Harini lambat sikit update blog The Gallery Hujungminggu.My ni sebab jadual padat dengan undangan rumah terbuka Aidilfitri.. Alhamdulillah kenyang sangat makan harini.. Terima kasih pada mereka yang sudi menjemput saya ke rumah.. Mudah-mudahan murah la rezeki mereka.. Amin
Ahaa.. Bila dah ramai-ramai tu banyak la pula cerita masing-masing kan.. Dalam sibuk sembang-sembang tu saya terpandang la pulak handbag-handbag yang dibawa teman-teman saya ni.. Aduhai bila dah namanya tokey handbag, diri ni memang la tak boleh lari dengan tengok handbag orang lain juga kan.. So, bila dah tengok handbag diorang tu kita pun mula la tau diorang ni dari kategori kelas sosial yang mana kan.. hehe.. Oh ye, ada yang tak tau "kelas sosial" tu apa..? Macam ni, handbag tu kan ada brand macam-macam kan.. Ada brand yang mahal sehingga sebulan gaji kita, ada brand dengan harga yang sederhana dan ada pula jenis yang biasa-biasa sahaja.. So bila ada kawan-kawan yang pakai brand mahal-mahal tu kita faham la gaji dia berapa dan kelas sosial dia macam mana kan.. Untuk kawan-kawan yang macam ni, biasanya saya akan pakai handbag yang ada nama juga setiap kali berjumpa dengan mereka.. Bukan la nak riak atau nak samakan status kita dengan mereka, tapi kadang-kadang kita perlu juga untuk buat macam tu supaya orang tak perlekehkan kita.. Betul tak..?
Kalau nak tau, handbag sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam menampilkan personaliti diri seseorang.. Jadi, kalau nak tau jenis handbag yang sesuai dengan anda, jom kita tengok 3 panduan pemilihan handbag seperti dibawah ni..
1. Panjang
Untuk anda yang mempunyai pinggul kecil, pilih handbag dengan tapak / bahagian bawah terletak di bawah bahagian pinggul anda agar penampilan anda nampak lebih feminin.. Untuk mereka yang mempunyai pinggul besar pula, tapak / bahagian bawah handbag harus berada di garisan pinggul untuk menampakkan badan yang sedikit tirus dan kurus
2. Saiz
Kalau anda seorang yang tinggi dan kurus, pilihlah handbag bersaiz besar untuk menyerlahkan penampilan anda.. Bagi mereka yang rendah pula, handbag bersaiz kecil mampu menampilkan imej anda yang comel
3. Keperluan
Kenali keperluan sesebuah handbag itu kepada anda.. Sekiranya anda ingin menghadiri majlis makan malam, pilih handbag yang lebih ringan dan yang sesuai dipegang dengan tangan berbanding handbag yang besar dan sarat dengan barangan.. Handbang untuk majlis rasmi juga pastinya tidak sesuai diguna untuk majlis kasual.. Jadi, pastikan anda kenali keperluan handbag untuk majlis yang ingin dihadiri
Panduan-panduan di atas ni bukan sahaja untuk wanita je tau.. Kaum lelaki pun kena tahu juga terutamanya masa nak membeli handbag untuk si dia.. hehe.. Apa pun, saya harap panduan ni sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pemilihan yang betul semasa membeli handbag ya..
Semoga bermanfaat ya..
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980 | hujungminggu.my@gmail.com
No comments:
Post a Comment