Tuesday, 4 August 2015

Handbag: Satu Saiz Untuk Semua

Assalamualaikum semua..


Wanita dan Fesyen memang tak dapat dipisahkan..! Buktinya masa bulan Ramadhan baru-baru ni ramai wanita yang berkunjung ke Bazaar Ramadhan untuk mencari kelengkapan raya.. Bagi wanita ni dari tudung, baju, kasut, handbag hinggalah aksesori semuanya harus lengkap dan sepadan.. Haa bila saya kata lengkap dan sepadan tak semestinya sesuatu yang mahal tau.. Apa yang penting adalah tampil sempurna dan bergaya di pagi Aidilfitri.. 

Tapi perasan tak kenapa kadang-kadang ada sesetengah orang, dia pakai la apa fesyen sekalipun mesti nampak bergaya, cantik dan menawan kan.. Saya ada kawan yang macam ni.. Orangnya manis sangat.. Bila dia pakai baju kurung tu, warna tudung tak pernah pun sama dengan mana-mana tone dari baju yang dipakai.. Kadang-kadang macam pelik kenapa dia pilih tudung tu.. Tapi yang menariknya, setiap apa yang dipakai semua kena dengan dia.. Nampak cantik sangat kat badan dia.. Haa inilah yang dikatakan fesyen..! 

Tapi tak semua baju yang cantik dipakai oleh seseorang tu cantik juga dipakai oleh orang lain.. Kalau silap gaya boleh jadi seperti nangka bungkus yang bergerak.. hehe.. Fesyen untuk setiap orang memang tak sama.. Kan setiap orang ni unik, jadi pemilihan fesyen pun tentulah tak sama dengan saiz badan dan personaliti seseorang.. Sebab itulah penting untuk kita kenal fizikal dan personaliti sendiri sebelum membuat pemilihan pakaian atau fesyen yang sesuai dengan kita.. 

Pernah tak anda rasa sakit je hati bila nak beli baju tapi takde saiz.. Design dan warna baju tu memang anda suka sangat-sangat, tapi saiz pula takde.. Kecewa kan.. Tapi bagaimana pula dengan handbag..? Haa.. Berbeza dengan pakaian, handbag ni takde saiz yang specific mengikut saiz badan sebab design sesebuah handbag sebenarnya banyak bergantung kepada personaliti yang kita cuba tampilkan dalam sesebuah majlis atau mengikut keperluan semasa.. Sebagai contoh, handbag untuk majlis makan malam tentulah takkan sama dengan handbag ke tempat kerja.. Macam tu la juga dengan saiz handbag untuk ke majlis makan malam takkan sama dengan saiz handbag yang diperlukan oleh ibu-ibu muda.. Tapi kedua-dua jenis handbag ni masih boleh dipakai oleh semua wanita tak kira apa pun saiz badan mereka.. Haa inilah yang unik tentang handbag berbanding dengan pakaian..









Okey bercakap pasal handbag ni pulak, saya nak cerita la sikit kan pasal kelebihan handbag dan beg-beg lain yang terdapat di The Gallery Hujungminggu.My dan apa yang membuatkan ia unik daripada produk-produk lain yang ada di pasaran.. Haa kalau nak tahu, semua design handbag wanita dan beg-beg untuk remaja dan kanak-kanak di The Gallery Hujungminggu.My ni memang sangat cantik, comel dan menarik mengikut demand semasa pelanggan.. Bila saya kata cantik, comel dan menarik tu memang saya betul-betul maksudkannya tau.. Sebab pemilihan produk ni saya yang buat sendiri tanpa bantuan pekerja atau supplier tau.. Ini adalah untuk memastikan setiap produk yang diambil tu benar-benar memenuhi standard dan kualiti yang ditetapkan oleh The Gallery Hujungminggu.My.. Yela siapa yang nak produk reject kan.. Kalau saya jadi pelanggan pun dah tentu saya tak nak produk yang rosak.. Untuk harga pula, semua produk The Gallery Hujungminggu.My adalah dibawah RM50 dan mampu dimiliki oleh semua pelanggan..

Okey ni lagi best tau.. Semua pelanggan dan pemborong produk The Gallery Hujungminggu.My layak mendapat penghantaran Pos Laju secara percuma dengan syarat anda mestilah membuat pembelian retail minimum RM50 atau pembelian borong minimum RM200 dalam 1 resit.. Untuk pembelian dibawah nilai-nilai yang disebutkan ni, caj Pos Laju adalah mengikut kadar semasa ye.. Oh ye, untuk pembelian secara borong, anda juga layak mendapat diskaun 40% dengan kuantiti minimum sebanyak 5 unit bagi setiap design yang pilih.. Sekarang anda faham kan konsep jual beli di The Gallery Hujungminggu.My ni.. 

Ada yang berminat nak beli secara retail atau borong produk-produk ni..? Kalau anda pertanyaan lanjut yang lain atau nak buat pesanan boleh sms / whatsapp saya di 019-6799980 atau e-mel di hujungminggu.my@gmail.com ya.. Saya akan melayani pertanyaan anda dengan gembira.. =)


Jumpa lagi di entry akan datang ye..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980 | hujungminggu.my@gmail.com

No comments:

Post a Comment