Thursday, 27 August 2015

Kejatuhan Ringgit VS Krisis Ekonomi Keluarga..!

Assalamualaikum semua..


Apa khabar anda harini..? Saya harap anda sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan mendapat perlindungan Allah swt.. Harini masa nak check e-mail dari pelanggan-pelanggan The Gallery Hujungminggu.My, saya sempat membaca beberapa post kawan-kawan tentang kebimbangan   mereka pada kejatuhan nilai Ringgit dan implikasinya pada krisis ekonomi keluarga.. Ya! Bukan mereka je yang bimbang, saya pun bimbang juga dengan keadaan ekonomi yang melanda sekarang.. Tapi, pada saya apa yang berlaku adalah di luar kawalan saya.. Saya tak boleh jadi superhero yang mengembalikan semula nilai matawang, sebab saya hanyalah seorang insan biasa.. Walaupun kesan krisis kewangan ni memberi kesan yang teruk pada ekonomi saya dan keluarga, saya harus membayarnya sebab saya masih perlu makan.. saya harus mengisi petrol.. Saya harus menyediakan keperluan rumah yang lain.. 

Ada orang yang silap menilai.. Bila nilai matawang meningkat, ada yang kata kita tak boleh lagi makan di luar atau keluar membeli-belah.. Ada juga yang sanggup menahan diri dari membeli barang-barang yang diperlukan.. Ya! Itu mungkin salah satu cara untuk kita mengawal kewangan kita, dan ada juga dari kalangan kita yang berjaya mengurangkan kos-kos kehidupan dengan cara ini.. Tapi berapa lama kita boleh tahan diri untuk tidak berbelanja..? Ekonomi negara masih perlu dikembangkan.. Perniagaan-perniagaan masih perlu menjana pendapatan.. Kalau kita tak berbelanja, macam mana kita nak kembangkan ekonomi negara..? Disinilah pentingnya ilmu bagaimana untuk menjana pendapatan sedia ada supaya kita masih dapat mengembangkan ekonomi keluarga dan pada masa yang sama menikmati hidup yang lebih berkualiti.. Hidup yang berkualiti bukan bermakna pendapatan yang lumayan sahaja, tapi juga kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia dan kerohanian diri yang sempurna.. 

Tapi macam mana nak dapat kehidupan yang sempurna dan berkualiti ni kalau poket kita asyik "bocor" je..?? Eh, kalau sedar kewangan kita tak berapa nak stabil tu masih nak duduk rehat-rehat minum kopi kat rumah ke.. hehehe.. Kita kena la buat sesuatu untuk meningkatkan ekonomi kita sendiri kan.. Salah satunya dengan cara berbisnis la.. Duit takkan datang bergolek kalau kita tak berusaha untuk mencarinya.. Sebab yang menentukan masa depan kita adalah diri kita sendiri.. Ya! Mana ada benda yang senang dalam dunia ni.. Nak bisnes pun kena berusaha juga.. Saya ingat lagi mentor saya pernah cakap, kalau tak mampu nak keluarkan wang untuk bisnes, luangkanlah masa untuk bisnes.. Tak faham..? Takpe, nanti saya akan cerita lagi tentang perkara ni pada anda.. 

Harini, teknologi dah semakin berkembang dengan kewujudan media-media sosial seperti Facebook, Intagram dan Twitter yang membantu perniagaan kita pada harini.. Siapa sangka, dengan menggunakan medium ini je surirumah pun mampu menjana wang sehingga menjadi Jutawan.. Ada juga yang dulunya hanya buat bisnes secara sampingan, tapi harini terpaksa berhenti kerja sebab perniagaan ni dah berjaya menjana wang yang cukup untuk menampung kehidupan keluarga.. Tapi diorang ni bukan bangun-bangun pagi je dah terus jadi kaya raya.. Semuanya bermula dengan 1 langkah dalam perniagaan.. Okey, ada yang nak tau macam mana nak mulakan perniagaan..?

Kalau anda betul-betul serius nak perbaiki kehidupan dan memperbaiki kewangan diri dan keluarga, apa kata anda join beribu-ribu orang lain di luar sana dengan menjadi komuniti perniaga.. Di The Gallery Hujungminggu.My, kami ada pelbagai koleksi handbag, wallet dan aksesori yang boleh anda borong dan jual semula untuk menjana pendapatan.. Dengan menjadi pemborong, anda layak menikmati diskaun sebanyak 40% terhadap setiap produk, dan pembelian melebihi RM200 juga layak mendapat penghantaran Pos Laju secara PERCUMA..!! Untuk melihat senarai produk, sila layari website kami di www.hujungminggu.my.. Kemudian, anda nyatakan produk mana yang anda suka dan selebihnya kami akan uruskan penghantaran.. Mudah je kan..!


Jom hubungi kami segera untuk konsultansi PERCUMA..!


Tha Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
www.hujungminggu.my

No comments:

Post a Comment