Assalamualaikum semua..
Pertama kali tengok gift book ni saya dah terpersona..! Saya ni memang suka pada benda-benda yang unik.. Setiap kali pergi berjalan-jalan, saya mesti akan beli sesuatu yang comel, kiut dan menarik untuk disimpan di bilik bacaan rumah atau dijadikan perhiasan di pejabat.. Benda-benda yang comel macam ni banyak memberi inspirasi dan ilham untuk saya cari idea-idea baru dalam penulisan dan pelan-pelan perniagaan.. Oh ye, lupa nak cerita saya sekarang ni sedang dalam proses menghasilkan buku untuk perniagaan handbag saya.. Insyaallah buku ni nanti diharapkan dapat membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan handbag ni.. Setakat ni ia masih dalam pembikinan dan saya akan cerita lebih lanjut lagi pasal buku ni di entri-entri akan datang..
Berbalik pada gift book ni, ia bukan sekadar buku atau perhiasan tau.. Tapi ada banyak sangat kegunaannya lagi.. Jom tengok kat sini:
a) Tempat 'rahsia' menyimpan barang peribadi
Buku menjadi tempat paling selamat untuk menyimpan barang-barang berharga seperti duit, barang kemas, surat dan lain-lain.. Sebab tak semua orang suka membaca buku yang tebal-tebal, lebih-lebih lagi kalau buku ilmiah yang banyak dengan formula-formula fizik.. Biasanya orang akan simpan barang-barang berharga di bawah katil, dalam almari atau bawah pakaian.. Jadi dengan menyimpan dalam buku, ia akan menjadi tempat 'rahsia' yang paling selamat untuk anda
b) Koleksi menarik untuk barang hantaran perkahwinan & pertunangan
Gift book ni juga sangat menarik dijadikan "rumah" untuk dekorasi hantaran perkahwinan dan pertunangan.. Kalau dulu kita banyak menggunakan polisterin untuk menggubah hantaran, tapi harini penggunaan gift book ni mampu menjadikan hantaran anda lebih istimewa, unik dan mewah.. Ia juga boleh disimpan dan digunakan semula untuk tujuan-tujuan yang lain
c) Dekorasi menarik untuk hamper
Sama seperti gubahan hantaran, gift book ni juga boleh digunakan dalam gubahan hamper agar ia kelihatan lebih mewah, cantik dan mahal.. Dengan sedikit kreativiti, anda mampu menjadikan hamper ni sangat menarik untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan perniagaan dan teman-teman
d) Buku di dalam Buku
Ia bukan sekadar buku.. Tapi juga boleh menyimpan buku-buku yang lain.. Haa.. Ini termasuklah buku-buku atau manuskrip lama-lama yang memerlukan penjagaan yang rapi.. Penerbitan yang mudah rosak seperti peta, geran tanah juga boleh disimpan di dalam buku ini sebagai langkah-langkah penyimpanan dan penjagaan yang baik
e) Kotak aksesori dan jahitan
Selain menjadi tempat 'rahsia', ia juga boleh dijadikan kotak menyimpan aksesori biasa untuk memudahkan anda mencarinya apabila diperlukan.. Ia juga boleh dijadikan sebagai kotak menyimpan barang-barang jahitan anda..
Maklumat lanjut mengenai gift book ji seperti ukuran, gambar dan lain-lain boleh dilihat di website www.hujungminggu.my/giftbook ya.. Setiap set gift book ni berharga RM120.00 dan penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia.. Untuk pesanan sila whatsapp 019-6799980 ya..
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
www.hujungminggu.my
www.hujungminggu-my.blogspot.com
019-6799980
www.hujungminggu.my
www.hujungminggu-my.blogspot.com