Friday, 20 March 2015

Borong Handbag lagi..

Assalamualaikum semua..


Haa.. Beginilah keadaannya setiap kali saya restock produk-produk The Gallery Hujungminggu.My.. Dah macam Senawang dilanda todak kan.. hehehe.. Kalau nak tau, ada antara produk ni yang saya ambil di China, dan ada juga yang saya ambil dari Indonesia.. Dan yang paling penting, saya sendiri turun ke China dan Indonesia untuk buat pemilihan produk satu persatu bagi mengawal kualiti setiap produk yang diambil.. So, kat sini takde isu saya ambil secara 'bulk' ye, sebab semua produk memang saya teliti betul-betul supaya takde produk yang reject.. Yela, siapa yang nak beli produk yang rosak kan..? Saya pun tak nak buang duit beribu-ribu ambil produk yang tak elok, dan akhirnya rugi pada diri sendiri kan..




Apa produk yang ada kat The Gallery Hujungminggu.My ni..? Haa ada macam-macam la.. Antaranya handbag, wallet, souvenir dan aksesori wanita.. Bukan tu saja tau, beg sekolah dan handbag kanak-kanak pun ada tau.. Mesti la, bukan wanita je nak anggun dan bergaya tau.. Kanak-kanak pun nak kelihatan menarik juga, especially masa musim raya.. Boleh la nak isi duit raya dalam handbag tu kan.. hehe.. Kalau nak tau, produk kanak-kanak la yang paling laris sekali masa saya bukak bazaar Ramadhan, sebab normally parents ni tak berapa kisah sangat nak belanja untuk anak-anak ni.. Tapi jangan risau, semua produk The Gallery Hujungminggu sangat best dan tip top tau.. Memang tak rugi la kalau beli tu.. Sangat berbaloi-baloi..

Ada antara pemborong yang ambil produk The Gallery Hujungminggu.My ni dan jual semula secara online, dan ada jual yang jual di bazaar.. Alhamdulillah, ramai pelanggan yang suka sangat dengan produk The Gallery Hujungminggu.My ni sebab design yang sangat cantik dan menarik.. Paling penting, harganya pun sangat berpatutan dan mampu milik tau.. 

Oh ya, selain borong, produk The Gallery Hujungminggu.My pun ada dijual retail secara online di  website Hujungminggu.My dan Popdonna Concept Boutique, Senawang.. Tapi macam biasa, harga borong dan harga retail ada sedikit berbeza ya.. Sebab borong ni memang khusus saya tawarkan untuk bisnes.. Haa.. Walaupun harga berbeza, tapi produk The Gallery Hujungminggu.My tetap mantap, luar biasa dan meletop habis atau.. hehe..

Okey, kalau ada yang nak dapatkan produk The Gallery Hujungminggu.My boleh roger saya okey.. Anda tau mana nak cari saya kan.. hehe..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
FB: www.facebook.com/hujungminggu.my
E-mel: hujungminggu.my@gmail.com

No comments:

Post a Comment