Pernah tak anda hadapi masalah-masalah macam kat bawah ni:
- Dah kerja 5 tahun tapi masih belum mampu beli rumah
- Nak beli kereta yang selesa tapi tak mampu nak bayar installment
- Belum mampu nak buat simpanan sebab duit gaji semua kena bayar hutang
- Bila bank telefon tak pernah diangkat sebab tahu kad kredit tak bayar lagi
- Stress dengan pekerjaan sekarang dan cemburu dengan kawan-kawan yang hidup mewah
Kalau "YA", pernah tak anda terfikir untuk cari jalan keluar macam mana untuk tingkatkan kualiti hidup dan kewangan keluarga, dan pada masa yang sama dapat luangkan banyak masa bersama keluarga dan buat amal jariah.. Berapa ramai yang suka kalau dapat hidup tenang, aman dan damai bersama keluarga, tapi pada masa yang sama ada banyak duit untuk menampung keperluan hidup seharian dan beramal..?
Ramai orang tak sedar, hidup ni sebenarnya mudah je - ada duit dan menikmati hidup..! Perasan tak kenapa mak bapa kita suruh belajar pandai-pandai masa sekolah dulu..? Sebab diaorang nak anak-anak dia berjaya dalam pelajaran, dapat kerja bagus-bagus, ada banyak duit dan hidup senang.. Kalau anda tengok, objektif utama dalam kehidupan ni adalah duit dan hidup senang.. Duit mungkin bukan segala-galanya tau, tapi dengan duit kita boleh sempurnakan hidup kita sebagai manusia dan khalifah.. Kenapa saya cakap macam tu..? Sebab bila ada duit, kita boleh lengkapkan keperluan sekolah anak-anak, beri makanan yang terbaik untuk keluarga, tingkatkan kualiti hidup dalam keadaan kos yang meningkat, hantar ibu bapa ke hospital yang terbaik untuk rawatan, melancong bersama keluarga, tunaikan umrah dan haji di Mekah, bersedekah, berzakat dan macam-macam lagi..
Dulu saya pun macam ni tau.. Duit tu cuma singgah sekejap je dalam akaun bank.. Duit gaji masuk harini, lepas tu esok dah keluar balik untuk bayar hutang-hutang yang ada.. Sedih tau bila tengok penyata akaun tu.. Nak beli handbag atau baju mahal-mahal tu memang takde la dalam kamus hidup.. Cuma boleh tengok je la bila jalan-jalan kat shopping mall.. Siapa-siapa yang ada masalah kewangan kritikal mesti faham perasaan saya masa tu.. Bukan setakat tak cukup untuk keperluan sendiri je, nak bagi duit kat mak bapa pun masih belum mampu walaupun dah bekerja beberapa tahun.. Tapi Alhamdulillah, semakin saya mencari jalan keluar, semakin banyak saya ditunjukkan jalan untuk bebas dari belenggu masalah kewangan ni.. So apa yang saya buat..? Saya mula join kelas-kelas perniagaan, bina jaringan dengan rakan-rakan niaga yang lain, study demand dan kegemaran pelanggan, buka booth di bazaar Ramadhan dan macam-macam lagi.. Syukur sangat, usaha saya ni menunjukkan hasil yang positif dalam mengukuhkan lagi kewangan saya dan keluarga.. Bukan tu je tau, usaha murni ni juga telah berjaya membawa adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan saya untuk turut sama keluar dari masalah kewangan yang kronik..
So, macam mana dengan anda..? Dah fikir apa yang anda nak capai dalam hidup..? Anda lebih selesa dengan kehidupan sekarang atau rasa ada sesuatu yang perlu diubah..? Macam mana kalau anda berniaga untuk jana income sampingan..? Kalau anda dah decide nak berniaga, saya boleh membantu anda.. Saya adalah pemborong handbag, wallet, cenderahati dan aksesori untuk wanita, remaja dan kanak-kanak.. Kalau anda nak tau macam mana untuk memborong produk-produk ni boleh call / sms / whatsapp 019-6799980 ya..
Di post yang akan datang, saya akan update lagi pasal borong handbag dan wallet ni lagi ya..
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
No comments:
Post a Comment