Weehuu.. Sedar tak sedar kita dah hampir selesai suku pertama tahun 2015.. Bermakna ada 3 suku lagi untuk kita jalani sebelum berakhir tahun 2015 ni.. Hmm.. Masih ingat lagi azam, impian & matlamat yang pernah kita buat masa awal-awal tahun 2015 haritu..? Ke dah berlayar ke lautan cintaku..? Hehehe.. Azam dan impian ni kita kena buat dengan penuh emosi.. Kalau boleh tampal di tempat-tempat yang kita boleh nampak dan baca setiap hari.. Barulah sentiasa tersemat dalam hati.. So, sepanjang 3 bulan ni apa pencapaian yang kawan-kawan semua dah capai..? Masih menjadi azam & impian lagi, atau dah ada tindakan..?
Tadi, masa tengah cari-cari idea nak tulis entri ni, saya sempat menjengah FB kawan-kawan.. Ops! bukan nak kepochi dengan status orang lain yang macam-macam tu tau.. Tapi, sekadar nak observe apa sebenarnya yang berlaku dalam masyarakat sekarang, especially pada keluarga dan kawan-kawan yang terdekat ni la.. Hmm.. Rupanya ramai yang dah mula buat bisnes secara sampingan untuk menampung perbelanjaan bulanan.. Memang betul, dengan keadaan ekonomi sekarang, bekerja makan gaji memang tak cukup nak menampung keperluan keluarga.. Apa pun, saya rasa seronok sangat sebab ramai yang dah mula sedar tentang pentingnya menjana ekonomi sendiri ni..
Sebut pasal bisnes ni, saya teringat mentor saya pernah cakap "duit memang bukan segala-galanya, tapi dengan duitlah kita boleh memperbaiki hidup kita sendiri dan menambah nilai hidup orang lain". Ya! saya setuju sangat dengan statement ni.. Memang duit tak boleh beli segala-galanya.. Duit tak boleh beli kebahagiaan.. Pernah ke kita pergi ke pasar dan tanya, "makcik, kat kedai mana saya boleh beli kebahagiaan?" atau "Kak, harga kebahagiaan ni sekilo berapa ringgit?". Memang takde la kan.. hehehe.. Tapi, kita sedar tak dengan duitlah kita boleh membantu orang lain dan meningkatkan amal ibadat.. Dulu, saya tak perasan pun semua benda ni.. Saya fikir, bisnes tak lebih dari menjual barang dan menjana wang.. Tapi, bila saya mula mencari ilmu, saya terjumpa dengan konsep syukur dan berniaga untuk menambah nilai hidup orang lain..
So, harini saya rasa bersyukur sangat kerana dipertemukan dengan bisnes handbag ni, dan seterusnya meningkatkan nilai hidup orang lain.. Macam mana saya menambah nilai hidup orang lain..? Haa.. Di Hujungminggu.My, saya bukan sahaja membantu wanita & remaja mendapatkan handbag & aksesori yang cantik dan menarik.. Tapi juga membantu peniaga dan usahawan mendapatkan handbag & aksesori yang berkualiti dengan harga yang kompetitif untuk dijual semula bagi menjana ekonomi mereka.. Ada yang tanya, kenapa saya buat bisnes ni..? Jawapan saya mudah je.. Sebab dulu saya pernah susah.. Susah wang dan susah nak cari produk yang betul-betul memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.. Sampaikan saya pernah terbang ke China dan masuk ke perdalaman Indonesia semata-mata mencari produk yang betul-betul memenuhi kehendak pelanggan.. Saya nampak masalah ni sebagai peluang untuk saya bantu orang lain, sebab saya tau bukan saya seorang saja yang mengalami masalah ni.. Malah, kat luar sana pasti lebih ramai lagi yang menghadapi masalah yang serupa..
Konsep perniagaan borong Hujungminggu.My berdasarkan prinsip "Consult, Resell & Profit". Nanti di entri akan datang saya akan terangkan lebih lanjut tentang konsep ini ya.. Tapi, kalau ada yang berminat untuk borong produk-produk Hujungminggu.My, saya sangat mengalu-alukan anda untuk hubungi saya terus ya..
Ok, sampai kita jumpa lagi di entri akan datang ya..
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
No comments:
Post a Comment