Friday, 7 August 2015

5 Panduan Penjagaan Handbag

Assalamualaikum semua..


Harini saya nak survey sikit berapa ramai kat sini yang ada handbag lebih dari tiga (3) koleksi..? Selalunya macam mana anda simpan handbag-handbag ni ye..? Maksud saya, adakah anda letak saja di dalam almari atau anda ada teknik penjagaan yang spesifik..? Pernah tak anda hantar handbag-handbag anda ke "saloon" atau "spa" yang khusus untuk handbag..? Ahaa.. Rupanya ada tak biasa dengar pasal pasal "saloon" dan "spa" handbag ni kan.. 

Sebenarnya kat Malaysia memang banyak butik-butik yang menawarkan perkhidmatan mencuci handbang ni, terutamanya untuk handbag-handbag jenama terkenal atau handbag-handbag dari material yang sukar dibersihkan menggunakan teknik cucian biasa.. Ahaa.. Jangan tersilap tau, mencuci handbag di butik ni tak sama macam kita mencuci kain dengan mesin di dobi atau rumah tau.. Teknik membersihkan handbag di butik-butik menggunakan bahan pembersih / lotion khusus dengan material sesuatu handbag.. Tapi bila dah nama pun butik, harganya pun pastilah sedikit mahal kan.. Tapi jangan risau, penjagaan handbag ni tak semestinya kena pergi ke butik je tau.. Malah, kalau kita tau teknik-teknik menyimpan dan membersihkannya, dari rumah pun kita dah boleh buat  sendiri tau.. 

Jom tengok kat sini 5 langkah-langkah menjaga handbag:

  • Sentiasa simpan handbag dalam sarung handbag (yang warna putih tu). Kalau takde sarung, boleh letak dalam beg sarung bantal (masa kita mula-mula beli bantal tu kan ada dapat beg kan.. haa yang tu la hehe)
  • Sentiasa simpan penyerap udara dalam handbag (bungkusan putih kecil yang ada dalam handbag masa kita mula-mula membeli handbag dulu).. Penyerap udara ni membantu mengurangkan jumlah kelembapan udara dalam handbag yang boleh menggalakkan pertumbuhan cendawan / kulat pada handbag.. Cendawan / Kulat ni la sebenarnya yang boleh merosakkan handbag dan mengurangkan riwayat handbag tu
  • Sentiasa pakai atau bawa keluar handbag yang tidak digunakan, sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mengelakkan handbag rosak dan berbau hapak.. Handbag yang disimpan terlalu lama juga boleh merosakkan bentuk asalnya
  • Gunakan pencuci / lotion / spray khas untuk membersihkan handbag.. Lotion / pencuci / spray ni boleh dibeli di mana-mana kedai handbag.. Kalau takde, boleh juga menggunakan baby lotion atau apa-apa lotion  / pencuci yang sesuai.. Tapi pastikan anda test dulu sebelum menggunakannya di seluruh permukaan handbag bagi mengelakkan handbag dari rosak
  • Bersihkan bahagian dalam handbag dari barangan yang tak perlu.. Kadang-kadang, bila perfume atau lotion tertumpah dalam handbag juga boleh menyebabkan handbag menjadi rosak disebabkan oleh kandungan kimia yang terdapat pada bahan-bahan tersebut


Semoga langkah-langkah ini berhasil untuk anda ya.. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat ya..



The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980 | hujungminggu.my@gmail.com

No comments:

Post a Comment