Tuesday, 28 July 2015

Produk Baru HM: Blouse & Skirt Labuh Cantik

Assalamualaikum semua..


Minggu-minggu raya ni ramai yang buat open house untuk menjamu kawan-kawan dan rakan-rakan pejabat kan.. Bila banyak sangat baju nak dipakai, kita mula la pening nak tukar baju-baju apa pulak kan.. Takkan nak pakai baju yang sama kan.. Yela, semua majlis-majlis tu dihadiri kawan-kawan dan rakan-rakan yang sama kan.. Haa.. Jangan disebabkan baju je kita tak mau penuhi jemputan tu.. Tak baik tau.. Hari Raya macam ni kita kena la kukuhkan ukhwah sesama kita.. Betul Tak..?

Okey, tak payah pening-pening.. Saya ada penyelesaiannya.. Haa.. Memperkenalkan new produk line Hujungminggu.My -->> Blouse & Skirt Labuh..! Untuk blouse dan skirt labuh ni anda boleh mix & match ikut kegemaran masing-masing.. Contohnya, anda boleh pilih apa-apa saja design skirt labuh yang ada, lepas tu match kan dengan blouse yang ada.. Kalau tak suka warna pink, boleh pilih warna biru, kuning, merah atau apa-apa sahaja warna yang melekat di hati anda.. Menarik kan.. Tapi macam mana rupa blouse tu..? Haa jom tengok kat bawah ni..



Amacam..?? Cun tak blouse ni..?? Warna semua manis-manis je kan.. Macam ni baru la ada mood nak jalan beraya kan.. Kita pun tak rasa segan nak jumpa orang.. Tak percaya..?? Haa saya pun macam tu la jugak.. Bila asyik pakai baju yang sama rasa segan je kan.. Nak jumpa dan sembang-sembang dengan orang pun takde keyakinan diri.. Tapi tu duluuu.. Sekarang tidak lagi tau.. Sekarang self-esteem saya dah tinggi.. Haa.. Sapa kata nak bergaya tu kena belanja yang mahal..? Sepasang blouse & skirt labuh ni tak sampai pun RM100 tau.. Ops! Mana gamabr skirt labuh yang cantik dan comel tu..? Adaa.. Tunggu saya snap gambar cantik-cantik dulu, lepas tu saya post kat sini ye.. hehe..

Kalau ada yang berminat nak beli secara borong boleh sms / whatsapp 019-6799980 atau e-mel saya kat hujungminggu.my@gmail.com ye.. Yang nak beli secara runcit pun sangat-sangat dialu-alukan..


Sampai jumpa di post akan datang ye.. Bye


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980

Wednesday, 22 July 2015

Tip Kewangan 1: Pay Yourself First (Bayar Kepada Diri Sendiri Dulu)

Assalamualaikum..


Harini, hampir semua orang mempunyai hutang yang perlu dibayar, tak kiralah sama ada hutang yang bermanfaat atau hutang yang merugikan.. Yela, mana ada orang beli rumah atau kereta secara 'cash' kan.. Semuanya berhutang dengan bank.. Dan hutang-hutang ni ada antaranya mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk dilangsaikan.. Cuma yang membezakan hutang setiap orang adalah macam mana kita menguruskan hutang-hutang ni supaya ia tetap mendapat manfaat dan keuntungan kepada kita.. Haa.. Nampak macam pelik kan.. Dah berhutang, macam mana nak dapat manfaat betul tak..? Ahaa.. Hutang ni tak semestinya tak bagus tau.. Kalau kena dengan caranya, anda masih boleh menjana wang dengan hutang-hutang ni..

Ramai orang, bila dapat gaji je terus bayar hutang kad kredit, rumah, kereta dan macam-macam hutang yang lain.. Dengan duit gaji tu jugak la kita bayar duit sekolah anak, belanja dapur, bil-bil dan segala macam perbelanjaan lain.. Tapi lepas anda bayar-bayar ni semua kan, cuba tengok berapa banyak baki yang tinggal untuk anda..? Kalau masih ada banyak baki, saya ucapkan tahniah pada anda.. Tapi macam mana kalau dah takde baki lagi..? Haa.. Ramai orang lebih pentingkan membayar hutang-hutang dan membeli keperluan harian rumah, sampai terlupa untuk "membayar kepada diri sendiri"atau dengan kata-kata lain membuat tabungan / simpanan untuk diri sendiri.. Sebab itulah duit kita sentiasa tak cukup.. 




