Assalamualaikum semua..
Apa khabar anda harini..? Saya harap anda sihat selalu dan sentiasa berada dibawah perlindungan Allah swt.. Seronoknya cuti harini kan.. Apa rancangan anda bersama keluarga.. Biasanya cuti-cuti macam ni la kita habiskan bersama keluarga kan.. Ada orang suka pergi bercuti.. Tapi ada juga orang yang suka pergi shopping.. hahaha.. Pasal shopping tu pun saya pun suka jugak.. Sebab shopping ni adalah terapi stress tau.. Memang shopping tu memerlukan duit, tapi nikmat shopping tu dapat mengaktifkan saraf-saraf kegembiraan pada seseorang tau..
Okey, sempena dengan hari Sabtu ni saya nak buat kempen khidmat masyarakat la sikit pada anda.. Haa dengar macam menarik kan.. Bermula harini apa kata anda mulakan gaya hidup yang mesra alam dengan membawa "Shopping Bag" setiap kali anda pergi shopping.. Berbanding menggunakan beg plastik yang mudah koyak tapi memudaratkan alam sekitar tu, kan lebih baik anda menggunakan "shopping bag" yang lebih mesra alam dan boleh digunakan berulang-ulang kali.. Untuk pertama kali memang nampak malu dan janggal sangat tau sebab kita tak biasa dengan gaya hidup macam ni.. Tapi kalau anda perasan, kat negara-negara Eropah dan US, tabiat membawa "Shopping Bag" ni adalah perkara yang biasa pada mereka.. Dan kebanyakkan Department Store banyak menggunakan khidmat layan diri untuk membungkus barangan belian anda.. So, kalau anda tiba-tiba melancong ke negara-negara ni janganlah pula anda pelik dengan budaya diorang ye.. Asia dengan Eropah dan US memang sangat-sangat berbeza budayanya, lebih-lebih lagi tentang kesedaran diorang tentang pemeliharaan alam sekitar dan rumah hijau..
So, macam mana kita boleh bantu memelihara alam sekitar kat Malaysia ni..? Haa salah satu cara adalah dengan menggunakan "shopping bag" ni la.. Masa saya berada di Amsterdam dan Paris untuk menghadiri conference pada tahun lepas, saya pun mula-mula macam terlupa tentang penggunaan "shopping bag" ni kat sana.. Tapi bila tengok orang kiri kanan bawa beg-beg ni baru saya teringat pada budaya mereka yang satu ni.. Cuma satu perkara yang paling saya suka dengan "shopping bag" ni adalah senang untuk membawa pulang barang-barang belian sebab saya cuma perlu sangkut je ke bahu berbanding dengan plastik yang mudah terkoyak dan menyebabkan jari-jari saya kebas membawa muatan barang yang banyak..
Di The Gallery Hujungminggu.My ni saya pun ada "Shopping Bag" yang menarik untuk anda.. Jom tengok kat bawah ni..
Oh ye, "Shopping Bag" ni banyak lagi fungsinya tau.. Ia bukan sekadar mengisi barang-barang belian masa kita pergi shopping je.. Tapi kalau nak jadikan beg ni untuk mengisi telekung dan peralatan mengaji seperti Al-Quran, Iqra pun boleh juga.. Untuk student pula, beg ni pun boleh dibawa ke kuliah juga ye..
Beg ni berharga RM10.00 je.. Murah sangat kan.. Tapi kalau anda beli 5 unit, kos Pos Laju adalah Percuma.. Design boleh pilih mengikut kesukaan anda.. Untuk membeli, anda boleh whatsapp ke 019-6799980 atau e-mel ke hujungminggu.my@gmail.com.. Semua beg ni anda boleh lihat gambar-gambar dan saiznya yang lebih detail di Website The Gallery Hujungminggu.My ya..
.
Salam sayang untuk semua..
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
www.hujungminggu.my
www.hujungminggu-my.blogspot.com
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
www.hujungminggu.my
www.hujungminggu-my.blogspot.com
No comments:
Post a Comment