Apa khabar anda harini..? Dah lunch ke..? Apa aktiviti anda harini..? Okey nak cerita sikit harini saya berkesempatan bersembang-sembang dengan Puan Eida Hasan dari EHPS, seorang jutawan suri rumah yang semakin dikenali di Malaysia.. Seronok rasanya dapat bertukar-tukar fikiran dengan orang-orang berjaya ni.. Betul la kata mentor saya dulu, kalau kita nak berjaya kena kawan dengan orang-orang yang berjaya juga.. Sebab mentaliti orang-orang berjaya dengan orang-orang yang belum nak berjaya ni lain sikit tau.. Orang berjaya akan terus beri motivasi dan inspirasi untuk kita lebih berjaya seperti mereka.. Ahaa.. Bukan saja berjaya tau tapi juga memberi manfaat dan menambah nilai hidup orang lain.. Inilah yang kita namakan "networking"..
Kalau anda nak tau, networking bukan sahaja antara rakan-rakan niaga je tau.. Tapi juga dengan Allah swt, ibu bapa, suami isteri, anak-anak, adik beradik dan kawan-kawan.. Kalau anda seorang peniaga dan usahawan, ada satu lagi elemen penting anda kena jaga => Pelanggan.. Saya perasan orang-orang yang berjaya seperti Puan Eida Hasan ni banyak menjalinkan hubungan yang baik dengan orang-orang sekeliling, sehingga orang yang baru kenal pun terasa macam dah kenal 10 tahun.. hehe.. Jadi, bila orang dah mula suka dan mesra dengan kita, mereka akan percaya dan suka membeli dengan kita.. Lepas ni muka jangan masam dan muncung sedepa tau.. Kena selalu senyum dan mesra dengan orang-orang sekeliling kita.. hehe..
Bila orang tanya, kenapa networking tu penting..? Okey, ini perkara yang semua peniaga dan usahawan kena tahu.. Setiap orang diciptakan dengan ilmu pengetahuan dan kepakaran yang tertentu kan.. Jadi, tak semua perkara kita mampu buat dan tak semua perkara juga kita ada kepakaran.. Disebabkan itu kita harus bina jaringan dengan orang lain, supaya masa yang kita ada tu kita boleh fokus pada urusan yang lain.. Haa.. Ramai orang berjaya menggunakan networking untuk kongsi ilmu dan menambah nilai hidup orang lain.. Macam mana tu? Mudah je.. Bila kita tau ada produk yang ada banyak manfaat boleh menyelesaikan masalah orang lain, itu kan menambah nilai hidup orang lain kan.. Atau dengan kata-kata lain, meningkatkan kualiti hidup orang lain.. Teringat ustaz saya pernah cerita masa sekolah dulu, "kalau nak tau berapa banyak ilmu yang kita ada, dayunglah sampan ke tengah lautan dan celupkan jari kita dalam air laut.. bandingkan jari kita yang basah terkena air laut dengan luasnya lautan itu.. Dari situlah kita akan tahu berapa kerdil atau besarnya ilmu yang kita ada". Haa, ini dari konteks perbandingan ilmu dan pengetahuan.. Jadi, jangan lupa untuk luaskan networking kita dengan orang-orang sekeliling okey..
Semoga artikel ni bermanfaat kepada anda ya..
Semoga artikel ni bermanfaat kepada anda ya..
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
www.hujungminggu.my
No comments:
Post a Comment