Tuesday, 25 August 2015

Gift Book sebagai Corporate Souvenir

Assalamualaikum semua..


Anda pernah dengar Gift Book..? Anda tahu tak Gift Book ni bukan sekadar hadiah atau cenderahati untuk diberi pada seseorang je tau, tapi ia juga boleh dijadikan sebagai kotak perhiasan aksesori di rumah dan pejabat, atau sebagai 'tempat simpanan rahsia' untuk barang-barang berharga seperti jam tangan yang mahal, barang kemas, kunci, wang dan lain-lain..

Anda pernah tengok cerita hollywood tentang detektif yang menyiasat kes-kes jenayah di televisyen..? Perasan tak, ada antara slot dalam rancangan tu yang menunjukkan adegan detektif atau penjenayah tengah mencari bukti / barang berharga di rak-rak buku..? Ahaa.. Kalau anda nak tahu, kebanyakkan orang terutamanya mereka di negara-negara Eropah, banyak menjadikan buku-buku sebagai tempat rahsia untuk menyimpan barangan berharga dengan tujuan mengaburi pandangan orang-orang biasa.. Terdapat juga ibu bapa yang menyimpan barang-barang berharga ni dalam 'tempat rahsia' ni untuk mengaburi penglihatan anak-anak.. Sebenarnya, Gift Book ni bukanlah sebuah buku biasa.. Tapi ia sebuah kotak yang dibuat dengan bentuk buku dengan tujuan untuk menyimpan barangan di dalamnya..

Harini, Gift Book ni bukan sekadar untuk menyimpan barangan berharga sahaja tau.. Malah, ramai peniaga-peniaga yang menjadi lebih kreatif dan menggubah replika buku-buku ini menjadi sebuah hamper yang cantik dan menarik.. Dulu, saya pernah menggubah hamper menggunakan buku-buku ini dan menjualnya kepada orang ramai sebagai "Corporate Gift" untuk Hari Raya Aidilfitri.. Hasilnya sangat mengagumkan dan ramai pelanggan saya yang suka dengan idea "Corporate Gift" ni..

Oh ye, bukan tu saja tau.. Malah ada yang menjadikan Gift Book ni sebagai kotak menyimpan naskah Al-Quran semasa majlis-majlis pertunangan dan perkahwinan.. Ini memang satu idea yang menarik sebab ia menjadikan hantaran kelihatan lebih unik dan istimewa.. Ahaa.. Bukan sekadar menyimpan Al-Quran sahaja, malah ada juga yang menjadikan replika buku ni sebagai asas dalam gubahan hantaran mereka.. Lebih menarik lagi, replika buku ni boleh dipakai semula sebagai perhiasan di rumah dan pejabat, atau sebagai kotak aksesori untuk simpanan barangan peribadi..

Ohh.. Banyak rupanya kegunaan Gift Book ni kan.. Sungguh ajaib, dan ia bukan sekadar buku biasa.. Okey, pada mereka yang belum pernah melihat buku ni, jom kita tengok kat bawah ni..







Gift Book ni ada macam-macam design yang boleh dipilih tau.. Setiap Gift Book ni mengandungi 3 unit iaitu Besar, Sederhana dan Kecil.. Maklumat Gift Book ni seperti berikut:

Harga : RM120.00 (3 unit - Besar, Sederhana & Kecil)

Pattern: 
  • Birdy
  • Butterfly
  • Dreaming Butterfly
  • Home Sweet Home
  • London
  • Paris
  • Red Rose
  • Roses
  • Tower Clock
Ukuran:
  • Besar : P (33 cm) x L (24.5 cm) x T (8.5 cm)
  • Sederhana : P (26.5 cm) x L (18.5 cm) x T (6.5 cm)
  • Kecil : P (20.5 cm) x L (12.5 cm) x T (5 cm)

Untuk melihat gambar-gambar setiap Gift Book ni dengan lebih detail dan membuat pembelian, anda boleh ke Galeri kami di SINI ya..

Sekiranya anda ada pertanyaan lain mengenai produk atau berhasrat membeli produk-produk ini secara borong, jangan malu-malu untuk hubungi team The Gallery Hujungminggu.My di 019-6799980 atau e-mel di hujungminggu.my@gmail.com.. Insyaallah saya akan melayani setiap persoalan anda dengan gembira ya..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980  |  hujungminggu.my@gmail.com
www.hujungminggu.my

No comments:

Post a Comment