Salam hujung minggu..! Haa bila sebut cuti je hujung minggu semua orang mesti tersenyum-senyum gembira.. Ada juga malam tadi yang keluar makan dan pulang lewat sebab tau harini cuti dan takde komitmen untuk bangun awal ke tempat kerja.. Perasan tak bila hari cuti je automatik kita akan bangan awal dan takde pun rasa macam nak tidur balik kan.. Tapi bila hari bekerja tu, aduhai nak bangun pun liat je rasa.. hmm sebab apa agak-agaknya ye..
Okey, sebenarnya memang minda kita dah diprogramkan untuk tertarik dan buat benda-benda yang kita suka.. Macam hari hujung minggu ni la kan.. Awal-awal pagi lagi kita dah bangun dan fikir apa nak buat dan ke mana kita nak jalan-jalan sebab kita tau inilah harinya bila kita tak payah fikir pasal bebanan kerja pejabat.. Paling penting lagi, tak payah tengok muka boss.. hehehe.. Seronok kan bila kita bebas memilih jalan hidup kita - nak makan apa, nak pergi mana, nak bangun pukul berapa, nak buat apa.. Takde orang pun yang boleh halang sebab kita bebas untuk pilih jalan kita sendiri.. Sebenarnya ramai yang suka hidup macam ni - bangun pagi dengan hati yang aman damai, lepas tu baca surat khabar sambil minum kopi.. Tengahari keluar jalan-jalan, shopping handbag dan baju berjenama.. Hujung minggu pula pergi bercuti ke luar negara bersama keluarga dan ibu bapa.. Bila sakit, boleh dapatkan rawatan dari pakar perubatan yang terbaik.. Ohh indah sangat hidup macam ni kan.. Saya perasan ramai sangat orang yang suka hidup macam ni, dan kebanyakkan mereka tau tindakan yang mereka perlu buat untuk mencapai kehidupan yang bebas macam ni.. Ramai juga yang ada pelan tindakan dan matlamat hidup yang ingin dicapai.. Tapi secara realitinya, tak ramai orang yang betul-betul bersungguh-sungguh untuk mencapai impian, matlamat dan cita-cita hidup mereka.. Hidup ni memang ada banyak halangan.. Saya pun sentiasa diuji dengan macam-macam halangan dan cabaran hidup.. Tapi pada saya hidup ni hanya sekali je, dan pilihan yang kita ada pun hanya sekali.. Jadi, kalau kita ada target dalam hidup, kenapa mesti kita sia-siakannya..?
Macam orang lain juga, saya bukanlah datang dari keluarga yang betul-betul senang dan boleh beli apa saja yang saya nak.. Kadang-kadang, bila tengok kawan-kawan pakai handbag dan pakaian berjenama, saya rasa cemburu sangat.. Dalam hati selalu cakap, bila la agaknya saya nak capai kehidupan yang sempurna macam tu.. Kehidupan yang bila bangun pagi je semua dah tersedia depan mata dan saya tak perlu lagi menangis dan berjimat-jimat untuk membeli sesuatu.. Bukanlah bermakna berjimat tu tak bagus, tapi adakalanya, kita mesti nak beli sesuatu yang kita mahu dan suka kan.. Sebab kebanyakkan pendapatan yang ada banyak dihabiskan untuk membayar hutang dan wang pinjaman.. Jadi berapa banyak je boleh berjimat..? Tapi Alhamdulillah, tindakan menubuhkan perniagaan The Gallery Hujungminggu.My ni satu tindakan paling bijak pernah saya buat.. Tapi ini bukan perniagaan pertama saya tau.. Sebelum ni banyak juga perniagaan-perniagaan lain yang saya pernah buat.. Dulu saya pernah jual tudung tak menjadi.. Jual home made coklat pun tak menjadi.. Tapi masa tu saya takde ilmu.. Saya tak pernah pun pergi mana-mana seminar atau baca buku-buku perniagaan.. Tapi syukur sangat harini Allah melorongkan saya dengan perniagaan ini sehingga saya dapat membantu ramai lagi orang-orang kita yang mahu membina semula hidup dan memperbaiki kewangan mereka.. Insyaallah saya akan terus membantu orang-orang kita dalam perniagaan ni.. Saya tau, kat luar sana masih ramai lagi orang-orang yang mengalami nasib yang sama dan perlu dibantu..
Okey, pada mereka yang berminat untuk membeli handbag wanita, remaja dan kanak-kanak secara borong boleh hubungi saya dan team The Gallery Hujungminggu.My di 019-6799980 ye.. Istimewa untuk pemborong, anda akan dapat diskaun 40% untuk pembelian semua produk, dan pembelian melebihi RM200 dalam 1 resit juga layak mendapat penghantaran Pos Laju secara PERCUMA.. Ada lagi keistimewaan memborong handbag dengan The Gallery Hujungminggu.My tau.. Kalau nak tau, jom la hubungi saya sekarang di 019-6799980 atau e-mel di hujungminggu.my@gmail.com
Salam kebahagiaan untuk semua,
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980 | hujungminggu.my@gmail.com
No comments:
Post a Comment