Saturday, 27 February 2016

Goodies Istimewa Untuk Semua Kenduri Kahwin

Assalamualaikum semua..

Dah beberapa hari tak bersiaran di blog ni.. Sebenarnya saya agak sibuk menguruskan pesanan pelanggan, dan pada masa yg sama menguruskan pengeluaran produk pertama saya yg 100% ciptaan saya sendiri.. Saya excited sangat nak tunggu produk ni keluar.. Maklum je la selama ni saya hanya mengambil produk2 borong terus dari sumber.. Tapi kali ni saya nak cuba untuk hasilkan produk ciptaan sendiri.. hehe.. Rupanya banyak perkara yg kita kena fikir dan buat untuk menghasilkan produk2 sendiri ni.. Tapi nasib baik saya ada pembantu.. Dapat la juga bantu2 menguruskan bisnes ni sambil2 saya mencari idea dan berurusan dengan tukang2 jahit untuk beg patchwork ni nanti.. hihi..

Oh ye, sekarang ni musim orang kahwin kan.. Patut la pun ramai yang mencari goodies untuk kenduri ni.. Terbaru, ada customer yang repeat order goodies dari saya.. Sebelum ni dia beli 30 pcs goodies macam dalam gambar ni untuk majlis tunangnya bulan lepas.. Sekarang ni sebab berpuas hati sangat2 dengan kualiti dan keunikan goodies ni, customer ni repeat order lagi untuk majlis nikahnya nanti.. Alhamdulillah, seronok rasanya bila saya dapat bantu orang ramai mencari produk2 untuk majlis istimewa mereka.. Maklum la kan, kahwin ni sekali seumur hidup.. So mestilah kita nak rancang majlis yang terbaik kan.. Tak kisahlah walau berapa pun bajet kenduri kita tu nanti, yang penting adalah kesempurnaan.. Betul tak..? Haa.. Mesti ramai yang setuju saya cakap ni kan.. Hmm sempurna tu tak semestinya kena bajet besar2 tau.. Kadang2 bajet rendah sekalipun, asalkan kita tau macam mana nak rancang perbelanjaan dengan sebaiknya, banyak belanja yang kita boleh jimatkan.. Contoh terbaik adalah dengam goodies macam kat gambar bawah ni la.. Nampak seperti mahal kan.. Tapi percaya tak, kosnya sangat2 murah dan berbaloi2..









Apa yang anda boleh letak dalam goodies box ni..? Haa macam2 anda boleh letak tau.. Boleh letak souvenir, makanan, kekacang, coklat, gula2 dan macam2 la.. Nak biarkan goodies box ni kosong mcm ni je pun dah cun sangat dah.. Cuma tinggal ikat dengan riben je.. lepas tu, tadaaa.. Dah cantik pun.. hehe.. Mudah sangat2 nak isi souvenir dalam ni.. Tetamu anda pun mesti suka.. Malah ada yang mungkin berebut2 bekas ni tau.. Sebab comel dan unik sangat kan.. Haa barulah majlis anda nampak 'ada style' kan.. Tak gitu..? Hehe..

Okey, pada anda yang berminat nak dapatkan bekas ni boleh whatsapp saya di 019-6799980 ye.. Insyaallah saya akan bantu anda untuk menyempurnakan majlis istimewa anda nanti.. Consultation percuma je.. :-)


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
FB: The Gallery Hujungminggu.My
Website: www.hujungminggu.my

Friday, 19 February 2016

Pemborong Blouse & Beg Online

Assalamualaikum semua..

Adakah anda seorang peniaga yang..

  • Menjual blouse & beg secara online dan offline..?
  • Ingin menambah koleksi blouse & beg di kedai @ butik anda..?
  • Tercari2 blouse & beg yang cantik dan menarik, tapi harga murah..?


Atau anda mungkin..

  • Baru nak mulakan perniagaan tapi tak tahu nak menjual produk apa..?
  • Nak menjana pendapatan tapi tak tahu caranya..?
  • Mencari cenderahati yg boleh diborong utk majlis2 dan kenduri2 di rumah..?
  • Sedang mencari produk yg boleh diborong untuk jualan & mengisi tabung persatuan di Kampus @ Pejabat..?
  • Mencari blouse & beg yg boleh diborong utk kegunaan sendiri..?


Kalau jawapan anda adalah 'YA' bagi salah satu atau kesemua persoalan di atas, maka tak syak lagi anda memang berada di laman blog yang betul.. Kalau tak, macam mana anda boleh sampai ke laman blog saya ji kan.. Dah semestinya pencarian anda ada kaitan dengan blog yang anda sedang baca sekarang ni..

