Wednesday, 22 July 2015

Tip Kewangan 1: Pay Yourself First (Bayar Kepada Diri Sendiri Dulu)

Assalamualaikum..


Harini, hampir semua orang mempunyai hutang yang perlu dibayar, tak kiralah sama ada hutang yang bermanfaat atau hutang yang merugikan.. Yela, mana ada orang beli rumah atau kereta secara 'cash' kan.. Semuanya berhutang dengan bank.. Dan hutang-hutang ni ada antaranya mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk dilangsaikan.. Cuma yang membezakan hutang setiap orang adalah macam mana kita menguruskan hutang-hutang ni supaya ia tetap mendapat manfaat dan keuntungan kepada kita.. Haa.. Nampak macam pelik kan.. Dah berhutang, macam mana nak dapat manfaat betul tak..? Ahaa.. Hutang ni tak semestinya tak bagus tau.. Kalau kena dengan caranya, anda masih boleh menjana wang dengan hutang-hutang ni..

Ramai orang, bila dapat gaji je terus bayar hutang kad kredit, rumah, kereta dan macam-macam hutang yang lain.. Dengan duit gaji tu jugak la kita bayar duit sekolah anak, belanja dapur, bil-bil dan segala macam perbelanjaan lain.. Tapi lepas anda bayar-bayar ni semua kan, cuba tengok berapa banyak baki yang tinggal untuk anda..? Kalau masih ada banyak baki, saya ucapkan tahniah pada anda.. Tapi macam mana kalau dah takde baki lagi..? Haa.. Ramai orang lebih pentingkan membayar hutang-hutang dan membeli keperluan harian rumah, sampai terlupa untuk "membayar kepada diri sendiri"atau dengan kata-kata lain membuat tabungan / simpanan untuk diri sendiri.. Sebab itulah duit kita sentiasa tak cukup.. 




Mulai harini, apa kata kita tanamkan azam baru dan mulakan amalan 'membayar kepada diri sendiri' setiap kali kita mendapat gaji bulanan.. Untuk permulaan, kita boleh mulakan 10% dari gaji bulanan untuk menyimpan.. Sebagai contoh, kalau gaji anda RM 2,000 sebulan, anda boleh masukkan RM200 ke dalam akaun simpanan.. Perlahan-perlahan, anda cuba masukkan RM300 atau RM400 ke dalam akaun ni sekiranya mampu.. Nampak macam mustahil kan, tapi mana kita nak tahu kalau kita belum mencuba.. Betul tak..?

Haa.. Tapi bila dah buat simpanan ni janganlah anda menjeling-jeling lagi kat duit ni tau.. Hehe.. Kalau dah simpan, lepas tu bawa keluar balik duit ni serupa la kita tak menyimpan kan.. Macam tu sampai bila-bila la kita takkan keluar dari masalah kewangan ni.. Setuju tak..? 

Di post akan datang, saya akan share lagi beberapa tip kewangan yang boleh anda praktik dalam usaha-usaha anda untuk keluar dari beban kewangan ni.. Untuk mengetahui jenis-jenis tabung ke arah anda bebas kewangan jom baca kat sini -->> 6 Tabung Untuk Masa Depan

Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ni ye..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com

No comments:

Post a Comment