Assalamualaikum semua..
Selamat hari Sabtu dan berhujung minggu untuk anda.. Selalu hari-hari cuti macam ni ramai yang bangun lambat dan berehat-rehat kat rumah kan.. Tapi saya pula harini ada 'date' dengan seorang teman di Starbucks.. haa.. Ini bukan sekadar 'date' tau, tapi lebih pada perkongsian tentang bisnes dan macam mana kita yang hidup sekadar 'biasa-biasa' je, tapi mampu untuk challenge diri kita sendiri menjadi insan 'luar biasa hebat' untuk perbaiki kewangan dan ekonomi diri dan keluarga.. Kita selalu dengar orang buat income sampai puluhan dan ratusan ribu Ringgit kan.. Tapi mereka yang berjaya ni bukan bagun pagi je terus jadi kaya tau.. Semuanya bermula dengan 1 tindakan penting dalam hidup.. Dan tindakan penting ni bermula dengan 'Big WHY' dalam hidup kita sendiri.. Nanti saya cerita apa 'Big WHY' ni nanti ye..
Berbalik pada 'date' saya dengan teman saya ni, oh biarlah namakan 'date' ni sebagai 'Business Mentoring' supaya senang untuk anda faham cerita yang saya nak kongsikan nanti.. Teman saya ni bukanlah orang yang susah, tapi tau-tau saja la kehidupan di bandar sekarang semuanya pakai duit, ditambah pulak dengan harga barang-barang yang semakin meningkat ni.. Suami dia pula baru berhenti kerja sebab dah tak seronok dengan budaya kerja di pejabat lama.. So, masing-masing dah decide untuk buat bisnes dan perbaiki kewangan keluarga.. Alhamdulillah.. Seronok saya dengar bila ramai kawan-kawan yang dah mula sedar tentang pentingnya kita mulakan bisnes dan perbaiki masa depan keluarga.. Ini bukan bermakna kehidupan sekarang ni kurang baik, tapi bila kita ada kewangan yang lebih baik dari sekarang, kita boleh upgrade kualiti hidup kita seperti hantar anak-anak ke universiti yang terbaik, dapatkan rawatan dari hospital dan doktor-doktor yang terbaik, bawa keluarga tinggal di rumah yang besar dan selesa, bawa ibu bapa dan keluarga menunaikan haji dan umrah, bersedekah kepada umat Islam yang kurang bernasib baik dan macam-macam.. Dan yang paling penting, bila kewangan kita lebih baik dah tentulah kita boleh bekerja ikut masa kita sendiri dan tak perlu terikat dengan orang lain.. Kita boleh tengok anak-anak membesar depan mata, pergi bersama keluarga dan tiada lagi tekanan hidup dan membebankan hati dan fikiran.. Seronoknya kalau kita boleh pilih hidup yang macam ni kan.. Boleh..! Memang boleh.. Sebab hidup ni kan satu pilihan.. Kitalah yang tentukan masa depan kita sendiri.. Dan tanpa satu tindakan penting dalam hidup, semua ini tak mungkin menjadi kenyataan.. So, kitalah yang mencorakkan masa depan kita sendiri..
Perkongsian harini banyak saya cerita tentang matlamat hidup kita yang sebenar dan macam mana untuk kita kenal diri kita sendiri.. Percaya tak dalam diri kita ni sebenarnya ada seorang 'giant' yang sedang lena tido sepanjang hari dan menunggu masa untuk dikejutkan dan bertindak mengubah masa depan.. Giant tu adalah diri kita sendiri la.. Kadang-kadang dia rasa malas.. Kadang-kadang dia rasa kecewa dengan hidup.. Kadang-kadang dia rasa inspired dengan kejayaan orang lain.. Anda faham siapa giant tu kan.. Nanti saya akan cerita lagi tentang giant ni..
Oh ye, teman saya ni tak berapa berminat dengan handbag sebab katanya nak cuba teroka sesuatu yang dia minat.. Saya kata kat dia takpe la sebab bisnes ni tak boleh ikut orang tau.. Tapi kena ikut apa yang kita suka, minat dan pakar.. Kalau kita tak suka dengan bisnes tu, buat la sampai 10 tahun pun belum tentu kita berjaya sebab kita takde 'passion'.. Tapi saya rasa seronok sebab sekurang-kurangnya saya dapat berkongsi beberapa ilmu perniagaan dengan dia.. Ya, ilmu ni kan untuk berkongsi.. Lagi banyak kita berkongsi, lagi banyak keberkatan yang kita dapat.. Tak percaya..? Anda cuba la..
Okey, pada anda yang berminat untuk mulakan perniagaan handbag wanita dan kanak-kanak, anda boleh hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ya.. Insyaallah saya akan cuba membantu dalam pencarian anda..
Okey, saya berhenti kat sini dulu ye.. Nak siapkan plan dan strategi perniagaan bisnes handbag ni sekejap.. hehe..
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
www.hujungminggu.my
www.hujungminggu-my.blogspot.com
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
www.hujungminggu.my
www.hujungminggu-my.blogspot.com
No comments:
Post a Comment