Wednesday, 5 August 2015

Handbag : Nak beli yang Mahal atau Murah..?

Assalamualaikum..


Ada yang tanya, handbag dari The Gallery Hujungminggu.My ni brand apa ye..?? Hahaha.. Kalau nak tau, semua handbag kami takde brand langsung pun.. Ya! Semua handbag dan beg-beg The Gallery Hujungminggu.My adalah biasa-biasa je dan bukanlah dari butik terkenal dengan harga yang mahal-mahal.. Kebanyakkan handbag dan beg-beg ini diambil dari China dan Indonesia, kemudian kami jenamakan semula kepada The Gallery Hujungminggu.My untuk pasaran Malaysia.. Kan itu lebih baik dari membeli dan memakai jenama tiruan kan..? Pada saya, lebih baik pilih jenama yang biasa-biasa tapi boleh pakai lama, dari membeli jenama tiruan tapi tiada kualiti.. Alang-alang nak pakai jenama terkenal biarlah pakai yang original, betul tak..? Dan bila pakai jenama yang original ni, kita akan rasa satu perasaan hebat dalam diri kita ni tau.. Sebab tu bila orang yang beli handbag mahal ni walaupun duit habis, dia ada perasaan "sense of belonging" hahaha.. Tak percaya..? Anda cuba la sendiri..



Okey, berbalik pada soalan nak beli handbag mahal atau murah, itu adalah pilihan masing-masing.. Ada orang suka pada jenama yang biasa-biasa je sebab ia lebih murah.. Tapi ada juga orang yang suka handbag mahal untuk reward pada diri sendiri lepas penat bekerja kan.. Bila sebut pasal reward, saya memang setuju sangat kalau wanita membuat investment pada handbag yang mahal untuk mengembalikan semangat bekerja.. Yela, shopping tu kan terapi diri.. Penat bekerja asyik membayar hutang je, sekali-sekali tu apalah salahnya kalau kita beli sesuatu yang kita suka kan.. Tapi jangan lupa tau, pastikan wang yang diguna untuk membeli tu hanya datang dari tabung "savings for spending" dan bukan dari tabung-tabung yang lain tau.. Ingat, jangan cederakan tabungan anda.. hehe.. Oh ye, pada siapa yang tak faham atau terlepas entri tentang tabungan ni boleh baca lagi kat sini ye -->> Tip Kewangan 1, Tip Kewangan 2 dan 6 Tabung Untuk Masa Depan

Untuk mereka yang berminat nak jana pendapatan sampingan dengan perniagaan handbag, boleh hubungi saya di 019-6799980 atau e-mel di hujungminggu.my@gmail.com ya.. Untuk pemborong, anda layak menikmati diskaun 40% untuk semua produk, dan pembelian bernilai RM200 ke atas akan mendapat penghantaran produk secara percuma tau.. Nak tau apa lagi yang best bila anda borong dengan The Gallery Hujungminggu.My..? Haa apa tunggu lagi, marilah hubungi saya segera.. Konsultasi percuma je tau kawan-kawan.. Tak kena bayar pun hehe..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980 | hujungminggu.my@gmail.com

No comments:

Post a Comment