Saturday, 2 January 2016

Motivasi Kejayaan: BIG WHY?

Assalamualaikum semua..


Harini entri saya penuh dengan cerita motivasi dan tip-tip kejayaan dalam hidup, kewangan dan perniagaan.. Bukan apa, harini energy dan aura positif tu terasa makin bertambah-tambah banyak dicas dalam diri saya.. Macam kebetulan je pula harini berkenalan dan terjumpa artikel orang-orang yang kaya dan berjaya ni.. Dan yang paling penting, semuanya orang-orang melayu kita.. Sebab tulah saya rasa happy sangat nak tulis entri pasal motivasi dan tips kejayaan untuk anda semua ni.. hihi.. Saya pasti anda yang berkunjung ke laman blog saya ni pun orang-orang yang hebat juga.. Orang-orang hebat yang benar-benar nak mengubah kewangan dan kualiti hidup.. Kalau tak, tak mungkin anda temui dan berjaya menembus masuk laman blog ini kan.. Insyaallah kandungan dalam blog ini akan membantu anda memperbaiki taraf ekonomi dan kewangan anda di tahun 2016.. Amin.. Saya pun akan doakan untuk anda juga..

Apa "BIG WHY" anda..?




Orang selalu kata nak buat bisnes..! Tapi kenapa nak buat bisnes..? Sebab nak baiki kewangan..! Kenapa nak baiki kewangan..? Supaya dapat income lebih..! Kenapa nak dapat income lebih..? Percaya tak ramai orang yang tak tau kenapa dia nak baiki kewangan.. Memang betul baiki kewangan tu untuk menjana wang yang lebih.. Tapi kenapa..? Kenapa nak nak jana wang lebih tu..? Haa, disitulah terletaknya "BIG WHY".. Tapi apa "BIG WHY" tu? Itulah yang kita namakan "purpose in life".. Penyebab utama atau tujuan utama yang mendesak anda untuk mengubah taraf kewangan anda sekarang..! Penyebab utama yang kalau hujan ribut taufan badai tsunami melanda sekali pun anda tetap akan bangkit berdiri dan kalau jatuh tersungkur pun anda akan bangkit bangun kembali.. Itulah "BIG WHY" anda.. Boleh jadi "BIG WHY" tu adalah anak-anak anda sendiri.. Atau mungkin beban hutang kewangan dan kemiskinan hidup.. Takde siapa yang tahu dan boleh tentukan apa "BIG WHY" anda.. Hanya anda sendiri yang boleh tentukan apa "BIG WHY" anda dan macam mana nak baiki kehidupan yang lebih baik macam orang berjaya yang lain..

Perasan tak kenapa kadang-kadang kita tengok mudahnya hidup orang lain tu.. Tak pernah ada masalah kewangan.. Tinggal kat rumah besar.. Pakai kereta mewah.. Hidup pun bahagia je anak beranak.. Tiap-tiap bulan pergi melancong ke luar negara.. Ahaa.. Kita tak boleh bandingkan hidup kita dengan orang lain.. Latar belakang kita tak sama.. Kita dibesarkan pun dengan cara yang berbeza.. Pendedahan yang kita dan dia dapat dah pastilah takkan sama.. Kan semua rezeki, jodoh dan mati tu Allah dah tentukan untuk kita.. Cuma mungkin belum tiba masanya yang sesuai untuk Allah beri.. Sebab apa..? Sebab Allah nak lihat berapa kuat kita berusaha, berapa tabah dan kuatnya iman kita dengan ujian yang Allah berikan pada kita.. Allah rindu nak dengar kita berdoa, merintih, menangis dan merayu-rayu kepadaNya.. Dan bila tiba masanya nanti, Allah akan kurniakan rezeki yang berlipat-lipat kali ganda pada kita.. Cuma sekarang Allah nak latih kita supaya bila sampai masa yang tepat nanti, kita lebih bersedia dan bersyukur dengan nikmat yang Dia akan berikan.. Jadi, jangan kecewa atau putus asa ye.. Bersangka baiklah pada Allah.. Peringatan ni pun untuk diri saya sendiri juga.. Yela, kadang-kadang bila kecewa kita akan duduk menangis kan.. Menangis tu boleh, tapi jangan lama-lama sangat okey.. Cukuplah sekadar melepaskan perasaan dihati.. Tapi lepas tu kita kena terus bangkit dan rancang strategi untuk berjaya.. Ingat, kita ada "BIG WHY" tu kan.. Setiap kali kecewa, selalulah ingatkan diri kita dengan "BIG WHY" tu..


Semoga artikel ni bermanfaat untuk anda dan saya doakan anda berjaya dunia dan akhirat.. Amin..



The Gallery Hujungminggu.My 
Pengedar Beg dan Cenderahati untuk wanita dan kanak-kanak
019-6799980
hujungminggu.my@gmail.com
www.hujungminggu.my

No comments:

Post a Comment