Sunday, 22 March 2015

5 Teknik menjaga handbag supaya tahan lebih lama

Assalamualaikum semua..


Hai ladies buat apa harini..? Tak keluar ke mana-mana ke.. Petang tadi saya sempat jalan-jalan ke sebuah shopping dekat dengan kawasan rumah.. Ohh begitu ramai orang yang berjalan-jalan dekat shopping mall harini.. Hmm rasanya belum gaji lagi kan.. Tapi jumlah orang yang berjalan-jalan harini macam dah dapat gaji.. So maknanya shopping ni bukanlah pada hari gaji semata-mata, tapi orang kita memang suka shopping kan.. Menghiburkan hati katanya.. Yela, esok kan dah kerja kan.. So masing-masing ambil kesempatan harini untuk luang masa dengan keluarga sebelum memulakan minggu yang penuh dengan tekanan lagi.. hehe..

Sebut pasal shopping ni kan, saya perasan wanita memang takkan lepas pandangannya dari handbag.. Pergi la ke mana-mana shopping mall pun, tempat handbag juga yang jadi perhatian.. Betul tak..? Hehehe.. Yela, handbag ni dah macam pakaian kan.. Kalau keluar mesti nak bawa handbag.. Lepas tu handbag pula mesti la kena dengan baju yang dipakai.. Takkan la baju warna oren, tapi handbag warna hijau.. Mesti la tak kena dengan gaya.. betul tak..? So, untuk pastikan setiap handbag tu sesuai dengan baju dan fesyen yang digayakan, ramai wanita yang memiliki lebih dari 1 handbag.. Ohh, zaman sekarang ni mana ada lagi yang ada 1 handbag je.. Paling kurang pun minima mesti ada 3 handbag.. Tu belum campur wallet dan beg-beg kecil untuk kosmetik dan barang-barang lain lagi kan.. 

So, bila ada handbag banyak-banyak ni macam mana anda simpan ye..? Haa, kalau nak tau handbag ni pun ada caranya untuk simpan tau.. Penat kan beli handbag mahal-mahal dan masuk hampir setiap kedai sebab nak cari handbag yang berkualiti dan terbaik, tapi bila kat rumah kita campak-campak je handbag tu.. So, bila handbag yang kita baru pakai 2 bulan tu dah rosak, janganlah salahkan penjual ye sebab kita pun memang tak pandai nak jaga handbag kita tu kan.. Alang-alang membeli biarlah menang memakai betul tak..?

Macam mana nak simpan handbag supaya tahan lebih lama..? Okey, kat bawah ni saya ada 5 tips mudah penjagaan handbag yang boleh anda cuba sendiri di rumah..

1.   Simpan handbag yang tidak dipakai ke dalam "dusting bag" atau "pillowcase" untuk mengelakkan kotor atau terkena habuk

2.  Susun handbag dalam ruang penyimpanan di dalam almari secara elok.. Elakkan menghimpit-himpit handbag untuk mengelakkan kulit handbag terkenan satu sama lain dan rosak / terhakis

3.  Letakkan surat khabar atau kertas ke dalam handbag yang tidak dipakai (semasa disimpan) untuk mengelakkan handbag berubah bentuk

4. Lap handbag yang menggunakan pencuci yang dikhaskan untuk handbag bagi memastikan handbag sentiasa bersih dan cantik

5.  Bawa keluar / pakai handbag yang simpan dalam almari setiap 2 bulan sekali untuk mengelakkan handbag berbau hapak atau rosak akibat kulat disebabkan oleh lembapan dalam almari


Semoga tips ni membantu anda menjaga dan menyimpan handbag supaya sentiasa cantik dan tahan lama..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com

No comments:

Post a Comment