Wednesday, 18 March 2015

Wanita adalah Menteri Kewangan Keluarga..??

Alhamdulillah.. Lepas saya tulis entri pasal bisnes dan kewangan, ramai yang dah mula faham konsep bisnes ni dan macam mana bisnes boleh menjana wang dan membawa mereka keluar dari 'comfort zone' dan masalah hutang yang 'tak membina'.. Ops! apa hutang yang tak membina tu..? Haa.. kalau nak tau, hutang ni ada banyak jenis.. Kalau hutang dengan bank sebab kita membeli rumah, itu namanya pelaburan sebab rumah ni adalah aset kepada kita dan nilai rumah yang semakin meningkat boleh menjana wang kepada kita, walaupun kita terpaksa berhutang dengan bank pada awalnya.. Hutang jenis kedua adalah hutang yang tidak menjana ekonomi kita, contohnya hutang kad kredit atau pinjaman bank yang tak menjana pengaliran wang semula kepada kita.. Inilah yang saya kata 'hutang tak membina' tu..

Baru-baru ni rancangan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 ada bercerita tentang cabaran-cabaran kewangan wanita pada tahun 2015 ni.. Salah satunya adalah persoalan macam mana nak buat duit sentiasa cukup setiap bulan..? Wahh.. Susahnya nak jawab soalan ni kan.. Wanita, khususnya para ibu dan isteri sebenarnya bertindak sebagai 'Menteri Kewangan' yang merancang perbelanjaan dan pergerakkan keluar masuk wang dalam sesebuah keluarga.. Sebab, mereka lebih tahu pembelian yang terbaik untuk keluarga dan dimana untuk membeli / mendapatkan barangan pada harga yang lebih jimat..

Bercakap tentang kewangan, tanggungjawab merancang perbelanjaan tahunan bukanlah terletak pada ibu / isteri semata-mata.. Malah, suami dan anak-anak juga memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan perbelanjaan hanya dibuat mengikut keperluan.. Tapi, macam mana nak buat belanjawan tahunan untuk keluarga..? Ok jom tengok kat bawah ni..

  1. Buat mesyuarat kecil bersama suami dan anak-anak
  2. Tanya pada suami & anak-anak, apa yang mereka mahu / perlu pada tahun 2015 ini
  3. Buat satu bajet tahunan keluarga berdasarkan keperluan yang dinyatakan semasa mesyuarat kecil keluarga
  4. Berbelanja mengikut bajet yang dibuat
Walaupun kita sudah menjengah ke bulan Mac 2015, tapi masih belum terlambat untuk anda membuat bajet tahunan keluarga.. Kan lebih baik buat dari takde langsung kan..? Dengan cara ni, anda bukan saja boleh control perbelanjaan yang dibuat, tapi juga dapat menjimatkan lebih banyak wang sebab anda hanya belanja pada benda-benda yang perlu..!

Macam mana nak jana lebih banyak wang untuk keluarga..? Haa.. Macam tu anda kena la buat bisnes.. Di Hujungminggu.My, saya bukan sahaja menawarkan handbag dan aksesori yang cantik dan menarik untuk wanita dan kanak-kanak sahaja, tapi saya juga membantu usahawan-usahawan mendapatkan produk yang berkualiti tinggi dengan harga yang kompetitif untuk dijual semula dengan keuntungan sehingga 30% atau lebih.. Ingin tahu konsep 'Consult, Resell & Profit" untuk pemborong Hujungminggu.My..? Haa.. Di entri akan datang saya akan cerita lebih lanjut pasal konsep borong ni.. Tapi, sementara tu kalau ada yang nak borong produk-produk Hujungminggu.My boleh hubungi saya terus ya..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com

No comments:

Post a Comment