Macam mana saya boleh membantu anda..?

Haa.. Kalau anda nak tau, di The Gallery Hujungminggu.My, kami mempunyai pelbagai koleksi beg yang cantik2, menarik dan unik untuk anda dapatkan secara borong.. Produk beg yang paling laris dan mendapat permintaan yang sangat2 tinggi adalah tote bag dan beg patchwork.. Walaupun kami ada banyak koleksi beg yang lain untuk wanita, remaja dan kanak2, tapi kedua2 beg ni adalah antara 'hot item' di Galeri kami.. So, kalau anda seorang peniaga, individu atau organisasi yang mencari beg2 yang menarik untuk diborong atau dijual semula, saya memang sangat2 mencadangkan anda mengambil kedua2 jenis beg ni sebab memang dah 'proven' dalam pasaran yg produk ni mempunyai demand yg sangat tinggi.. So, ia lebih mudah untuk anda menjana pendapatan sebab memang dah ada pasaran / pelanggan yang suka dan minat.. Ini adalah berdasarkan pengalaman kami selama beberapa tahun dalam industri beg ni.. Buat anda yang nak borong sebagai cenderahati untuk majlis2, beg ni juga satu peluang yang baik utk anda sebab tetamu2 dan jemputan anda sudah pasti suka dengan koleksi yang cantik dan menarik ni seperti mana pelanggan2 kami yang suka dengan produk2 ni.. Tu pelanggan yang membeli dengan bayaran.. So, kalau tetamu yang dapat dengan percuma sahaja beg ni dah tentu la lebih berganda kegembiraan mereka kan.. hehe.. Dan antara sebagai penganjur atau tuan rumah pun pasti rasa seronok dan berpuas hati bila cenderahati anda mendapat pujian dari tetamu yang hadir kan..

Macam mana pula dengan blouse..? Okey, blouse ni memang jarang orang jadikan souvenir untuk tetamu di majlis2 atau kenduri.. Tapi dengan blouse ni anda boleh jadikan 'uniform' untuk gadis2 comel dan pembantu di majlis2 anda nanti.. Untuk gabungan lebih mantap, blouse ni boleh digandingkan dengan skirt labuh dan tudung bercorak atau bunga2.. Barulah terserlah keayuannya kan.. Untuk peniaga pula, blouse ni memang banyak demand dari pelanggan disebabkan warnanya yg menarik dan materialnya yang sungguh selesa, sejuk dan sedap dipakai.. Ramai juga peniaga2 online yang dah borong blouse ni dengan kami sebab harganya yang tersangat2 murah dan menjimatkan.. Anda mesti tau betapa pentingnya kos dan harga untuk seorang peniaga kan.. Kadang2 tak boleh nak letak harga tinggi sangat sebab takut tak boleh nak jual.. So perkara yang selalu peniaga buat adalah bermain dengan kos la.. Tapi di The Gallery Hujungminggu.My, anda tak perlu risau.. Sebab bila anda memborong dengan minimum 5 helai, anda layak menikmati diskaun 40%.. Ada lagi.. Sekiranya pembelian anda melebihi RM200.00 (harga lepas diskaun), kami beri lagi bonus PERCUMA delivery ke seluruh Malaysia.. Ini termasuk Sabah dan Sarawak juga tau.. Haa.. Menarik tak..? Best kannn.. Offer ni sama utk pembelian beg juga.. Syaratnya adalah minimum pembelian 5 unit / helai sahaja..









Macam mana nak order..?

Untuk order, anda boleh hubungi Pengurus kami, Zakiah di 019-6799980 ya.. Consultation percuma je.. Tak nak beli lagi pun takpe.. Boleh tanya2 je dulu kat Pengurus kami okeyy.. Tak kena bayar pun utk consultation ni.. hehe.. Nak borong nanti baru bayar.. hihi.. Anda juga boleh layari Facebook kami The Gallery Hujungminggu.My atau website www.hujungminggu.my untuk info lanjut ya..


The Gallery Hujungminggu.My
019-67999980
FB: The Gallery Hujungminggu.My
Website: www.hujungminggu.my

Wednesday, 17 February 2016

Pemborong Blouse Online

Assalamualaikum Semua..

