Sunday, 22 March 2015

6 Tabung untuk masa depan

Assalamualaikum semua..

Tinggal beberapa hari je lagi kita akan melangkah ke suku ke-2 tahun 2015.. Sepanjang 1 suku pertama ni apa yang anda dah buat..? Macam mana dengan belanjawan keluarga untuk tahun ni..? Ada yang dah buat belanjawan ni..? Atau masih tersangkut lagi dengan beban hutang & perbelanjaan yang tak perlu..? Kalau anda betul-betul berazam dan bertekad nak keluar dari masalah kewangan dan masuk ke zon bebas hutang pada tahun 2015 ni, anda mesti mulakan semua ni dari sekarang..!! 

Susah kan bila nak mula benda yang baru.. Macam mana nak ada saving, kalau duit kat tangan pun tak pernah cukup..? Haa senang je.. Caranya, bila dapat je gaji terus masuk dalam tabung.. Penuhkan tabung anda dulu, kemudian duit yang lebih tu barulah bayar hutang-hutang.. Ya! penuhkan tabung anda dulu ye, baru bayar hutang.. Mula-mula memang nampak susah.. Tapi, percayalah bila dah biasa, ia akan jadi habit yang baik tau.. Ada sesetengah orang, bayar hutang dulu baru masuk tabung.. Haa itu pun kalau ada tabung laa.. Tapi ikut pengalaman saya, biasanya orang lepas habis bayar hutang akan 'terlupa' atau 'buat-buat lupa' untuk masuk dalam tabung.. So bila nampak duit dalam akaun tu macam ada banyak sikit, masing-masing sengih dan rasa ada duit lebih untuk belanja bulan ni.. Haa inilah benda yang paling bahaya sekali tau.. 

Okey, sekarang cuba ada duduk dan fikir berapa banyak duit tabungan yang anda ada sekarang..? Kalau anda ada simpanan RM30,000 saya ucapkan tahniah dan teruskan usaha anda.. Tapi, macam mana kalau takde langsung duit tabungan ni..? Kalau anda bujang, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM30,000 simpanan dalam bank untuk cover hidup anda sekurang-kurangnya tempoh 3 bulan.. Yela, dengan tekanan kerja sekarang ni kita banyak mengabaikan kesihatan diri.. Bila kualiti hidup menjadi lebih rendah, kos perubatan akan menjadi lebih mahal.. Tambah-tambah lagi dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni.. Itu kalau bujang la kan.. Tapi kalau anda  dah berkeluarga, kos hidup dan perubatan mesti la jadi lebih mahal kan.. Padahal gaji kita sama je.. Hehe

Kali ni saya nak share 6 jenis tabung yang setiap rumah perlu ada dan bagaimana untuk membahagikan simpanan anda dalam setiap tabung ni:

1. Tabung Kesihatan Keluarga (10%)

Simpan 10% dari jumlah wang yang dikhaskan untuk tabungan ke dalam Tabung Kesihatan Keluarga. Tabung ni adalah priority dan tak boleh lupa dari senarai tabungan anda sebab kita tak menjangka bila kita akan sakit.. Walaupun takde yang sakit, usaha kan juga untuk masuk dalam tabung ini sebagai persediaan awal

2. Tabung Pelajaran Anak-Anak (10%)

Simpan 10% dari jumlah wang yang dikhaskan untuk tabungan ke dalam Tabung Pelajaran Anak-Anak.. Tabung ni harus dimula dari umur anak-anak masih kecil sebagai persediaan untuk mereka menyambung pelajaran kelak

3. Tabung Belanja Keperluan Rumah / Necessity (55%)

Simpan 55% dari jumlah wang yang dikhaskan untuk tabungan ke dalam Tabung Belanja Keperluan Rumah / Necessity bagi pembayaran bil air, api, indah water, maintenance rumah, astro, internet, belanja dapur, repair kerosakan rumah dan lain-lain keperluan lagi.. Wang dalam tabung ni tak perlu dihabiskan, dan boleh digunakan secara accumulative untuk keperluan pada bulan-bulan yang akan datang.. Pastikan anda mempunyai nilai minimum dalam tabung ini untuk mengelakkan jumlah tabungan menjadi negatif..

4. Tabung "financial freedom" (5%)

Simpan 5% dari jumlah wang yang dikhaskan untuk tabungan ke dalam Tabung "financial freedom". Ini adalah tabung khas untuk bebaskan anda dari masalah kewangan.. Tabung ni tak boleh diusik untuk kegunaan lain, dan kalau boleh jangan usik langsung dan biarkan wang ini kekal dalam tabung anda..

5. Tabung "long-term saving for spending" (5%)

Simpan 5% dari jumlah wang yang dikhaskan untuk tabungan ke dalam Tabung "long-term saving for spending".. Ini adalah tabung untuk ada gunakan untuk membeli sesuatu keperluan / keinginan, seperti melancong di hujung tahun, menunaikan umrah atau shopping barangan yang mahal..

6. Tabung Kecemasan (10%)

Simpan 5% dari jumlah wang yang dikhaskan untuk tabungan ke dalam Tabung Kecemasan.. Tapi awas ya, gunakan tabung ni hanya untuk perkara yang betul-betul kecemasan..


Semoga anda belajar sesuatu harini ya..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
FB: www.facebook.com/hujungminggu.my

No comments:

Post a Comment