Semakin hari semakin ramai yang call dan whatsapp saya untuk memborong produk2 di Galeri saya seperti handbag, beg kanak-kanak, tote bag dan blouse.. Kebanyakkan mereka ni memborong untuk dijual semula di kedai online masing-masing.. Ada juga yang memborong produk2 ni untuk dijadikan cenderahati di majlis2 dan kenduri2.. Ramai yang mula2 tu cuma datang untuk melihat2 sahaja produk yang ada.. Tapi Alhamdulillah.. Lepas mereka datang ke Galeri saya, mereka terus tertarik dengan koleksi yang saya ada dan terus memborong.. Syukur sangat2 sebab dengan produk2 ni saya dapat membantu menyelesaikan masalah mereka..
Okey, kenapa saya kata dengan produk2 ni saya dapat bantu masalah mereka..??
Pertama, anda mesti pernah menghadapi masalah bila tiap2 kali nak cari barang, tapi tiada yang berkenan di hati.. Kalau ada pun harganya sangat mahal dan tak berbaloi dengan kos.. Yela, kalau anda seorang peniaga, mestilah anda kena ambil kira harga dan kos.. Betul tak..? Kalau tak, macam mana nak jual balik kan..? Mana ada ada orang yang berniaga tapi tak untung.. Betul tak..?
Kedua, design yang ada di pasaran kebanyakkannya tidak memenuhi selera anda.. Penat keluar masuk tiap2 kedai, tapi akhirnya tiada satu pun produk2 yang berkenan di hati.. Sudah la penat, masa dan duit pun terbuang macam tu je kan.. Haa.. Kalau anda seorang peniaga, masa dan duit tu memang sangat2 berharga.. Kat luar, memang banyak produk yang dijual, tapi kita kena la pandai pilih mana yang terbaik dari segi harga, kualiti dan design.. Dulu saya pernah menghadapi masalah macam ni.. Boleh dikatakan, saya salah seorang dalam kategori penat tu la.. Bayangkan la saya tinggal di Seremban.. Lepas tu di kawasan saya tak banyak pemborong yang jual produk2 yang macam saya nak.. Jadi, saya ke KL untuk cari produk.. Merata2 juga saya pergi.. Ke Nilai pun saya pergi juga.. Tapi harga yang ditawarkan tak setanding dengan designnya.. Macam mana saya nak jual balik..?? Kalau boleh jual pun dah tentu ada pesaing yang lain kan.. So, customer tak banyak beli dengan saya sebab mereka ada pilihan yang lain.. Pening kepala wooo masa tu..
Jadi, sebab2 inilah yang mendorong saya untuk fikir dan mencari sendiri produk2 ni terus dari sumber.. Alhamdulillah syukur sangat2... Akhirnya saya dapat mencari produk2 ni terus dari sumber.. Asalnya, saya cuma nak jual produk2 ni secara retail je di online.. Tapi disebabkan permintaan yang tinggi dari pelanggan, terutamanya peniaga2 yang pernah mengalami masalah macam saya dulu, jadi saya kembangkan lagi perniagaan ni dan mengedar produk2 ni untuk mereka yang berhasrat untuk membelinya secara borong.. Disinilah saya cuba untuk mudahkan orang ramai yang nak dapatkan produk2 ni.. Untuk pembelian secara borong, diskaun ada 40% dengan minimum pembelian 5 unit sahaja.. Memang saya tak letakkan kuantiti yang tinggi2 macam pemborong yang lain.. Sebab pada saya, dulu saya pernah susah nak cari produk2 macam ni untuk mulakan perniagaan.. Jadi sekarang ni saya nak mudahkan hidup ramai orang supaya semua orang mampu untuk mulakan perniagaan dan seterusnya membaiki taraf kewangan dan kehidupan mereka..
Okey, kalau anda bukan peniaga sekalipun.. Tapi berhasrat untuk dapatkan produk2 ni untuk kenduri atau apa2 sahaja majlis, anda pun boleh dapatkan dengan saya.. Diskaun untuk memborong tetap sama dengan mereka yang berniaga.. Insyaallah produk2 di Galeri saya semuanya terbaik dan berkualiti dan takkan mengecewakan anda..
Okey, gambar kat atas ni adalah antara produk2 yang terdapat di Galeri kami.. Pengurus Galeri kami adalah Zakiah yang comel macam dalam gambar ni.. hihi.. Semua produk2 yang dipesan pelanggan, urusan penghantaran dan melayan customer online dan offline semuanya diuruskan oleh Zakiah.. Ramai yang puji dan suka dengan khidmat pelanggan kami yang terbaik.. Yela, pada kami pelanggan adalah keutamaan dan kami sangat pentingkan hubungan yang baik dengan pelanggan..
Gambar yang ni pula adalah salah seorang pelanggan yang berkunjung ke Galeri kami baru2 ni.. Terima kasih pada Puan Faridawati dan suami yang sudi berkunjung ke Galeri kami.. Kalau nak tau, Puan Faridawati ni memborong tote bag untuk dijadikan cenderahati pada majlis aqiqah anaknya yang baru lahir.. Semoga majlis berjalan dengan lancar dan sempurna ye Puan Faridawati.. Nanti jangan lupa datang membeli lagi okey.. hihi..
Ini pula adalah koleksi2 terbaru kami.. Blouse ni memang sangat cantik, selesa di pakai dan harganya pun murah.. Ramai yang suka dengan blouse ni.. Apa yang menarik pasal blouse ni adalah, ianya menyerap peluh, warnanya cantik dan terang, sesuai dipakai dengan apa2 sahaja skirt labuh, seluar panjang dan tudung.. Kalau ada yang nak beli borong, boleh hubungi pengurus kami, Zakiah ya..
Ini adalah gambar booth kami semasa bulan Ramadhan tahun lepas.. Alhamdulillah kami kenal ramai pelanggan dan pemborong2 masa booth ni juga la.. Ramai yang suka dengan konsep booth kami yang cantik dan bersih.. hihihi.. Insyallah minggu depan kami akan berada di Johor Bahru pula untuk Karnival Ayuh Johor Sihat di Dataran Bandaraya JB pada 28-29 Januari 2016.. Kalau anda ada di sana boleh temui kami nanti ya..
Yang ini pula antara produk2 patchwork dan tote bag yang sangat digemari oleh pelanggan2 kami.. Kalau anda memborong dengan kami, saya akan beri cadangan produk yang paling laris dan mendapat perminataan tinggi pelanggan supaya anda lebih mudah untuk menjualnya.. Produk2 patchwork ni buat masa ini dah sold out, tapi saya dalam proses untuk restock semula dan insyaallah akan berada di pasaran sekitar 2 minggu lagi.. Boleh berhubung dengan pengurus kami, zakiah untuk maklumat produk ya..
Ini pula adalah bunting tentang borong produk2 kami.. Bunting ni kami gantung disekitar senawang.. Tapi kalau anda berada di luar Senawang, jangan risau tau.. Produk2 kami masih boleh diborong secara online.. Urusan pos adalah percuma bagi pembelian melebihi RM 200.00.. Boleh berhubung dengan pengurus kami, Zakiah untuk maklumat lanjut ya..
Okey, rasanya dah panjang juga entri saya kali ni.. Nanti saya update lagi pasal borong dan produk2 kami ya.. Jangan lupa tau, untuk memborong boleh hubungi pengurus kami, Zakiah di 019-6799980..
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
No comments:
Post a Comment