Bila setiap pagi anda bangun, apa benda pertama yang fikir..? Adakah anda rasa seronok dan teruja nak pergi kerja..? Atau anda rasa stress, malas dan sakit hati nak mengadap orang-orang di tempat kerja..? Agak-agaknya anda dalam kategori yang mana ye..
Harini ramai kawan-kawan saya yang menghadapi masalah di tempat kerja sehingga terbawa-bawa masalah ni dalam personal life, dan akhirnya menambah masalah lain dalam hubungan kekeluargaan & kesihatan.. Aduhai, kenapa masalah kat tempat kerja pun boleh memudaratkan hidup diri sendiri..? Tak kesian ke kat diri sendiri dan keluarga yang terpaksa menerima tempias masalah ni.. Pernah juga saya tanya diorang kalau tak happy dengan apa yang kita tengah buat sekarang ni, kenapa tak berhenti kerja saja..? Tapi respond yang dapat, kebanyakkan diorang ni ada banyak hutang yang membuatkan diorang susah untuk berhenti kerja sebab takut takde gaji untuk tampung keperluan hidup.. Sedihkan bila fikir hidup ni.. Sampai kadang-kadang kita fikir mudahnya hidup orang lain.. Tak perlu susah-susah pun nak cari duit sebab duit selalu datang dekat diorang.. Eh kejap..! Mana kita tau hidup diorang senang..? Diorang pun pernah susah juga.. Tapi sebab azam yang kuat untuk perbaiki ekonomi diri sendiri, diorang berjaya dan enjoy apa yang diorang ada sekarang..
Dulu, saya pun macam tu jugak.. Hampir setiap hari bank telefon sebab saya terlupa untuk bayar kad kredit.. Sebenarnya bukan saya lupa, tapi sebab saya pun menunggu gaji untuk banyar hutang-hutang tu.. Yela, hidup di bandar dengan gaji RM3,000 sebulan apa je la yang tinggal untuk kita kan.. Memang saya tak lupa kenangan yang mencengkam jiwa ni.. hehe.. Apa pun, syukur Alhamdulillah, sebab Allah permudahkan hidup saya dan menunjukkan saya jalan keluar dari masalah ini sehinggalah saya bertemu dengan perniagaan The Gallery Hujungminggu.My ni..
Harini, saya berniaga bukan sekadar untuk perbaiki ekonomi sendiri, tapi juga untuk menambah nilai hidup orang lain.. Sebab saya tau, kat luar sana lebih ramai lagi orang yang menghadapi masalah serupa dengan saya dulu.. Insyaallah dengan kepakaran dan pengalaman yang saya ada, saya akan bantu mereka yang benar-benar nak ubah hidup mereka dari biasa-biasa sahaja kepada hidup yang luar biasa.. Saya tak boleh jamin anda boleh kaya raya, tapi kan lebih baik dari kita duduk saja dan tak buat apa-apa kan..
Macam mana saya boleh bantu anda..? Di The Gallery Hujungminggu.My, saya membantu pengguna dan usahawan mendapatkan handbag, wallet, cenderahari dan aksesori wanita yang cantik dan menarik dengan harga yang rendah secara runcit dan borong.. Haa.. Raya pun dah nak dekat kan.. Kalau anda benar-benar nak ubah hidup, jom sertai saya dan team The Gallery Hujungminggu.My dalam komuniti bisnes.. Mana la tau, untung bisnes ni nanti boleh la nak cover belanja hari raya nanti.. Ops! Jangan lupa tau, masa musim raya nanti banyak harga barang yang akan mula naik.. Haa... So, dari sekarang la kita kena ambil tindakan kan.. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan.. Tak gitu..? Hehehe.. Untuk consultation borong produk-produk The Gallery Hujungminggu.My boleh hubungi saya ye..
Sampai jumpa lagi..
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
FB: www.facebook.com/hujungminggu.my
No comments:
Post a Comment