Sepanjang minggu ni saya banyak terima pertanyaan dari peniaga2 butik dan peniaga2 online yang berminat nak membeli blouse ni secara borong.. Alhamdulillah syukur sangat bila ramai yang suka dengan blouse2 ni.. Bukanlah saya nak puji produk sendiri, tapi saya pun pengguna juga tau.. Saya bukan setakat menjual, tapi blouse ni pun memang saya pakai sendiri setiap hari.. So, bila ada hari2 yang malas2 sikit nak gosong baju tu atau memang saya tengah rush haritu memang blouse ni la yang jadi target.. hehe.. Tapi serious..! Blouse ni memang selesa sangat.. Sebab lepas seharian kat Galeri, bila balik rumah saya masih boleh ke dapur masak2 dengan baju ni jugak.. Bukanlah maknanya balik tu memang malas nak tukar baju ke apa kan, tapi nak cerita betapa selesanya blouse ni sampai tak rasa pun sesak2 badan memakainya.. Memang lain sangat dari blouse2 lain yang pernah saya pakai.. So, sebab berpuas hati dengan kehebatan dan kualiti blouse ni la saya offer dan jual pada sahabat2 semua..

Okey, apa benefit yang peniaga2 dan pemborong2 semua akan dapat..? Haa.. Kalau sahabat2 semua nak tau, dengan pembelian minimum 5 helai sahaja, anda dah layak menikmati diskaun 40% tau.. Dan kalau pembelian anda melebihi RM200.00 (selepas tolak diskaun), kos penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia..! YA, percuma termasuk Sabah dan Sarawak yea.. Tapi kalau pembelian dibawah RM200.00 tu caj penghantaran mengikut kadar semasa Pos Laju ye.. So, mana yang lebih jimat..? Mestilah membeli borong pada harga RM200.00 kan.. Sebab anda hanya perlu membayar harga produk je.. Harga pos laju saya akan menanggungnya.. Lagi banyak anda membeli, lebih banyak la anda boleh berjimat.. Betul tak..?






Sebenarnya di The Gallery Hujungminggu.My, saya bukan sekadar menjadi pengedar blouse ni.. Tapi matlamat utama saya adalah untuk membantu peniaga2 wanita dan Melayu kita mendapatkan produk yang cantik, murah dan berkualiti.. Wanita kena la support Wanita juga untuk bangunkan perniagaan dan kehidupan kan.. Memang produk yang cantik dan murah ada banyak sangat dalam pasaran.. Kita cuma tinggal pilih je mana2 yang kita nak.. Tapi persoalannya sekarang, ramai orang tak tahu kat mana nak cari produk2 ni.. Jadi saya harap, produk ni dapat membantu anda menambah koleksi produk2 sedia ada dalam perniagaan anda.. Dan sekiranya anda baru nak mulakan perniagaan, mungkin anda boleh cuba dulu blouse ni untuk test market.. Ramai orang yang mulanya ragu2 nak beli produk ni, sekarang dah jadi agent kami pun.. hehehe.. Bisnes mereka pun semakin berkembang naik.. Alhamdulillah.. Syukur sangat bila blouse ni dapat menambah nilai hidup orang lain juga..

Okey, pada anda yang nak dapatkan blouse ni secara borong boleh whatsapp saya di 019-6799980 ya..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
FB: The Gallery Hujungminggu.My
Website: www.hujungminggu.my

Tuesday, 16 February 2016

Promosi Produk di Karnival Ayuh Johor Sihat 2016, Johor Bahru

Assalamualaikum semua..


Lupa pula saya nak share aktiviti2 promosi kami sepanjang Karnival Ayuh Johor Sihat 2016 di Johor Bahru pada 29-30 Januari 2016 yang lepas.. Sebenarnya saya join Karnival ni secara tak sengaja lepas ternampak iklan membuka booth di Karnival ni di laman Facebook.. Alhamdulillah.. Pengalaman mengadakan promosi ni sungguh menyeronokkan sebab saya bukan sahaja dapat menjual produk2 dalam perniagaan saya ni, tapi juga dapat berkenalan dengan ramai pelanggan dan prospek pemborong.. Lebih penting lagi, ini adalah peluang terbaik untuk saya memperkenalkan jenama The Gallery Hujungminggu.My kepada orang ramai.. Yes, nama The Gallery Hujungminggu.My ni memang unik kan.. Sebenarnya saya dapat idea nama perniagaan ni secara tiba2 je masa saya memandu balik dari kampung halaman.. Masa tu saya cuma fikirkan satu nama yang unik, menarik dan senang orang nak ingat.. So fikir punya fikir, maka dapatlah idea nama The Gallery Hujungminggu.My ni.. Sekali tengok nama ni orang mesti akan fikir saya ni menjual produk2 percutian atau pelancongan kan.. Sebab hujung minggu biasanya dikaitkan dengan percutian.. Tapi, saya cuba kaitkan nama ni dengan produk2 perniagaan saya, dan terhasil lah tagline 'setiap hari bagaikan hujungminggu' hehe.. Sebenarnya saya mahukan semua pelanggan yang datang membeli belah di Galeri saya berasa seronok, dan keindahan pengalaman membeli belah tu bagaikan hari hujung minggu, iaitu hidup penuh gembira tanpa stress.. Haa.. macam tu la lebih kurangnya.. hehe.. Tengok tu, bila dah mula menulis memang tak boleh berhenti kan.. Ada je benda nak cerita kan.. hehehe..