Mulai harini, apa kata kita tanamkan azam baru dan mulakan amalan 'membayar kepada diri sendiri' setiap kali kita mendapat gaji bulanan.. Untuk permulaan, kita boleh mulakan 10% dari gaji bulanan untuk menyimpan.. Sebagai contoh, kalau gaji anda RM 2,000 sebulan, anda boleh masukkan RM200 ke dalam akaun simpanan.. Perlahan-perlahan, anda cuba masukkan RM300 atau RM400 ke dalam akaun ni sekiranya mampu.. Nampak macam mustahil kan, tapi mana kita nak tahu kalau kita belum mencuba.. Betul tak..?

Haa.. Tapi bila dah buat simpanan ni janganlah anda menjeling-jeling lagi kat duit ni tau.. Hehe.. Kalau dah simpan, lepas tu bawa keluar balik duit ni serupa la kita tak menyimpan kan.. Macam tu sampai bila-bila la kita takkan keluar dari masalah kewangan ni.. Setuju tak..? 

Di post akan datang, saya akan share lagi beberapa tip kewangan yang boleh anda praktik dalam usaha-usaha anda untuk keluar dari beban kewangan ni.. Untuk mengetahui jenis-jenis tabung ke arah anda bebas kewangan jom baca kat sini -->> 6 Tabung Untuk Masa Depan

Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ni ye..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com

Macam mana nak keluar dari kemiskinan dan masalah kewangan..??

Assalamualaikum semua..





Pernah tak anda hadapi masalah-masalah macam kat bawah ni:


  • Dah kerja 5 tahun tapi masih belum mampu beli rumah
  • Nak beli kereta yang selesa tapi tak mampu nak bayar installment
  • Belum mampu nak buat simpanan sebab duit gaji semua kena bayar hutang
  • Bila bank telefon tak pernah diangkat sebab tahu kad kredit tak bayar lagi
  • Stress dengan pekerjaan sekarang dan cemburu dengan kawan-kawan yang hidup mewah

Kalau "YA", pernah tak anda terfikir untuk cari jalan keluar macam mana untuk tingkatkan kualiti hidup dan kewangan keluarga, dan pada masa yang sama dapat luangkan banyak masa bersama keluarga dan buat amal jariah.. Berapa ramai yang suka kalau dapat hidup tenang, aman dan damai bersama keluarga, tapi pada masa yang sama ada banyak duit untuk menampung keperluan hidup seharian dan beramal..?

Ramai orang tak sedar, hidup ni sebenarnya mudah je - ada duit dan menikmati hidup..! Perasan tak kenapa mak bapa kita suruh belajar pandai-pandai masa sekolah dulu..? Sebab diaorang nak anak-anak dia berjaya dalam pelajaran, dapat kerja bagus-bagus, ada banyak duit dan hidup senang.. Kalau anda tengok, objektif utama dalam kehidupan ni adalah duit dan hidup senang.. Duit mungkin bukan segala-galanya tau, tapi dengan duit kita boleh sempurnakan hidup kita sebagai manusia dan khalifah.. Kenapa saya cakap macam tu..? Sebab bila ada duit, kita boleh lengkapkan keperluan sekolah anak-anak, beri makanan yang terbaik untuk keluarga, tingkatkan kualiti hidup dalam keadaan kos yang meningkat, hantar ibu bapa ke hospital yang terbaik untuk rawatan, melancong bersama keluarga, tunaikan umrah dan haji di Mekah, bersedekah, berzakat dan macam-macam lagi..

Dulu saya pun macam ni tau.. Duit tu cuma singgah sekejap je dalam akaun bank.. Duit gaji masuk harini, lepas tu esok dah keluar balik untuk bayar hutang-hutang yang ada.. Sedih tau bila tengok penyata akaun tu.. Nak beli handbag atau baju mahal-mahal tu memang takde la dalam kamus hidup.. Cuma boleh tengok je la bila jalan-jalan kat shopping mall.. Siapa-siapa yang ada masalah kewangan kritikal mesti faham perasaan saya masa tu.. Bukan setakat tak cukup untuk keperluan sendiri je, nak bagi duit kat mak bapa pun masih belum mampu walaupun dah bekerja beberapa tahun.. Tapi Alhamdulillah, semakin saya mencari jalan keluar, semakin banyak saya ditunjukkan jalan untuk bebas dari belenggu masalah kewangan ni.. So apa yang saya buat..? Saya mula join kelas-kelas perniagaan, bina jaringan dengan rakan-rakan niaga yang lain, study demand dan kegemaran pelanggan, buka booth di bazaar Ramadhan dan macam-macam lagi.. Syukur sangat, usaha saya ni menunjukkan hasil yang positif dalam mengukuhkan lagi kewangan saya dan keluarga.. Bukan tu je tau, usaha murni ni juga telah berjaya membawa adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan saya untuk turut sama keluar dari masalah kewangan yang kronik.. 

