Assalamualaikum semua..
Lupa pula saya nak share aktiviti2 promosi kami sepanjang Karnival Ayuh Johor Sihat 2016 di Johor Bahru pada 29-30 Januari 2016 yang lepas.. Sebenarnya saya join Karnival ni secara tak sengaja lepas ternampak iklan membuka booth di Karnival ni di laman Facebook.. Alhamdulillah.. Pengalaman mengadakan promosi ni sungguh menyeronokkan sebab saya bukan sahaja dapat menjual produk2 dalam perniagaan saya ni, tapi juga dapat berkenalan dengan ramai pelanggan dan prospek pemborong.. Lebih penting lagi, ini adalah peluang terbaik untuk saya memperkenalkan jenama The Gallery Hujungminggu.My kepada orang ramai.. Yes, nama The Gallery Hujungminggu.My ni memang unik kan.. Sebenarnya saya dapat idea nama perniagaan ni secara tiba2 je masa saya memandu balik dari kampung halaman.. Masa tu saya cuma fikirkan satu nama yang unik, menarik dan senang orang nak ingat.. So fikir punya fikir, maka dapatlah idea nama The Gallery Hujungminggu.My ni.. Sekali tengok nama ni orang mesti akan fikir saya ni menjual produk2 percutian atau pelancongan kan.. Sebab hujung minggu biasanya dikaitkan dengan percutian.. Tapi, saya cuba kaitkan nama ni dengan produk2 perniagaan saya, dan terhasil lah tagline 'setiap hari bagaikan hujungminggu' hehe.. Sebenarnya saya mahukan semua pelanggan yang datang membeli belah di Galeri saya berasa seronok, dan keindahan pengalaman membeli belah tu bagaikan hari hujung minggu, iaitu hidup penuh gembira tanpa stress.. Haa.. macam tu la lebih kurangnya.. hehe.. Tengok tu, bila dah mula menulis memang tak boleh berhenti kan.. Ada je benda nak cerita kan.. hehehe..
Okey berbalik pada promosi di Johor Bahru, orang kata 'photo speaks a thousand words'.. Okey marilah kita tengok beberapa gambar yang sempat saya snap masa aktiviti promosi kami bulan lepas..
Masa jalan balik dari Johor Bahru, saya sempat juga singgah di Melaka untuk menyambung aktiviti2 promosi.. Alhamdulillah sambutan yang saya terima sungguh menggalakkan.. So, kesimpulan yang saya dapat buat sepanjang 2,3 hari di Johor Bahru dan Melaka - Sebenarnya ramai peniaga yang tercari2 produk2 beg yang cantik dan menarik macam yang saya jual ni.. Tapi tak ramai yang tau kat mana nak dapatkan stok produk2 ni.. Jadi, saya harap dengan adanya informasi di blog ni saya dapat sedikit sebanyak membantu peniaga2 mendapatkan bekalan beg2 ni untuk perniagaan mereka.. Haa.. Raya pun ada beberapa bulan je dari sekarang kan.. So, sekarang ni anda dah kena mula cari stok yang terbaik dan buat promosi kepada pelanggan.. Nak tunggu bulan Ramadhan nanti..? Hmm masa tu mungkin dah ramai yang menjual produk yang sama seperti anda dan harganya pula pasti berlipat kali ganda.. Jadi jangan ketinggalan, dan mulakan langkah anda sekarang..
Nak tau produk2 yang menarik untuk diborong..? Jom whatsapp saya di 019-6799980 okey..
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
FB: The Gallery Hujungminggu.My
Website: www.hujungminggu.my
019-6799980
FB: The Gallery Hujungminggu.My
Website: www.hujungminggu.my
No comments:
Post a Comment