Saturday, 8 August 2015

Handbag: Sejarah dan Revolusi

Assalamualaikum semua..


Orang kata, tak kenal maka tak cinta kan.. Ohh ladies, kita hari-hari pakai handbag kan.. Tapi berapa ramai kat sini yang betul-betul tahu tentang revolusi handbag..? Haa kalau nak tahu, jom kita baca sejarah handbag kat bawah ni..

  • Mengikut Wilcox (1999), "beg" mula diperkenalkan pada abad ke-19 semasa era Victoria di Eropah. Pada masa tu, wanita banyak menghabiskan masa membuat sulaman dan mempelbagaikan fabrik mengikut pakaian mereka untuk ditunjukkan kepada bakal-bakal suami. 
  • Pada tahun 1943, apabila keretapi mula menggantikan pengangkutan berkuda bagi memudahkan pergerakkan wanita, pereka-pereka bagasi telah meningkatkan kreativiti mereka dan mencipta "handbag" - iaitu sejenis beg yang mempunyai pemegang di tangan. Kalau anda mengikuti sejarah, ramai pereka-pereka handbag yang terkenal pada harini bermula sebagai pereka bagasi di zaman Eropah yang kemudiannya mengembangkan penciptaan bagasi ni kepada handbag yang kita lihat pada harini.. Sebab tu kalau anda perasan, logo pereka handbag terkenal seperti Coach mempunyai lambang kereta berkuda sebagai lambang sejarah bagaimana ia bermula
  • Pada tahun 1940-an semasa Perang Dunia Ke-2, fesyen handbag telah bertukar kepada corak  yang lebih 'ketenteraan' - iaitu saiz handbag menjadi lebih besar dan berbentuk segi empat (squarer). Bila bekalan zip, cermin dan kulit menjadi semakin berkurang, pereka-pereka handbag menggunakan kayu, plastik dan bahan sintetik rayon sebagai bahan untuk membuat frame handbag, yang kebanyakkannya adalah buatan tangan. Menurut Foster (1982), handbag bahu (shoulder bag) telah diperkenalkan apabila wanita di Amerika dan Perancis mula memasuki pekerjaan
  • Pada tahun 1950-an selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2, pereka-pereka handbag telah mencipta handbag-handbag yang lebih kecil dengan aksesori, corak dan warna yang lebih feminin dan "sophisticated" untuk mewujudkan elemen yang lebih kewanitaan bagi menggantikan elemen ketenteraan semasa zaman perang
  • Pada tahun 1960-an, beg "clutch" dan "shoulder bag" dengan tali panjang dan nipis mula mengusai dunia fesyen pada ketika itu untuk menampilkan imej wanita yang lebih cantik dan muda (youthful look), berbanding dengan model yang diperkenalkan pada tahun 1950-an
  • Pada tahun 1960-an juga, beg "satchel" yang besar dan "shoulder bag" dari material fabrik, sulam dan patchwork menjadi semakin popular di kalangan wanita. Corak bunga-bungaan turut diperkenalkan sebagai elemen romantik dalam pembuatan handbag
  • Pada tahun 1980-an, beg sukan telah diperkenalkan dan menjadi salah satu aksesori penting dalam fesyen handbag (termasuk kasut sukan). Seterusnya, "briefcase / work bag" juga diperkenalkan kepada lelaki dan wanita yang bekerja. Pada tahun 1985, Prada telah memperkenalkan "Black Nylon Knapsack" sebagai beg unisex yang pertama dan kekal sehingga hari ini
  • Pada abad ke-21, pembuatan handbag telah dipelbagaikan dari material jenis kanvas kalis air dan kulit reptilia untuk menyembunyikan kandungan yang disimpan dalam handbag / beg. Handbag yang dulunya mempunyai elemen feminin untuk wanita, kita telah diperluaskan rekaan untuk kegunaan lelaki juga 



Okey, inilah antara sejarah dan revolusi handbag yang dapat saya kongsi secara ringkas dengan anda..  Kalau anda rasa maklumat ni perlu ditambah lagi dengan fakta-fakta yang lebih menarik, mohon untuk hubungi saya supaya maklumat ni dapat ni dapat dikemaskini.. Untuk maklumat lanjut tentang sejarah dan revoslusi handbag ni, anda juga boleh baca DISINI ye.. Terima kasih pada laman web Random History di atas perkongsian maklumat berkenaan sejarah handbag ni..

Bila kita dah tahu pasal sejarah, kita lebih menghargai handbag ni kan.. Adakalanya saya rasa "inventor" handbag ni memang bijak dan pandai mencipta handbag mengikut zaman, keperluan dan kegunaan.. Dan lebih menarik lagi, kebanyakkan handbag-handbag yang diperkenalkan pada zaman-zaman terdahulu masih lagi popular pada hari ini.. 

Kalau anda nak tahu, nama-nama handbag yang terkenal seperti Coach, LV, Dior dan lain-lain memang sedia muncul pada abad ke-19 lagi, dan masih popular hingga ke hari ini.. Kesemua butik-butik terkenal ni ada di Paris, France dan New York, Amerika Syarikat.. So, pada mereka yang berkesempatan ke Paris dan New York tu jangan lupa singgah untuk membeli handbag-handbag  ni ye.. hehehe.. Disebabkan ia terkenal dengan jenama, kualiti dan harga, ramai yang sanggup membeli handbag-handbag ini kerana percaya ia dapat meningkatkan personaliti dan keyakinan diri mereka..

Oh ye, sebagai rakyat Malaysia kita pun rasa bangga juga tau sebab pereka kasut terkenal Datuk Jimmy Choo dari Malaysia, dan produk beliau berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti New York, London, Dubai dan banyak lagi.. Insyaallah kalau diizinkan Allah saya juga mahu menghasilkan produk saya sendiri dan bawa nama The Gallery Hujungminggu.My ke peringkat antarabangsa seperti nama-nama terkenal ni.. Walaupun cita-cita ni nampak macam terlalu jauh sangat, tapi saya percaya kalau kita ada usaha dan keyakinan semuanya pasti boleh kan.. Anda doakan saya ye.. Amin..

Okey, harapan saya semoga perkongsian ini memberi sedikit informasi kepada anda.. Insyaallah di entri yang akan datang saya akan share pula tentang jenis-jenis handbag yang perlu anda tahu.. Tunggu tau.. =)


Salam kebahagiaan buat semua...


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980 | hujungminggu.my@gmail.com

No comments:

Post a Comment