Tengah leka buat kerja di lappy malam ni, tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi letupan bunga api pelbagai warna dan pemandangan indah dari beranda apartment saya di tingkat 17 ni.. Subhanallah.. Cantik sangat cahaya dan pemandangan dari bunga api ni.. Ohh, kita dah masuk ke tahun baru 2016 rupanya.. hehe.. Sebenarnya saya tak pernah mengira pun detik 12 menjelang tahun baru ni.. Biasanya saya terus tidur kat rumah je, dan tersedar bila ada bunyi letupan bunga api atau whatsapp ucapan tahun baru dari kawan-kawan.. Tapi saya tumpang gembira juga la bila dapat tengok bunga api warna warni tu.. cantik, memang cantik.. hehe..
Bila menjengah je kita ke tahun 2016 ni bermakna semua kenangan pahit manis tahun 2015 menjadi memori yang kekal dalam ingatan kita.. Tak kira walau sepahit atau semanis mana pun kenangan dan cabaran yang kita hadapi, harapan saya semoga ia menjadi pembakar semangat untuk kita terus melangkah ke hadapan.. Saya selalu percaya hidup ni bagaikan satu "highway" dengan persimpangan yang membawa kita ke laluan yang berlainan.. Ada orang yang masuk ke persimpangan yang betul dan tiba ke destinasinya dengan mudah.. Ada pula yang tersalah persimpangan dan perlu buat pusingan U dan membayar tol yang lebih mahal.. Pilihan kita sendirilah yang menentukan jalan yang paling terbaik untuk perjalanan kita.. Macam ni la lebih kurang kehidupan kita kan..
Tahun 2015 terlalu banyak cabaran dan kenangan untuk saya dan perniagaan The gallery Hujungminggu.My.. Tapi saya percaya, setiap cabaran pasti ada jalan keluar yang lebih baik untuk kita.. Cabaran bukan untuk patahkan semangat, tapi mengajar kita menjadi insan yang lebih kuat dan tabah.. So, keep moving dan jangan putus asa okey.. Hmm ingatan untuk diri sendiri juga ni.. hehe..
Oh ye, apa azam anda untuk tahun 2016? Macam mana dengan azam tahun lepas? Ada yang dah tertunai? Atau masih sangkut kat "highway" lagi? hehe.. Cakap pasal azam ni kan, saya pernah menonton satu video pelakon Afdlin Shauki tentang matlamat kehidupan.. Bila ditanya macam mana nak mengubah hidup, Afdlin kata kita kena tau apa 'turning point' kita.. Tapi apa 'turning point' ni? Aha.. 'Turning Point' ni adalah satu titik permulaan yang mana kalau ribut angin taufan melanda sekalipun, kita takkan rebah tapi tetap bangkit dengan penuh semangat untuk mengubah kehidupan.. Oh ye, saya sebenarnya menangis masa tengok video tu.. Betul-betul menyentuh hati naluri saya.. So, apa turning point anda?
Tahun ni insyaallah saya akan kembangkan lagi perniagaan The Gallery Hujungminggu.My ni dan membantu lebih ramai lagi usahawan dan peniaga-peniaga wanita dan muslim memperbaiki kewangan dan kehidupan mereka.. Insyaallah, kalau semuanya berjalan dengan baik, saya akan anjurkan seminar dan workshop menjahit handbag untuk mereka yang ingin menguasai industri ini.. Semoga hasrat murni saya ini dipermudahkan.. Amin..
Bagi pihak team The Gallery Hujungminggu.My, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016, dan semoga tahun ini menjadi titik permulaan yang lebih baik untuk kehidupan anda..!
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
www.hujungminggu.my
No comments:
Post a Comment