Wednesday, 17 February 2016

Pemborong Blouse Online

Assalamualaikum Semua..

Sepanjang minggu ni saya banyak terima pertanyaan dari peniaga2 butik dan peniaga2 online yang berminat nak membeli blouse ni secara borong.. Alhamdulillah syukur sangat bila ramai yang suka dengan blouse2 ni.. Bukanlah saya nak puji produk sendiri, tapi saya pun pengguna juga tau.. Saya bukan setakat menjual, tapi blouse ni pun memang saya pakai sendiri setiap hari.. So, bila ada hari2 yang malas2 sikit nak gosong baju tu atau memang saya tengah rush haritu memang blouse ni la yang jadi target.. hehe.. Tapi serious..! Blouse ni memang selesa sangat.. Sebab lepas seharian kat Galeri, bila balik rumah saya masih boleh ke dapur masak2 dengan baju ni jugak.. Bukanlah maknanya balik tu memang malas nak tukar baju ke apa kan, tapi nak cerita betapa selesanya blouse ni sampai tak rasa pun sesak2 badan memakainya.. Memang lain sangat dari blouse2 lain yang pernah saya pakai.. So, sebab berpuas hati dengan kehebatan dan kualiti blouse ni la saya offer dan jual pada sahabat2 semua..

Okey, apa benefit yang peniaga2 dan pemborong2 semua akan dapat..? Haa.. Kalau sahabat2 semua nak tau, dengan pembelian minimum 5 helai sahaja, anda dah layak menikmati diskaun 40% tau.. Dan kalau pembelian anda melebihi RM200.00 (selepas tolak diskaun), kos penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia..! YA, percuma termasuk Sabah dan Sarawak yea.. Tapi kalau pembelian dibawah RM200.00 tu caj penghantaran mengikut kadar semasa Pos Laju ye.. So, mana yang lebih jimat..? Mestilah membeli borong pada harga RM200.00 kan.. Sebab anda hanya perlu membayar harga produk je.. Harga pos laju saya akan menanggungnya.. Lagi banyak anda membeli, lebih banyak la anda boleh berjimat.. Betul tak..?






Sebenarnya di The Gallery Hujungminggu.My, saya bukan sekadar menjadi pengedar blouse ni.. Tapi matlamat utama saya adalah untuk membantu peniaga2 wanita dan Melayu kita mendapatkan produk yang cantik, murah dan berkualiti.. Wanita kena la support Wanita juga untuk bangunkan perniagaan dan kehidupan kan.. Memang produk yang cantik dan murah ada banyak sangat dalam pasaran.. Kita cuma tinggal pilih je mana2 yang kita nak.. Tapi persoalannya sekarang, ramai orang tak tahu kat mana nak cari produk2 ni.. Jadi saya harap, produk ni dapat membantu anda menambah koleksi produk2 sedia ada dalam perniagaan anda.. Dan sekiranya anda baru nak mulakan perniagaan, mungkin anda boleh cuba dulu blouse ni untuk test market.. Ramai orang yang mulanya ragu2 nak beli produk ni, sekarang dah jadi agent kami pun.. hehehe.. Bisnes mereka pun semakin berkembang naik.. Alhamdulillah.. Syukur sangat bila blouse ni dapat menambah nilai hidup orang lain juga..

Okey, pada anda yang nak dapatkan blouse ni secara borong boleh whatsapp saya di 019-6799980 ya..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
FB: The Gallery Hujungminggu.My
Website: www.hujungminggu.my

No comments:

Post a Comment