Okey, tip kewangan yang saya nak beri kali ni adalah sambungan dari tip yang saya dah beri di entry sebelum ni.. Kalau ada yang terlepas entry sebelum ni, jangan risau ye sebab anda masih boleh baca lagi tip tu kat sini --> Tip Kewangan 1.. Oh ye, ada yang dah cuba tip yang saya berikan tu..? Haa mula-mula memang nampak susah tau, tapi Insyaallah kalau kita praktik selalu ia akan menjadi amalan kewangan yang baik untuk keluarga kita..
Apa "Savings for Spending" atau Simpanan untuk Berbelanja tu..? Macam mana kata simpan tapi belanja pulak..? Okey, kalau dalam Tip Kewangan 1 sebelum ni kita simpan untuk tabungan jangka panjang, untuk tip kewangan pada kali ni pulak kita simpan duit dengan keinginan untuk berbelanja.. Perasan tak, kita selalu ada keinginan untuk beli handbag baru, baju baru, langsir baru, set pinggan baru dan semua barang-barang yang baru la.. Tapi takkan kita nak guna duit simpanan sedia ada untuk beli barang-barang ni kan.. Kalau tersalah guna, habis la duit simpanan kita nanti kan.. Okey, untuk anda yang sentiasa ada keinginan untuk shopping tu apa kata anda buat satu lagi tabung simpanan iaitu "Savings for Spending".. Untuk permulaan, anda boleh masukkan 10% dari wang gaji ke dalam tabung ni.. Tapi ingat tau, jangan simpan banyak sangat kat tabung ni sampai "mencederakan"tabung-tabung yang lain.. hehe.. Penggunaan tabung ni pulak perlu dibuat selepas anda fikir beberapa kali sebelum anda yakin untuk menggunakannya.. Contohnya, anda dah ada handphone Blackberry.. Tapi harini pergi Pavillion nampak Iphone cantik dan rasa macam nak beli je kan.. Tiba-tiba anda teringat pasal tabung "Savings for Spending" ni kan, dan rasa macam nak ambil duit dari tabung ni.. Ops! Nanti duluuu.. Balik rumah dulu, duduk dan fikir.. Kalau rasa masih perlu untuk membeli, anda boleh beli.. Tapi kalau rasa handphone sedia ada pun masih boleh digunakan, apa kata anda jangan gunakan simpanan tu dulu tapi tunggu sampai ada keperluan lain yang lebih penting..
Pengurusan kewangan tak semestinya kita mesti mencatu semua perbelanjaan bulanan.. Tapi ia lebih kepada teknik macam kita merancang perbelanjaan kita.. Tambah-tambah lagi lepas musim-musim raya ni kan.. Dengar cerita kakitangan sektor awam semua dah dapat gaji sebulan lebih awal masa sebelum raya tu kan.. Haa, inilah masanya untuk anda nilai semula perbelanjaan sedia ada dan buat perancangan kewangan yang lebih baik untuk masa hadapan..
Semoga informasi ni bermanfaat untuk anda semua ye..
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980 | hujungminggu.my@gmail.com
No comments:
Post a Comment