Okey berbalik pada promosi di Johor Bahru, orang kata 'photo speaks a thousand words'.. Okey marilah kita tengok beberapa gambar yang sempat saya snap masa aktiviti promosi kami bulan lepas..







Masa jalan balik dari Johor Bahru, saya sempat juga singgah di Melaka untuk menyambung aktiviti2 promosi.. Alhamdulillah sambutan yang saya terima sungguh menggalakkan.. So, kesimpulan yang saya dapat buat sepanjang 2,3 hari di Johor Bahru dan Melaka - Sebenarnya ramai peniaga yang tercari2 produk2 beg yang cantik dan menarik macam yang saya jual ni.. Tapi tak ramai yang tau kat mana nak dapatkan stok produk2 ni.. Jadi, saya harap dengan adanya informasi di blog ni saya dapat sedikit sebanyak membantu peniaga2 mendapatkan bekalan beg2 ni untuk perniagaan mereka.. Haa.. Raya pun ada beberapa bulan je dari sekarang kan.. So, sekarang ni anda dah kena mula cari stok yang terbaik dan buat promosi kepada pelanggan.. Nak tunggu bulan Ramadhan nanti..? Hmm masa tu mungkin dah ramai yang menjual produk yang sama seperti anda dan harganya pula pasti berlipat kali ganda.. Jadi jangan ketinggalan, dan mulakan langkah anda sekarang..

Nak tau produk2 yang menarik untuk diborong..? Jom whatsapp saya di 019-6799980 okey..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
FB: The Gallery Hujungminggu.My
Website: www.hujungminggu.my

Beg untuk Travel, Bercuti, Balik Kampung & Outstation

Assalamualaikum Semua..


Ada tak kat sini sahabat2 yang mencari beg yang cantik, simple dan menarik untuk dibawa pergi bercuti, balik kampung dan outstation..? Haa kalau ada, mari saya perkenalkan sahabat2 semua dengan satu beg yang sungguh istimewa ni.. Saya namakan beg ni sebagai 'Bourgainvillea'..

Beg ni bersifat 'waterproof', jadi ia dapat melindungi barang2 peribadi anda dari rosak atau kembang akibat terkena air hujan.. Kadang2 perasan tak bila kita jalan2, tiba ada hujan datang secara tiba2.. Atau kita jalan2 kat flee market tiba2 ada air yang turun mencurah2 terkena kita, padahal tu kawasan berpayung dan berbumbung kan.. Bila pergi mandi manda kat kawasan air terjun pula, habis barang2 kita terkena basah air tu kan.. Frust tak bila pakaian yang kita nak pakai tiba2 semuanya basah..?  Dah tentu la kita jadi tak selesa kan.. Tapi jangan risau, dengan Bourgainvillea ni semua masalah anda dapat diatasi..

Bourgainvillea ni mempunyai ruangan dalam yang cukup luas dan besar untuk menyimpan barang2 anda.. Hanya letakkan sahaja keperluan anda dalam ruangan Bourgainvillea ini kemudian anda bebas bergerak ke mana2 sahaja yang anda ingin pergi.. Disebabkan ia mempunyai 1 sahaja ruang, jadi ia memudahkan anda untuk mencari barang2 dan anda tak perlu  pening2 kepala untuk selongkar poket2 yang banyak untuk mencari barang2.. Mudah kan..

Ada lagi.. Beg ini juga mempunyai satu lagi beg kecil khusus untuk anda menyimpan barang2 kosmetik, ubat2, supplements, toiletries dan apa2 juga barang2 berharga yang lain.. Hanya simpan sahaja barang2 tu dalam beg kecil ni, kemudian zip dan masukkan dalam ruangan bes yang lebih besar.. Ingat tau, beg ni bersifat 'waterproof', jadi ia melindungi barangan anda dari basah atau hujan.. Bila anda dah tak perlukan lagi Bourgainvillea ni, lipatkan sahaja beg bersaiz besar dan simpan dalam beg bersaiz kecil tu.. Ia sungguh menjimatkan ruang dan boleh disimpan di mana2 ruangan di rumah, atau bawa sahaja ke dalam handbag anda.. Mana tau, anda mungkin memerlukannya pada masa2 kecemasan kan..