So, macam mana dengan anda..? Dah fikir apa yang anda nak capai dalam hidup..? Anda lebih selesa dengan kehidupan sekarang atau rasa ada sesuatu yang perlu diubah..? Macam mana kalau anda berniaga untuk jana income sampingan..? Kalau anda dah decide nak berniaga, saya boleh membantu anda.. Saya adalah pemborong handbag, wallet, cenderahati dan aksesori untuk wanita, remaja dan kanak-kanak.. Kalau anda nak tau macam mana untuk memborong produk-produk ni boleh call / sms / whatsapp 019-6799980 ya.. 

Di post yang akan datang, saya akan update lagi pasal borong handbag dan wallet ni lagi ya..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com



Tuesday, 21 July 2015

Duit Raya VS Cenderahati Raya

Assalamualaikum semua..


Alhamdulillah harini dah masuk hari ke-5 kita berhari raya kan.. Ada yang dah mula berpuasa 6..?? Haa dah kembung perut menjamah lemang ketupat tu baru teringat nak berpuasa kan.. hehe.. Tak kisah la, bila-bila pun anda nak berpuasa, selagi masih di bulan syawal anda masih boleh menunaikan ibadat sunat ni tau.. Nikmatnya bagaikan berpuasa sepanjang tahun tau.. Jadi, pastikan kita semua tak lepaskan peluang berpuasa sunat 6 ni ye..

Oh ye, baru-baru ni saya ada buat 'open house' di raya ke-2.. Saja la nak jamu kawan-kawan terdekat la kan.. Tapi macam biasa, bila nak balik masing-masing dah minta anak-anak hulur tangan bersalaman dan memohon duit raya.. Haa.. Cuma tahun ni open house kat rumah saya istimewa sikit tau sebab instead of duit raya, saya beri coin pouch dan wallet untuk kanak-kanak ni.. Pada saya, inilah masanya untuk kita didik anak-anak kita untuk mulakan amalan menabung kan.. Ahaa ada antara wallet dan coin pouch ni harganya pun melebihi dari nilai duit raya yang diberi tau.. So, bila dibungkus cantik-cantik siap dengan riben, nilainya jadi lebih istimewa dan eksklusif tau.. Mula-mula ada yang muncung bila diorang cuma dapat hadiah beg, berbanding duit raya.. Tapi bila berkunjung ke rumah rakan-rakan yang lain, saya senyum sendiri bila tengok rupanya diorang gunakan beg-beg tu untuk menyimpan duit.. hehe.. Alahai anak-anak..

Bila tengok beg yang comel-comel tu ada pula kawan-kawan yang berminat nak jadikan beg-beg ni untuk cenderahati masa birthday party anak-anak mereka pula.. Kanak-kanak memang suka beg yang comel-comel macam ni.. Sebab tu masa nak pilih design beg-beg ni dulu saya sesuaikan dengan demand dan kegemaran anak-anak kita.. 

Ok jom saya belanja gambar beg-beg comel yang sesuai untuk kanak-kanak ni..







Ada yang nak borong beg-beg comel ni..? haa macam biasa kalau berminat boleh call / sms / whatsapp saya di 019-6799980 ye.. Kalau nak e-mail pun boleh di hujungminggu.my@gmail.com tau.. Kedai online The Gallery Hujungminggu.My dibuka setiap hari tau.. So, pada siapa-siapa yang nak jana income lepas raya ni dah tau mana nak cari saya kan.. hehe..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com

Monday, 20 July 2015

Jana Duit Lepas Raya

Assalamualaikum..

Apa khabar semua.. Sihat ke..? Amboi bila musim raya ni kanak-kanak la paling seronok ye.. Maklum la, pergi ziarah rumah saudara mara semuanya penuh poket dengan duit raya kan.. hehe.. Saya pun rasa seronok sangat bila beg-beg kanak-kanak yang dijual masa bulan Ramadhan baru-baru ni membantu anak-anak kita menyimpan duit dan memulakan amalan menabung.. Masing-masing siap mengira lagi duit raya siapa paling banyak kan.. Haa, itulah kanak-kanak kan.. hehe.. Lepas raya nanti boleh la bawa diorang  ke bank pula untuk simpanan dan tabungan di masa depan..

