Assalamualaikum semua..
Dah beberapa hari tak bersiaran di blog ni.. Sebenarnya saya agak sibuk menguruskan pesanan pelanggan, dan pada masa yg sama menguruskan pengeluaran produk pertama saya yg 100% ciptaan saya sendiri.. Saya excited sangat nak tunggu produk ni keluar.. Maklum je la selama ni saya hanya mengambil produk2 borong terus dari sumber.. Tapi kali ni saya nak cuba untuk hasilkan produk ciptaan sendiri.. hehe.. Rupanya banyak perkara yg kita kena fikir dan buat untuk menghasilkan produk2 sendiri ni.. Tapi nasib baik saya ada pembantu.. Dapat la juga bantu2 menguruskan bisnes ni sambil2 saya mencari idea dan berurusan dengan tukang2 jahit untuk beg patchwork ni nanti.. hihi..
Oh ye, sekarang ni musim orang kahwin kan.. Patut la pun ramai yang mencari goodies untuk kenduri ni.. Terbaru, ada customer yang repeat order goodies dari saya.. Sebelum ni dia beli 30 pcs goodies macam dalam gambar ni untuk majlis tunangnya bulan lepas.. Sekarang ni sebab berpuas hati sangat2 dengan kualiti dan keunikan goodies ni, customer ni repeat order lagi untuk majlis nikahnya nanti.. Alhamdulillah, seronok rasanya bila saya dapat bantu orang ramai mencari produk2 untuk majlis istimewa mereka.. Maklum la kan, kahwin ni sekali seumur hidup.. So mestilah kita nak rancang majlis yang terbaik kan.. Tak kisahlah walau berapa pun bajet kenduri kita tu nanti, yang penting adalah kesempurnaan.. Betul tak..? Haa.. Mesti ramai yang setuju saya cakap ni kan.. Hmm sempurna tu tak semestinya kena bajet besar2 tau.. Kadang2 bajet rendah sekalipun, asalkan kita tau macam mana nak rancang perbelanjaan dengan sebaiknya, banyak belanja yang kita boleh jimatkan.. Contoh terbaik adalah dengam goodies macam kat gambar bawah ni la.. Nampak seperti mahal kan.. Tapi percaya tak, kosnya sangat2 murah dan berbaloi2..
Apa yang anda boleh letak dalam goodies box ni..? Haa macam2 anda boleh letak tau.. Boleh letak souvenir, makanan, kekacang, coklat, gula2 dan macam2 la.. Nak biarkan goodies box ni kosong mcm ni je pun dah cun sangat dah.. Cuma tinggal ikat dengan riben je.. lepas tu, tadaaa.. Dah cantik pun.. hehe.. Mudah sangat2 nak isi souvenir dalam ni.. Tetamu anda pun mesti suka.. Malah ada yang mungkin berebut2 bekas ni tau.. Sebab comel dan unik sangat kan.. Haa barulah majlis anda nampak 'ada style' kan.. Tak gitu..? Hehe..
Okey, pada anda yang berminat nak dapatkan bekas ni boleh whatsapp saya di 019-6799980 ye.. Insyaallah saya akan bantu anda untuk menyempurnakan majlis istimewa anda nanti.. Consultation percuma je.. :-)
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
FB: The Gallery Hujungminggu.My
Website: www.hujungminggu.my
019-6799980
FB: The Gallery Hujungminggu.My
Website: www.hujungminggu.my
No comments:
Post a Comment