Saturday, 2 January 2016

74% Usahawan mula berniaga dengan "zero"

Assalamualaikum semua..


Anda seorang usahawan..? Atau masih lagi berfikir sama ada untuk berniaga atau makan gaji sahaja..? Harini, dengan meningkatnya kos hidup, ramai orang-orang kita terutamanya wanita bekerjaya dan suri rumah yang mula berniaga untuk menjana pendapatan sampingan.. Ada antara mereka ni yang takde pengalaman langsung pun.. Tapi sebab tekanan kos hidup yang mendesak, mereka redah je mulakan perniagaan.. Yela, lebih baik kita mulakan sesuatu dari hanya duduk termenung mengenang nasib diri kan..

Percaya tak, berdasarkan kajian 74% usahawan yang berjaya hanya bermula dengan "zero"..! Saya dulu pun macam tu juga.. Dulu takde modal nak buat bisnes.. Adik beradik pun takde yang sanggup nak bagi modal atau sokongan untuk saya mulakan perniagaan.. Disebabkan takde modal, saya cuma buat bisnes kecil-kecilan je.. Tu pun guna duit tabung.. Teringat dulu saya pernah jual tudung, bekas pensil dari tempurung kelapa, coklat, biskut, kek dan macam-macam lagi la.. Tengok orang buat bisnes berjaya, kita pun sibuk nak buat bisnes tu juga.. Untungnya takde pun, banyak rugi je.. hehe.. Tapi semua tu pengalaman yang mematangkan hidup saya.. Tapi harini, Alhamdulillah bila saya betulkan semula strategi dan fokus pada bisnes beg ni saya mula nampak jalan keluar.. Saya bersyukur sangat, harini saya dah ada sebuah perniagaan yang sempurna.. Walaupun saya belum lagi menjadi jutawan, tapi dengan perniagaan ni saya dapat membantu ramai wanita, suri rumah dan peniaga memperbaiki kewangan dan kualiti hidup mereka.. 

Baru-baru ni ada menteri yang mencadangkan supaya rakyat Malaysia menjalankan 2 atau 3 pekerjaan sampingan untuk menampung kos hidup yang tinggi.. Walaupun ada suara-suara yang kurang senang dengan cadangan tu, pada saya ia adalah satu keperluan lebih-lebih lagi kalau kita ada banyak tanggungan dan komitmen kewangan.. Teringat saya dengan nasihat Dato' Maznah Hamid masa saya hadir ceramahnya 3 tahun lepas, "sebelum pencen kita kena ada sekurang-kurangnya RM 10 Juta dalam akaun.. Sebab bila dah tua ni banyak penyakit yang datang, dan semua tu perlukan duit berpuluh-puluh ribu untuk rawatan dan pembedahan". Haa, cuba tengok dalam akaun kita sekarang ada berapa RM ye.. Ada sampai RM 1 Juta tak? hehe.. Ada orang tiap-tiap kali depan mesin ATM tu mesti menangis.. Yela, siapa yang tak sedih bila dalam akaun cuma tinggal berapa Ringgit je nak tampung hidup sampai gaji bulan depan.. Kadang-kadang duit tu bukan habis ke mana pun.. Banyak yang dibelanja untuk kos pergi dan balik kerja.. Tapi hidup tak kaya-kaya juga.. Masa dan tenaga banyak habis di perjalanan.. Kualiti hidup dengan keluarga pun dah berkurangan.. Cuba fikir balik, adakah ini hidup yang kita mahukan?

So macam mana nak baiki hidup dan masa berkualiti bersama keluarga ni..? Ahaa.. Caranya adalah dengan berniaga la.. Tak kisah walau sekecil mana atau sebesar mana pun perniagaan yang kita lakukan, asalkan kita bersungguh-sungguh pasti kita akan berjaya.. Anda dah bersedia nak mulakan perniagaan..? Haa.. Jangan pening-pening.. Di The Gallery Hujungminggu.My, anda boleh borong produk-produk terbaik untuk mulakan perniagaan.. Nak tau apa yang menarik di The Gallery Hujungminggu.My..? Haa.. Nanti check entri saya yang terdahulu ye.. Nak mudah lagi, anda boleh layari website saya di www.hujungminggu.my atau FB The Gallery Hujungminggu.My



The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
www.hujungminggu.my

No comments:

Post a Comment