Ahaa.. Itu cerita pasal kanak-kanak dan duit raya diorang kan.. Tapi macam mana pula dengan ibu bapa diorang dengan duit tabungannya pula..? Haa.. Dengar cerita ada yang berhabis-habisan di musim raya ni kan.. Maklum la raya setahun sekali kan.. Inilah masanya nak tukar koleksi baju, kasut & kelengkapan rumah pada harga promosi.. Tak gitu..?? Ops! haaa jangan tersilap tau.. Raya bukan tiket untuk kita berhabis-habisan dan berbelanja duit yang ada.. Tapi, inilah masanya untuk kita menilai pembelian kita.. Bila dah banyak pilihan dah tentulah kita boleh belanja dengan lebih berhemat.. Betul tak..?

Okey, pada anda yang tengah pening dengan kewangan lepas raya ni dan tengah mencari jalan macam mana nak jana pendapatan lepas raya ni, apa kata anda buat bisnes sampingan dengan produk-produk The Gallery Hujungminggu.My.. Apa produk yang kami ada..? Ahaa.. Kami adalah pemborong handbag, wallet dan aksesori untuk wanita, remaja dan kanak-kanak.. Alhamdulillah, masa bulan Ramadhan baru-baru ni ramai yang suka dengan produk-produk The Gallery Hujungminggu.My.. Antara respond yang diterima dari pelanggan adalah "produk cantik, banyak pilihan & harga murah". Bila ramai yang suka, dah tentulah pasaran pun lebih meluas kan.. Ini sudah pasti peluang yang baik untuk anda yang nak jana pendapatan lepas raya ni kan.. Okey, jom kita tengok antara koleksi-koleksi yang ada di The Gallery Hujungminggu.My..








Amacam..? Comel tak beg-beg ni.. Design ni semua memang sangat jarang sekali nak jumpa kat mana-mana pasaran di Malaysia tau.. Kalau ada pun sudah pasti tak sama dari segi harga, kualiti dan design.. Semua beg-beg ni saya pilih sendiri terus dari pembekal dan bukan dibeli secara pukal tau.. Kenapa saya pilih sendiri..? Haa sebab saya sangat pentingkan kepuasan pelanggan dan kualiti produk.. Yela, sapa yang nak beli produk yang rosak kan.. Kalau saya pergi kedai pun dah tentu saya takkan pilih produk yang rosak.. hehe.. 

Okey, ada yang berminat nak borong beg-beg ni..? Jom Call / SMS / Whatsapp saya di 019-6799980 untuk pertanyaan lanjut ye.. Hmm.. Raya tu raya juga, tapi kedai online The Gallery Hujungminggu.My tetap dibuka seperti biasa ye.. 


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum semua..





Dikesempatan ini saya bagi pihak team The Gallery Hujungminggu.My ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia, terutamanya kepada pelanggan-pelanggan The Gallery Hujungminggu.My.. Buat mereka yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, saya doakan anda selamat tiba dan bergembira dengan seluruh ahli keluarga..

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980


Wednesday, 8 July 2015

Meriahnya Kanak-Kanak di Aidilfitri

Assalamualaikum semua..


Masih ingat tak dulu-dulu masa zaman kanak-kanak berapa duit raya yang pernah anda dapat..? Haa, saya ingat lagi masa zaman kanak-kanak, saya suka ikut rombongan geng-geng sekolah cari 'pendapatan tambahan' di sekitar kawasan perumahan kat tempat saya tinggal tu.. Walaupun perut dah kenyang makan macam-macam kat rumah-rumah orang tu, saya dok tahankan juga sebab nak kumpul duit raya punya pasal.. hehe.. Tapi, takde la banyak mana pun duit raya yang saya kumpul.. Ada yang bagi 20 sen, dan ada juga yang bagi 50 sen.. Tapi, sekurang-kurangnya dapat juga la saya penuhkan tabung ayam kat rumah tu.. Haa.. Tapi saya tak belanja duit-duit tu tau.. Sebab lepas raya mak saya akan bawa kami adik beradik pergi Bank Simpanan Malaysia untuk simpan duit.. Anda pulak macam mana..? Mesti ada kenangan yang lebih menarik kan..

Okey cakap pasal kanak-kanak ni kan, kali ni saya nak share pasal wallet & purse kanak-kanak yang comel-comel khusus untuk hari raya nanti.. Haa jangan tak tau, kanak-kanak sekarang ni dah pandai bergaya tau.. Kalau mak-mak dia ada handbag yang elegant, kanak-kanak pun nak juga kelihatan cantik bergaya di pagi raya nanti kan.. Mari kita cuci mata sekejap dengan wallet & purse kanak-kanak ni..









