Esok sekolah dah mula dibuka untuk sesi penggal pertama tahun 2016.. Bila sekolah dah buka ni bermulalah aktiviti silat dan karate mommies semua pagi-pagi kejut anak-anak bangun ni kan.. hikhik.. Mana-mana mommies yang bekerja pejabat mesti selalu kelam kabut nak prepare brekfast untuk anak-anak kan.. Selalu bila kelam kabut macam ni apa yang mommies buat..? Bagi duit belanja dan minta anak-anak beli makanan di kantin sekolah masa waktu rehat kan.. kan.. kan.. Okey, dengan kos yang semakin meningkat sekarang agak-agaknya apa yang anak-anak boleh beli kat kantin sekolah ye.. Dan anda agak-agak la kan, makanan apa yang anak-anak akan beli? Adakah makanan tu bernutrisi tinggi sesuai dengan perkembangan minda mereka atau sekadar membeli mengikut apa yang dijual dan selera mereka..?? Jeng3.. Haaa.. Anda jangan lupa tau, peniaga di kantin sekolah masih seorang peniaga.. Mereka mengambil tender membuka kantin untuk menjana pendapatan disamping menyediakan makanan untuk anak-anak sekolah..
Kita pernah dengar kan, "pemakanan yang sihat dan bersih bermula dari rumah".. Ops, saya tak kata makanan di kantin tak bagus tau, tapi sebagai ibu, dah semestinya kita harus mengambil berat soal pemakanan anak-anak.. Pernah tak kita fikir kenapa anak-anak sekarang 'hyperactive' berbanding masa zaman kita anak-anak dulu..? Dulu kat rumah bila mak suruh duduk elok je kita duduk tengok tv kan.. Tapi harini bila kita suruh anak-anak duduk, masing-masing ada je aktiviti nak dibuatnya.. melompat la.. berlari-lari la.. dan macam-macam lagi.. sampai pening kita nak suruh diorang duduk diam kan.. hehehe.. Sebenarnya behavior anak-anak harini banyak dipengaruhi oleh pemakanan.. Haa.. Anda nampak kan..
Saya teringat satu cerita dari salah seorang boss saya dulu.. Boss saya ni seorang wanita.. Lemah lembut orangnya.. Dia pernah mengadu kat saya pasal kesibukan dia dengan kerja sampaikan satu hari dia mula tersedar anak-anak dia dah besar dan dah ada kawan-kawan sendiri.. Setiap minggu anak-anak akan keluar berjumpa dengan kawan-kawannya dan tak mahu lagi melekat di rumah.. Pada saya, hubungan ibu dan anak harus lebih mesra sebab ibu lah yang paling banyak menghabiskan waktu dengan anak-anak dari mengandung 10 bulan, berpantang 44 hari, membesarkan anak-anak sampai pandai berjalan dan masuk sekolah.. Tapi harini banyak yang berlaku adalah sebaliknya.. Agak-agaknya kat mana silapnya ye..?? Sebenarnya takde yang silap pada siapa-siapa pun.. Cuma kasih sayang dan kemesraan hidup bekeluarga ni harus dipupuk dari rumah.. Macam mana nak pupuk..? Haa.. Ia bermula dengan makanan yang sihat la.. Dan dengan makanan juga ia melahirkan kasih sayang yang berpanjangan..
Okey, berbalik pada cerita esok sekolah ni kan.. Sebagai persediaan untuk anak-anak esok, apa kata azam tahun baru ni anda bangun lebih awal dan sediakan sarapan yang berkhasiat untuk anak-anak.. Selain menjimatkan belanja, makanan yang sihat tu dapat menjalinkan kasih sayang dan kemesraan antara keluarga.. Macam mana nak galakkan anak-anak membawa bekal ke sekolah.. Mudah jeee.. Gunakan lunch bag kartun-kartun comel macam kat bawah ni laa..
Ahaaa.. Bukan saja comel kan.. Tapi juga boleh menggalakkan anak-anak bawa ke sekolah.. Dari situlah kita pupuk anak-anak makan makanan yang sihat dan bersih.. Ingat tau, pemakanan yang betul dapat menjamin perkembangan minda yang sihat dan cerdas.. Nak tau apa yang menarik tentang lunch bag ni..? Boleh refer entri-entri saya sebelum ni atau klik saja DISINI ya..
Berminat nak membeli borong atau jadi agent dropship The Gallery Hujungminggu.My..? Hubungi saya sekarang di 019-6799980 atau e-mel di hujungminggu.my@gmail.com untuk info lanjut ya.. Psstt.. Banyak insentif menarik menantik bila anda bergabung dengan saya okeyy.. Kalau nak tau kena hubungi saya laaa..
The Gallery Hujungminggu.My
Pengedar beg, wallet, cenderahati dan aksesori untuk wanita dan kanak-kanak
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
www.hujungminggu.my
No comments:
Post a Comment