagaan ni, anda akan rasa seronok sangat bila kita boleh bantu ramai orang menyelesaikan masalah.. Ops! masalah yg macam mana..? Haa masalah untuk mencari produk2 yang cantik, menarik dan berkualiti laa.. Okey, saya tanya anda ni.. Pernah tak anda masuk dekat 10 kedai tapi satu baju pun takde yang cantik2 atau menarik..? Haa mesti pernah kan.. Apa anda rasa masa tu..? Marah..? Kecewa..? Penat..? Haa.. Inilah yang saya cuba bantu sekarang.. Saya cuba membantu pelanggan2 dan peniaga2 mencari produk2 yang cantik, menarik dan berkualiti.. Kalau bukan untuk dijual sekalipun, at least produk yang mereka boleh pakai sendiri.. 

Sebut pasal terjebak dalam perniagaan ni kan, saya teringat masa mula2 saya bangunkan perniagaan ni dulu.. Sebenarnya tak pernah ada dalam kamus hidup pun nak jadi ahli perniagaan.. Yela, mana ada  siapa2 dalam family saya yang berniaga.. Modal nak berniaga pun saya takde tau.. Cuma masa tu saya banyak fikir pasal kewangan la.. Saya fikir pasal hutang2 kad kredit, PTPTN, duit rumah, duit kereta, sekolah anak dan macam2 lagi hutang laa.. Tapi ntah macam mana, tiba2 ada kawan yang ajak saya join kelas2 perniagaan masa hari2 cuti hujung minggu.. So, bermula dari situ la saya mula aktif menceburkan diri dalam perniagaan ni.. Dari modal sikit2, saya kembangkan perniagaan ni sampailah harini saya dah boleh tersenyum gembira.. Ops! senyum bukan bermakna dah kaya raya jadi jutawan tu tau.. Tapi senyum melihat perkembangan perniagaan ni dari tiada apa2, sampailah ke tahap sekarang.. Saya mengakui perjalanan hidup ni tak semudah yang kita fikirkan.. Tapi dalam diri saya ni ada satu semangat yang sentiasa berkobar2 setiap hari.. Semangat yang kental untuk berjaya.. Alhamdulillah.. Semangat inilah yang memandu saya hingga ke harini.. Saya percaya kalau anda berusaha, anda pun pasti berjaya mendapat hasilnya.. 

Okey la, tak mau cerita pasal sedih2 lagi.. Now back to business.. hehehe.. Hidup mesti diteruskan.. Betul tak..? Oh ye, baru2 ni saya banyak terbaca pasal student kita yang tak cukup makan la.. Pasal pekerja2 kontrak yang kena buang kerja la.. Pasal ekonomi yang tak berapa bagus la.. Pasal cadangan pakar2 ekonomi untuk wujudkan '2 kali pendapatan sebulan' laa.. Dan macam2 lagi cerita sedih.. Aduhh.. Sekali lagi saya teringat zaman2 kesusahan saya dulu.. Nampaknya isu krisis kewangan dan ekonomi ni bukan sahaja melanda negara kan.. Tapi orang2 kita pun ramai yang terkena tempiasnya.. Pasal krisis2 kewangan dan ekonomi ni saya sebenarnya ada cerita best juga nak share dengan anda.. Tapi saya simpan dulu la cerita ni ye.. Kalau cerita harini, nampak gaya malam ni semua orang tak tido la nanti kan.. hehehe.. Insyaallah esok saya akan cerita panjang lebar dengan anda nanti yea.. 

Pada anda yang nak memborong handbag patchwork, tote bag, travel bag, lunch bag dan blouse yang cantik2 dan menarik boleh la hubungi saya di 019-6799980 yea.. Nak follow saya kat twitter dan Facebook pun boleh.. hehehe


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980

No comments:

Post a Comment