Haa.. Amacam.. Comel-comel kan wallet & purse ni.. So masa hari raya nanti boleh la anak-anak kita simpan duit raya diorang kat dalam ni kan.. Kata orang-orang tua, pendidikan awal bermula di rumah.. Inilah masanya untuk kita didik anak-anak dengan amalan menabung.. Bila kita tunjuk kat diorang macam mana untuk menabung dan simpan duit, barulah diorang akan ikut dan jadikan amalan.. Betul tak..? Okey kalau nak tau, semua wallet & purse ni boleh didapati kat booth The Gallery Hujungminggu.My @ Bazaar Ramadhan Uptown Senawang ye.. Lokasi kami betul-betul kat belakang Mc Donalds Giant Senawang.. So, pada siapa-siapa yang nak dapatkan wallet & purse ni untuk anak-anak di hari raya nanti, jom la singgah kat booth kami ye.. Opps! Bukan untuk raya je tau, kalau ada yang nak jadikan wallet & purse ni sebagai souvenir hari lahir anak-anak, aqiqah, kenduri kahwin atau apa-apa majlis pun boleh tau.. Call / Whatsapp je kami kat 019-6799980 okey.. Pembelian secara runcit dan borong dialu-alukan.. Tapi harga untuk belian borong pastilah lebih murah dari belian runcit kan.. 


The Gallery Hujungminggu.My
Call / Whatsapp: 019-6799980
E-mel: hujungminggu.my@gmail.com


Cerita pasal pemborong lagi..

Assalamualaikum semua..


Tinggal beberapa hari je lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Macam mana dengan persiapan raya anda..? Semuanya dah lengkap ke..? Haa.. Kat Bazaar Ramadhan Uptown Senawang ni penuh dengan pelanggan yang nak cari keperluan hari raya nanti.. Maklum la, minggu depan orang dah mula cuti nak balik kampung sambut raya kan.. So, bila dah beli awal-awal ni takde la kelam kabut minggu depan nanti kan.. 

Haa.. Bercakap pasal keperluan raya ni kan, bukan orang-orang kita je yang memeriahkan Bazaar Ramadhan Uptown Senawang ni tau.. Pelanggan dari negara-negara jiran pun ramai yang datang kat sini mencari keperluan Aidilfitri.. Haa, ada tu bukan nak cari barang-barang untuk raya je, tapi mencari barang keperluan setiap hari juga.. Yela, musim-musim bulan puasa macam ni la kita akan jumpa dengan banyak peniaga dan kedai kan.. Baru la ada banyak pilihan nak membeli.. Harga yang ditawarkan pun wow semuanya best2 tau..! Rugi la tak ambil peluang macam ni kan..

Ada antara yang datang ke booth The Gallery Hujungminggu.My adalah pelancong dari Singapore, Vietnam & Indonesia.. Apa yang diorang beli kat booth kami..? Haa mestilah beg-beg patchwork, tote bag untuk ke kuliah, dan beg kanak-kanak.. Respond yang kami dapat adalah "cantik dan banyak pilihan".. Ya! Memang betul.. Di The Gallery Hujungminggu.My, kami memang ada banyak pilihan beg-beg dengan harga yang rendah dan berpatutan.. Tambah pulak di musim GST sekarang ni kan, semua barang dah naik harga.. So nak membeli pun kena berhemat kan.. Tapi kami tak pernah membebankan pelanggan, dan harga yang kami tawarkan semuanya mampu milik tau.. Paling best, kualiti beg-beg kami pun memang terjamin.. Ini bukan masuk bakul angkat sendiri tau, tapi review dari pelanggan-pelanggan sendiri.. hehehe.. Alhamdulillah.. Bila orang suka, kami pun gembira tau.. 

Oh ye, sepanjang buka booth kat Bazaar Ramadhan Uptown Senawang ni ramai pelanggan yang nak beli beg-beg ni dengan harga borong.. Ada juga pelanggan dari Johor, Kuala Lumpur, dan Sarawak yang call dan nak borong beg-beg ni untuk dijual semula.. Alhamdulillah, beg-beg The Gallery Hujungminggu.My semakin mendapat tempat dihati pemborong.. Memang ramai yang suka dengan beg-beg ni sebab cantik, comel, banyak pilihan dan harganya pun rendah.. So, kalau anda nak borong beg-beg ni jangan segan-segan untuk hubungi kami okey.. Kalau nak datang ke booth kami pun boleh tau.. Boleh ambil produk & terus menjual.. 

Alamak, pelanggan ramai pulak malam ni.. Nak tulis blog pun curi-curi masa je ni.. hehe.. Ok, kita jumpa lagi di post akan datang ye.. Kalau nak borong, anda tau mana nak cari kami kan..? Boleh call saja 019-6799980 atau e-mel hujungminggu.my@gmail.com


The Gallery Hujungminggu.My