Monday, 11 January 2016

Macam Mana Nak Jadi "People Magnet"

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera..


Saya pasti anda mesti kenal beberapa orang yang boleh kita katakan sebagai "People Magnet"..! Kenapa saya kata "People Magnet..?".. Adakah sebab mereka ni mempunyai magnet dalam badan mereka..? Atau mereka ni makan makanan tambahan yang bermagnet ke sampai mampu menarik perhatian orang lain..? Atau mereka ni anak orang kaya ke..? Atau mungkin mereka ni sangat bijak dan cantik bergaya..? Bukan.. Bukan macam tu.. Mereka ni manusia biasa juga seperti anda ada wajah dan tubuh badan yang sempurna.. Tapi setiap kali mereka berjalan, orang tak lepas memandang dan tersenyum pada mereka.. Kalau mereka ni orang-orang bujang, pasti ramai yang nak ajak keluar makan.. Kalau mereka ni dah berkahwin, pasangan mereka rasa bahagia sangat sebab berjodohan dengan mereka.. Dan bila mereka dalam kesusahan, pasti ada kawan-kawan yang akan usaha sedaya upaya menghulurkan bantuan..

Perasan tak sejak kecil lagi sampailah kita dah jadi isteri orang ni, kalau boleh kita nak semua orang suka pada kita.. Sedangkan kat tempat kerja pun kita nak boss dan kawan-kawan pejabat suka dengan kita.. Betul tak..? Dan kalau ada kawan-kawan yang berpengaruh di tempat kerja, kita pasti nak jadi sebahagian dari mereka.. Betul tak..? Ahaa.. Kanak-kanak panggil "benda" ni "popularity".. Manakala orang dewasa macam kita ni pulak panggil "benda" tu sebagai "charisma" atau "leadership ability".. Tapi apa "benda" tu..? Haa.. Itulah benda yang menarik orang memberi perhatian pada kita.. Bila kita pandai bercakap dan berjaya menarik minat pelabur ke dalam bisnes kita, orang kata kita ada "communication skills".. Dan bila kita pandai menyesuaikan diri dengan orang-orang yang baru kita kenal dan jadi kawan dengan mereka, orang kata kita ada "social skills".. 

Bayangkan anda sedang mendayung sampan ke tengah lautan.. Tiba-tiba anda ternampak 2 orang lelaki yang sedang hanyut di lautan sambil memanggil-manggil anda menyelamatkan mereka.. Seorang tu lelaki yang sangat anda minat dan kagumi selama ni.. Dalam hati anda berkata, kalau anda selamatkan lelaki ni pasti anda akan berpeluang mendekatinya dan mungkin boleh menjadi buah hatinya.. Pada masa yang sama, lelaki ke-2 tu pula memang sangat-sangat anda kenali.. Dia rakan sekolah anda yang juga teman sepermainan anda di kampung.. Tiap-tiap hari anda pasti akan pulang dari sekolah bersama-sama dengannya.. Haaa.. Agak-agaknya, yang mana satu anda akan selamatkan ni..? Nak dijadikan cerita, anda cuma boleh selamatkan seorang je sebab sampan anda tu memang sangat kecil dan hanya boleh muat untuk 2 orang sahaja.. Haa.. Berdasarkan kajian, manusia akan bantu orang yang paling dekat dengannya, walaupun orang-orang yang lain tetap ada pengaruh yang besar dalam kehidupannya.. 

Okey, berbalik pada cerita "People Magnet" ni.. Anda rasa apa agaknya penyebab sesetengah orang ni ada daya tarikan yang kuat berbanding orang yang lain..? Haa.. Ini jugalah yang kita katakan sebagai "aura".. Aura yang positif, akan menarik nilai-nilai yang positif dalam hidupnya.. Dan aura yang negatif pula akan menyebarkan nilai-nilai negatif bukan sahaja pada dirinya, tapi juga pada orang-orang sekeliling.. Sebab tu kalau kita nak berjaya, kita kena banyakkan nilai-nilai positif dalam hidup.. Dan kebanyakkan orang-orang berjaya ni mereka akan selalu tersenyum dan percaya dengan diri sendiri.. Mereka percaya dengan kemampuan dan kehebatan diri mereka sendiri.. Mereka percaya tiada apa yang mustahil dalam hidupnya.. Mereka percaya, kejayaan akan sentiasa bersama-sama mereka jika mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh.. Tapi dari mana mereka dapat nilai-nilai positif yang memberi pengaruh kuat dalam hidup mereka..? Sebenarnya, nilai-nilai tu ada dalam diri mereka sendiri.. Dan ia bermula dengan satu sahaja - keyakinan diri..! Keyakinan diri tu muncul dalam diri kita sendiri.. Bila kita berpenampilan menarik, kita rasa yakin diri kan.. Bila kita yakin, ia meransang pemikiran kita untuk jadi lebih kreatif.. Dan bila kita kreatif, dia boleh menghasilkan idea-idea yang baru untuk pekerjaan dan kehidupan kita.. 

Bagaimana nak tampil menarik..? Mudah je.. Caranya adalah dengan sentiasa berpakaian menarik atau memilih aksesori yang menarik.. Salah satunya dengan handbag yang menarik laa.. Haa. Mudah je kan hidup ni.. Mana nak cari handbag yang menarik..? Dengan The Gallery Hujungminggu.My laa.. Kami ada pelbagai koleksi handbag yang menarik untuk anda kekal cantik, anggun dan jelita.. Untuk anak-anak pun ada tau.. Kalau nak tau produk apa yang menarik di The Gallery Hujungminggu.My, anda boleh layari website kami di www.hujungminggu.my atau FB The Gallery Hujungminggu.My yea.. Banyak gambar-gambar produk yang saya dah upload di situ.. Nanti boleh tengok yea.. Ada yang nak singgah Galeri kami di Taman Jasmin, Senawang..? Boleh sms / whatsapp saya di 019-6799980 ya.. 


The Gallery Hujungminggu.My
Pembekal handbag, wallet, aksesori dan cenderahati untuk wanita dan kanak-kanak
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
www.hujungminggu.my

No comments:

Post a Comment