Tuesday, 4 August 2015

Memborong Beg Kanak-Kanak

Assalamualaikum..


Selamat Hari Selasa semua.. Tinggal beberapa hari je lagi Syawal akan melabuhkan tirainya.. Ada yang dah selesai buat puasa 6..? Haa.. Rugi tau kalau tak puasa 6 di bulan Syawal ni.. Nikmatnya sangat besar tau kalau kita berpuasa sunat ni lepas sempurna puasa sebulan di bulan Ramadhan..

Hmm.. Harini saya tak sibuk sangat, so sempat la menjengah-jengah ke Facebook membaca dan melihat-lihat aktiviti kawan-kawan sambil update Facebook saya jugak.. Nampaknya ramai yang dah kembali buka semula perniagaan lepas 2 minggu berehat.. Maklum la, masa bulan Ramadhan haritu semua bekerja kuat menyiapkan tempahan dan menyediakan / menjual keperluan Hari Raya Aidilfitri.. Alhamdulillah, berkat berniaga ni ramai yang berjaya meraih pendapatan lumayan di bulan Ramadhan haritu.. Sejuk hati saya dengar bila ada kawan yang cerita sebahagian dari pendapatan ni turut dikongsi bersama-sama dengan orang lain yang lebih memerlukan.. Memang itulah konsep rezeki kan, dalam setiap rezeki kita pasti ada bahagian untuk orang lain juga.. Lagi banyak kita memberi kepada orang, Allah pasti memberi lebih banyak lagi rezeki kepada kita.. Semoga amalan ni sentiasa diteruskan untuk pembangunan ekonomi umat Islam..

Oh ye, berbalik kepada cerita Facebook dan perniagaan tadi kan, saya perasan ramai peniaga yang menjual produk kanak-kanak seperti baju, kasut dan beg.. Malah masa saya buka booth di bazaar Ramadhan tu pun banyak sangat booth lain yang menjual keperluan kanak-kanak.. Kadang-kadang saya terfikir juga betul ke harga barang tengah naik sekarang ni..? Sebab makin naik harga barang, makin ramai pulak orang yang datang membeli hehe.. Cuma yang saya perasan, ibu bapa memang tak kisah sangat kalau membeli untuk anak-anak berbanding untuk diri sendiri.. Jadi, ini adalah potensi yang bagus untuk peniaga yang ingin fokus dalam perniagaan berkaitan kanak-kanak.. 

Tapi kat mana nak memborong produk berkaitan kanak-kanak ni..?? Haa.. Mudah je.. Satu cara, anda boleh google kat internet dan buka website yang menawarkan produk kanak-kanak pada harga borong.. Biasanya, lagi banyak kita memborong lagi banyak kita boleh berjimat tau.. Disebabkan terlalu banyak pemborong yang menawarkan produk kanak-kanak di pasaran, jadi produk yang mana satu mesti kita pilih dan beli..?? Hmm itu bergantung pada matlamat perniagaan anda.. Kalau anda mencari baju kanak-kanak seperti gaun yang cantik dan berkualiti, fokus pencarian anda mestilah terus kepada gaun yang diingini.. Cuma yang bagus dengan perniagaan internet / online ni, anda tak perlu masuk ke setiap kedai, tapi cukup sekadar membuat pencarian dan research sahaja.. Jadi, bila ada yang berkenan, anda boleh terus hubungi penjual untuk mendapatkan produk yang diingini.. Cuma anda mungkin perlu berusaha sikit la untuk membuat research ni.. Yela, mana ada perkara yang mudah kan..

Saya pernah juga google mencari produk kanak-kanak ni di internet.. Sayangnya, tak semua produk yang ada tu menepati pencarian saya.. Kalau ada pun harganya sangat mahal.. Hmm macam mana nak jual kalau harga terlalu mahal kan.. Ada juga yang murah tapi design dan kualiti pun tak berapa menepati citarasa saya.. Akhirnya saya memberanikan diri terbang terus ke China dan memborong produk kanak-kanak di sana.. Haa.. Betullah orang kata China ni syurga beli belah kan.. Segala-segalanya ada kat sana tau.. Cuma sediakan duit je.. hehehe.. Dan itulah langkah pertama yang membawa saya hingga ke tahap hari ini.. Alhamdulillah..

Booth The Gallery Hujungminggu.My


Antara produk The Gallery Hujungminggu.My

Pelbagai beg untuk kanak-kanak-remaja & wanita The Gallery Hujungminggu.My

Okey, macam mana pula kalau tak nak ke China..? Yela, tak semua orang ada modal yang besar untuk memborong di China kan, terutamanya mereka yang baru nak 'test water' dalam perniagaan ni.. Haa kalau anda tergolong dalam kumpulan ni, apa kata anda memborong sahaja dengan saya di The Gallery Hujungminggu.My.. Apa produk yang saya ada..? Okey, di The Gallery Hujungminggu.My, produk utama kami adalah beg, wallet dan aksesori untuk kanak-kanak dan wanita.. Insyaallah sedikit masa lagi saya akan bawa masuk pakaian kanak-kanak pulak.. Masa saya buka booth di Bazaar Uptown Senawang masa bulan Ramadhan baru-baru ni ramai yang puji produk-produk ni cantik, comel dan menarik.. Terima kasih banyak-banyak diatas pujian tu.. hehe.. Sebenarnya semua produk ni saya pilih sendiri di China, dan saya pilih mengikut demand semasa pelanggan.. Saya bukan order dari Malaysia secara 'bulk' tau sebab saya sangat teliti pada design dan kualiti produk yang diambil.. Mana-mana produk yang reject memang saya takkan ambil.. Yela, siapa yang nak project reject kan.. Kalau saya jadi pembeli pun dah tentu saya takkan pilih produk-produk reject ni.. hehe..

Okey la.. Tiba-tiba rajin sangat la pulak harini tulis entry panjang-panjang macam ni kan.. hehe.. Pada yang nak memborong beg kanak-kanak tu anda tau mana nak cari saya kan.. Boleh whatsapp atau call saya di nombor seperti dibawah ye.. Nanti di entry akan datang saya akan cerita apa kelebihan yang anda akan dapat bila memborong dengan The Gallery Hujungminggu.My.. Tungguuu


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980 | hujungminggu.my@gmail.com

No comments:

Post a Comment