Monday, 23 March 2015

3 Panduan Penting Mix & Match Handbag dengan Pakaian

Assalamualaikum Ladies..


Mana satu yang anda biasa buat..? Beli handbag dulu, kemudian baru beli baju atau beli baju dulu, kemudian baru beli handbag..? Sebenarnya dua-dua pun boleh.. Handbag ni tak terikat sangat dengan baju, malah satu handbag pun boleh digayakan dengan banyak baju kalau anda pandai "mix and match" handbag tu dengan baju yang ingin di pakai.. Haa apa "mix and match" tu..? Maksudnya anda gabungkan pelbagai handbag, baju & aksesori mengikut bersesuaian dan citarasa anda.. Kalau anda kreatif, handbag boleh transform personaliti diri anda menjadi lebih cantik dan menawan.. 

Kadang-kadang pernah tak kita tengok kenapa ada sesetengah orang tu bila berfesyen nampak cantik dan bergaya sangat sehingga kita rasa dia pakai barangan yang mahal atau mungkin dari golongan yang berada.. Sebenarnya bukan isu dia orang berada atau pakai barangan mahal tau, tapi sebab dia pandai menggayakan handbag dan aksesori yang dipakai, atau lebih tepat lagi dia pandai 'membawa' dirinya dengan fesyen.. Tapi lain orang lain gaya fesyennya tau.. Sebagai contoh, fesyen yang pakai oleh orang kurus tak semestinya sesuai dengan orang gemuk.. So, kita kena kenal pasti fesyen yang sesuai dengan kita, kemudian pilih aksesori yang menarik untuk digayakan dengan tubuh badan kita.. 

Berapa orang kat sini yang tahu cara nak gayakan handbag dengan pakaian yang dipakai..? Okey kali ni saya nak share 3 panduan penting bagaimana nak "mix & match" handbag dengan pakaian yang dipakai:

1. Gaya Classy tapi Trendy

Untuk menampilkan gaya yang classy tapi trendy, anda boleh pilih handbag yang sesuai dengan dengan kasut dan aksesori yang dipakai seperti rantai mutiara.. Pemilihan handbag dan aksesori ini boleh dipakai pada setiap masa tidak kira apa jua majlis yang dihadiri

2. Gaya Mempersona dan 'eye-catching'

Kalau anda ingin kelihatan menawan atau ingin cipta 'eye-catching look' pada penampilan anda, pilih handbag dengan warna yang terang atau corak penuh manik / labuci.. Kemudian, gayakan handbag ini bersama baju / dress dan kasut corak plain.. Dengan cara ini, anda telah menaikkan seri diri anda melalui design handbag yang menawan / gaya mewah.. Gaya ini sesuai untuk majlis-majlis makan malam

3. Gaya Multi-Coloured 

Untuk gaya Multi-Coloured, anda boleh pilih handbag mengikut salah satu warna dari baju yang dipakai.. Sebagai contoh, kalau baju anda ada elemen warna merah, pilih la handbag dari warna merah atau warna-warna lain yang bersesuaian untuk mewujudkan elemen neutral atau focal point dalam fesyen yang dipilih..


Selamat mencuba dan semoga anda sentiasa cantik dan menawan setiap hari..!


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com

No comments:

Post a Comment