Okey jom kita tengok gambar2 Bourgainvillea ni dan antara warna2 menarik untuk anda pilih..











Bourgainvillea ni harganya cuma RM30.00 sahaja, belum termasuk kos pos laju.. Untuk pembelian retail, sekiranya anda membeli 2 set beg ni saya berikan percuma pos laju.. Jadi anda hanya perlu membayar harga beg sahaja.. Tapi sekiranya anda ingin lebih berjimat atau ingin berniaga beg2 ni, dengan minimum pembelian 5 set, anda akan dapat diskaun 40%.. Sekiranya pembelian anda melebihi RM200.00, kos pos laju adalah percuma.. Woww ni barulah namanya betul2 seronok kan.. 

Di The Gallery Hujungminggu.My, kami bukan sekadar menjual, tapi juga menyebarkan manfaat kepada orang ramai.. Berminat nak dapatkan beg2 ni..? Boleh whatsapp saya terus di 019-6799980 ya..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
FB: The Gallery Hujungminggu.My
Website: www.hujungminggu.my

Nantikan Produk Terbaru Kami di Pasaran..!

Assalamualaikum..

Apa khabar sahabat2 semua..? Harapnya sihat2 je la yea.. Maklum la lepas musim cuti sekolah ni dengar cerita ramai yang sakit dan demam2 kan.. Haa demam nak masuk kerja dan sekolah balik la tu kan.. hihihi..

Oh ye, dah lama saya tak bersiaran kat blog kegemaran ramai ni.. Tapi diam bukan tin kosong tau.. Cuma saya sedang merangka pelan perniagaan untuk produk2 terkini The Gallery Hujungminggu.My ni.. InsyaAllah dalam beberapa minggu ni saya akan keluarkan produk terbaru yang 100% reka cipta syarikat saya sendiri.. Sebelum ni saya hanya mengambil produk2 dari luar negara untuk edaran di pasaran Malaysia.. Tapi Alhamdulillah selepas buat sedikit inovasi dan market research, akhirnya saya dapat hasilkan produk2 yang 100% hasil reka cipta saya sendiri.. InsyaAllah bila produk2 ni siap nanti saya akan umumkan pada anda semua ye.. Tak sabar rasanya nak tunggu produk ni siap dan tunjuk pada anda semua.. hehe.. Terima kasih banyak2 pada pelanggan2 dan pemborong2 yang sentiasa memberi sokongan pada saya dan team The Gallery Hujungminggu.My.. Berkat sokongan dan feedback dari anda juga la kami hasilkan produk2 terbaru ni.. Harapan saya semoga produk baru ni nanti akan lebih memberi manfaat pada pengguna, dan yang lebih penting lagi ia dapat membantu peniaga2 dan pemborong2 mendapatkan produk yang terbaik untuk perniagaan mereka.. Oh ye, sebenarnya bukan peniaga2 je yang memborong beg2 syarikat saya ni tau.. Ramai juga individu dan orang perseorangan yang memborong beg2 ni untuk dijadikan cenderahati di majlis2 dan kenduri2 di rumah mereka.. Antaranya untuk majlis aqiqah dan pertunangan.. Ada juga yang memborong beg2 ni untuk mengisi telekong2 untuk majlis khatam Al-Quran.. Alhamdulillah seronok saya dengar bila beg2 yang saya jual ni dapat memberi manfaat pada orang lain.. Ini pun salah satu jihad kita dalam agama, betul tak.. Semoga kita semua sentiasa beroleh rahmat dan keberkatan dari Allah swt.. InsyaAllah..



Okey, pada anda yang mencari2 produk terbaik untuk perniagaan anda atau produk untuk dijadikan cenderahati di majlis2 istimewa anda boleh whatsapp saya atau team The Gallery Hujungminggu.My di 019-6799980 yea.. Dengan minimum 5 produk je, anda layak menikmati diskaun 40%.. Lebih banyak anda memborong, lebih banyak duit anda boleh dijimatkan.. Jangan lupa whatsapp 010-6799980 okey..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
FB: The Gallery Hujungminggu.My
Website: www.hujungminggu.my