Assalamualaikum semua..
Apa khabar anda harini..? Ada aktiviti menarik ke nak buat harini..? Saya pun harini belum merancang nak buat apa-apa atau nak ke mana-mana lagi.. Cuma saya nak share sikit tentang 1 program khidmat masyarakat yang team The Gallery Hujungminggu.My buat semalam.. Haa.. Masih ingat lagi tak saya pernah cerita dulu tentang matlamat hidup kan.. Salah satunya adalah membantu masyarakat melalui program-program khidmat masyarakat..
Okey, apa yang kami buat semalam adalah menjalankan kerja-kerja mengukur bagi pembinaan semula bumbung Masjid Ayer Hitam di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan yang sudah usang dan tidak selamat lagi digunakan untuk keselamatan para jemaah.. Jadi, semalam kami mengukur sekitar kawasan dalam dan luar masjid untuk kerja-kerja melukis pelan bumbung ni.. Pelan ni nanti InsyaAllah akan dipanjangkan kepada pihak Kerajaan untuk bantuan dana bagi pembinaan bumbung masjid ni..
Oh ye, ada yang tak tau sebenarnya di samping menjadi usahawan handbag, kami juga mempunyai sebuah syarikat yang menguruskan jual beli rumah dan melukis pelan-pelan bangunan.. So projek melukis pelan bumbung masjid ni antara program khidmat masyarakat yang kami lakukan untuk warga di Jempol ni.. Semoga pembinaan masjid ni nanti dapat meningkatkan lagi keselesaan kepada para jemaah untuk melaksanakan ibadat.. Adalah diharapkan juga dengan pembinaan bumbung masjid ni nanti, lebih banyak aktiviti agama dapat dilakukan di sini.. InsyaAllah.. Amin..
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
www.hujungminggu.my
www.hujungminggu-my.blogspot.com
019-6799980
www.hujungminggu.my
www.hujungminggu-my.blogspot.com
No comments:
Post a Comment