Sunday, 22 March 2015

Bagaimana Menjadikan Majlis Anda Luar Biasa Istimewa..??

Assalamualaikum Semua..


Adakah anda sedang merancang majlis pertunangan dan perkahwinan..? Majlis yang macam mana anda sedang fikirkan..? Adakah ia sebuah majlis yang biasa-biasa sahaja, atau anda ingin majlis anda menjadi sangat istimewa sehingga saudara mara dan kawan-kawan anda tidak dapat melupakan kenangan dan pengalaman indah menghadiri majlis istimewa anda..?

Ya! Merancang majlis istimewa tak semudah yang kita fikirkan.. Banyak benda yang kita kena fikir dan sediakan untuk memastikan majlis ini sempurna seperti yang kita inginkan.. Salah satunya ada doorgift untuk tetamu undangan..! Haa.. Doorgift ni mungkin nampak biasa je pada sesetengah orang, tapi kalau silap memilih doorgift boleh memberi kesan keseluruhan pada majlis kita tu nanti.. Sebagai tuan rumah, pastilah kita nak beri yang terbaik pada tetamu kan.. Yela, orang sanggup datang jauh-jauh, takkan la layanan kita biasa-biasa je kan.. Kesian kat diorang..

Ingat tak dulu masa zaman kita kecil-kecil, standard kalau pergi rumah kenduri mesti dapat telur kan..   Kalau minggu tu ada 5 atau 6 kenduri, penuh rumah kita dengan telur kenduri.. Haa.. Dah tau dah, esok tu mesti mak akan masak lauk sambal telur untuk makan tengahari.. Hehehe.. Tapi itu dulu.. Sekarang ni kan dah moden.. Walaupun telur masih disediakan di kenduri kahwin, kita mestilah nak sesuatu yang lebih istimewa diberi pada tetamu kan.. Sekurang-kurangnya ada la benda yang boleh disimpan dan dikenang.. Betul tak..? 

Okey, bercakap pasal souvenir istimewa ni, saya nak memperkenalkan gift box comel yang boleh digunakan sebagai cenderahati untuk majlis anda tu.. Haa, bukan majlis kenduri tunang dan kahwin je boleh pakai cenderahati ni tau.. Malah, majlis-majlis korporat seperti annual dinner pun akan jadi lebih istimewa dengan gift box ni.. Hanya pilih sahaja design yang sesuai dengan tema majlis, dan berikannya pada tetamu anda.. Setiap box ni ada yang dijual dalam set, dan ada juga dalam single unit bergantung pada design yang anda pilih.. 








Apa kelebihan gift box ni..? Haa.. Banyak kelebihannya tau.. Jom tengok kat bawah ni:

# Design yang comel dan menarik
# Design yang sangat unik & jarang ditemui - menjadikan majlis anda luar biasa hebat dari yang lain
# Sesuai untuk semua majlis korporat, rasmi, kenduri & majlis istimewa yang lain
# Sangat menarik dijadikan corporate gift semasa bulan Ramadhan, Hari Raya & acara istimewa lain
# Boleh diguna untuk mengisi cenderahati & makanan - coklat, kurma, candy, kek dan biskut
# Sangat mudah digunakan - hanya isi cenderahati / makanan ke dalam box & ikat dengan riben 
# Box berkualiti dan tahan lama - boleh disimpan dan diguna semula untuk keperluan lain

Macam mana nak order..?

1. SMS / Whatsapp pesanan anda di 019-6799980
2. Buat bayaran sama ada di Maybank atau CIMB (no. akaun akan diberikan kemudian)
3. E-mel bukti pembayaran di hujungminggu.my@gmail.com
4. Pesanan anda diproses & dihantar terus ke rumah anda

Sekarang ni dah mudah kan.. Shopping tak semestinya anda perlu masuk ke setiap kedai.. Harini, dengan 1 klik, barang dah boleh sampai di depan pintu rumah anda.. Jimat masa, jimat tenaga.. Haa, tunggu apa lagi... Jom la kita shopping gift box ni.. Semua majlis perlukan gift box ni.. Cantik, unik dan berbaloi-baloi sangat tau.. Pembelian secara borong pun diterima.. Hubungi saya segera untuk info lanjut ya..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
FB: www.facebook.com/hujungminggu.my

No comments:

Post a Comment