Tuesday, 21 July 2015

Duit Raya VS Cenderahati Raya

Assalamualaikum semua..


Alhamdulillah harini dah masuk hari ke-5 kita berhari raya kan.. Ada yang dah mula berpuasa 6..?? Haa dah kembung perut menjamah lemang ketupat tu baru teringat nak berpuasa kan.. hehe.. Tak kisah la, bila-bila pun anda nak berpuasa, selagi masih di bulan syawal anda masih boleh menunaikan ibadat sunat ni tau.. Nikmatnya bagaikan berpuasa sepanjang tahun tau.. Jadi, pastikan kita semua tak lepaskan peluang berpuasa sunat 6 ni ye..

Oh ye, baru-baru ni saya ada buat 'open house' di raya ke-2.. Saja la nak jamu kawan-kawan terdekat la kan.. Tapi macam biasa, bila nak balik masing-masing dah minta anak-anak hulur tangan bersalaman dan memohon duit raya.. Haa.. Cuma tahun ni open house kat rumah saya istimewa sikit tau sebab instead of duit raya, saya beri coin pouch dan wallet untuk kanak-kanak ni.. Pada saya, inilah masanya untuk kita didik anak-anak kita untuk mulakan amalan menabung kan.. Ahaa ada antara wallet dan coin pouch ni harganya pun melebihi dari nilai duit raya yang diberi tau.. So, bila dibungkus cantik-cantik siap dengan riben, nilainya jadi lebih istimewa dan eksklusif tau.. Mula-mula ada yang muncung bila diorang cuma dapat hadiah beg, berbanding duit raya.. Tapi bila berkunjung ke rumah rakan-rakan yang lain, saya senyum sendiri bila tengok rupanya diorang gunakan beg-beg tu untuk menyimpan duit.. hehe.. Alahai anak-anak..

Bila tengok beg yang comel-comel tu ada pula kawan-kawan yang berminat nak jadikan beg-beg ni untuk cenderahati masa birthday party anak-anak mereka pula.. Kanak-kanak memang suka beg yang comel-comel macam ni.. Sebab tu masa nak pilih design beg-beg ni dulu saya sesuaikan dengan demand dan kegemaran anak-anak kita.. 

Ok jom saya belanja gambar beg-beg comel yang sesuai untuk kanak-kanak ni..







Ada yang nak borong beg-beg comel ni..? haa macam biasa kalau berminat boleh call / sms / whatsapp saya di 019-6799980 ye.. Kalau nak e-mail pun boleh di hujungminggu.my@gmail.com tau.. Kedai online The Gallery Hujungminggu.My dibuka setiap hari tau.. So, pada siapa-siapa yang nak jana income lepas raya ni dah tau mana nak cari saya kan.. hehe..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com

No comments:

Post a Comment