Sunday, 4 September 2016

Tempahan Beg Patchwork untuk Seminar, Kursus dan Kenduri Kahwin

Assalamualaikum semua..


Sekarang ni setiap hujung minggu je ramai yang buat kenduri dan seminar-seminar perniagaan kan.. Pejabat-pejabat Kerajaan pun banyak yang buat aktiviti dan kursus di hujung minggu.. 

Haa.. Sebut pasal kenduri, seminar dan kursus ni kan, biasanya kita akan cari goodie bag untuk diberi pada tetamu majlis dan peser-peserta kursus betul tak..? Tapi pernah tak anda terfikir kali ni nak beri goodie bag yang lebih istimewa sikit untuk majlis dan seminar anda nanti..? Yela, selalu tu kita beri beg biasa je kan.. Tapi untuk kali ni apa kata anda buat sesuatu yang lebih luar biasa dengan memberi beg patchwork dari The Gallery Hujungminggu.My ni pulak.. Amacam..?

Okey sebelum kita berkenalan dengan kelebihan-kelebihan beg patchwork ni.. Apa kita tengok dulu gamabr-gambar beg patchwork kat bawah ni.. Orang kata tak kenal maka tak cinta kan.. Jadi biarlah gambar yang berbicara.. hehehe












Okey inilah beberapa gambar tentang beg patchwork yang kita tengah bercerita sekarang ni.. Produk ni semua 100% design kami ye.. Jadi memang anda takkan jumpa di mana-mana pun design dan warna yang macam ni di mana-mana di pasaran Malaysia.. Jadi, beruntung tau kalau anda dapatkan beg ni sebab memang beg ni sangat jarang-jarang sekali ada dalam pasaran Malaysia ni..

Okey sekarang jom kita berkenalan dengan beg patchwork ni pula:

  1. Beg patchwork ini terdapat dalam 6 pilihan warna dan corak seperti gambar-gambar di atas ni
  2. Beg patchwork ini dijahit menggunakan teknik quilt yang cantik dan menarik dengan corak English
  3. Beg patchwork ini dibuat dari kain cotton berkualiti tinggi jadi ia tahan lebih lama dan tak mudah koyak
  4. Beg patchwork ini mempunyai ruangan dalam yang selesa dan besar untuk menyimpan barang peribadi si pemakainya
  5. Beg patchwork ini dilengkapi zip untuk memberi "extra protection" untuk menyimpan barangan peribadi si pemakainya
  6. Beg patchwork ini dilengkapi tali yang boleh disarungkan ke bahu, jadi ia lebih mudah dibawa ke mana-mana
  7. Beg patchwork ini sejuk dan sangat selesa dipakai pada bila-bila masa sahaja
  8. Beg patchwork ini sangat cantik dan sesuai dipakai sendiri atau dijadikan cenderahati untuk apa-apa sahaja majlis seperti kenduri kahwin, pertunangan, aqiqah, seminar perniaagaan dan kursus untuk pejabat-pejabat Kerajaan
Banyak kan kelebihan beg patchwork ni.. Sampai letih juga la tangan saya nak tulis.. hehe.. Tapi memang serious beg ni sangat best..! Bukan sebab saya menjualnya.. Tapi memang cantik.. Masa saya buka bungkusan beg yang baru siap ni haritu pun ada la dekat 100x saya puji beg ni cantik hehehe.. Warnanya semuanya segar bugar.. Jadi memang sangat sesuai untuk golongan muda belia macam student, pensyarah, cikgu-cikgu dan pekerja-pekerja pejabat.. Harganya cuma RM45.00 sahaja.. Tapi untuk pembelian borong ada diskaun 40% + percuma kos penghantaran untuk pembelian melebihi RM300 (harga lepas diskaun).. Haa memang best kan.. Kalau anda tinggal jauh dari Negeri Sembilan, Melaka dan KL, jangan risau tau.. Sebab kami memang boleh pos pesanan beg ni terus ke rumah anda.. Tapi untuk mereka yang berhajat untuk datang ke Galeri kami di Senawang, Negeri Sembilan memang sangat-sangatlah saya alu-alukan.. Tapi kena buat temujanji dulu ye.. Sebab takut kalau takde orang nanti kesian pula datang jauh-jauhkan.. 

Okey pada yang nak call atau whatsapp boleh hubungi saya di 019-6799980 ye..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980


No comments:

Post a Comment