Berapa ramai antara anda yang selalu mengalami sakit-sakit bahu..? Adakah sakit tu disebabkan bahu anda yang bermasalah atau anda sememangnya suka mengangkat barang-barang yang berat..? Harini ramai wanita yang gemar memakai handbag yang besar disebabkan oleh ruang dalamannya yang besar untuk mengisi pelbagai barangan.. Tapi perasan tak, membawa handbag yang terlalu berat boleh menyebabkan kita mengalami sakit bahu yang teruk.. Keadaan ni kalau berterusan boleh mengundang pelbagai penyakit-penyakit yang lain..
Salah satu cara untuk mengelakkan keadaan ini berlaku adalah dengan mengemas semula barang-barang dalam handbag anda supaya hanya barang-barang yang perlu sahaja dibawa, atau dengan kata-kata lain "organized" handbag anda mengikut keperluan.. Okey, untuk entri kali ni saya ada beberapa tip bagaimana anda boleh "organized" handbag anda ni..
- #1: Keluarkan semua barang dari handbag
- #2: Asingkan barang-barang mengikut keperluan anda
- #3: Buang barang-barang yang tak perlu seperti tisu lama, resit dan lain-lain
- #4: Susun barang-barang mengikut kategori dan masukkan ke dalam beg kecil yang berasingan
- #5: Bawa beg-beg kecil yang betul-betul diperlukan pada satu-satu masa sahaja bagi mengelakkan handbag menjadi berat
Okey, sekarang anda handbag anda dah ringan dan nampak lebih kemas kan.. Bila dah organize ni barulah kita nampak barang yang betul-betul kita perlukan.. So, sekarang ucapkan selamat tinggal pada bahu yang sakit, dan mulakan gaya hidup yang sihat..
Oh ye, kalau anda mencari beg-beg untuk 'organize' barang-barang anda ni jom jemput tengok koleksi beg yang ada di The Gallery Hujungminggu.My.. Mana tau, apa yang anda cari mungkin ada disini kan.. Sharing is caring.. =)
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980 | hujungminggu.my@gmail.com
No comments:
Post a Comment