Tuesday, 6 September 2016

Pelanggan Puji Produk HM Sangat Cantik dan Berkualiti..!

Assalamualaikum semua..

Pagi ni saya rajin sikit update blog ni.. Baru lepas sarapan so idea pun mencurah-curah hehehe.. Sahabat-sahabat semua sarapan apa..? Pagi-pagi kena bertenaga sikit buat kerja tau baru ada semangat kan..

Kali ni tak nak cerita pasal produk sangat.. Tapi saya nak cerita tentang pengalaman bisnes yang saya buat ni.. Sebelum ni saya pernah buat promosi beg-beg ni di Johor Bahru.. Seingat saya promosi tu sempena dengan Karnival Johor Sihat untuk mengisi tabung sebuah Jabatan di Hospital Sultan Ismail JB untuk pesakit-pesakit di sana.. Okey, masa saya buat promosi tu memang ramai la pelanggan yang datang.. Tapi yang paling berkesan di hati saya adalah bila ada seorang pelanggan ni yang tenung je kedai saya dari jauh.. Dalam hati takut juga kan kalau-kalau ada yang nak mencuri ke apa kan.. Dah la waktu ramai orang kan.. Macam mana nak perasan kalau ada produk kita kena bawa lagi kan.. Tapi saya masih fikir positif la dan melayan pelanggan ni macam biasa seperti yang saya layan pelanggan-pelanggan lain.. Okey, rupanya saya salah faham.. Maafkan saya.. Sebab pelanggan ni rupanya termenung melihat produk-produk saya.. Sebab dia sangat suka dengan kualiti dan design produk ni.. Sebab dia kata memang tak jumpa produk-produk ni kat tempat lain.. Betul, memang produk ni jarang sangat kita jumpa kat tempat lain tau.. Saya bukan cakap sebab saya yang menjual tau.. Tapi memang saya tau produk ni sangat jarang ada dalam pasaran.. Sebab itulah saya bawa masuk produk ni untuk jualan di Galeri HM saya.. So, kembali pada cerita pelanggan tu tadi, dia kata nak memborong produk-produk saya sebab tertarik dengan kualiti dan design produk-produk saya.. Sebenarnya ramai yang mencari produk-produk yang terbaik dalam pasaran kan.. Cuma kadang-kadang mereka tak jumpa produk yang dicari.. Tapi insyaallah di Galeri saya ni anda akan jumpa produk-produk yang terbaik sesuai dengan keperluan dan kehendak anda..

Okey bercerita tu cerita juga kan.. Jom saya share sikit beberapa keping gambar yang saya ambil masa karnival tu.. 







Ramai juga pelanggan yang berkunjung ke booth kami masa tu.. Sampaikan ada staff saya terpaksa tido dalam booth la.. hehehe.. Kenangan sungguh.. Okey jangan lupa terus follow blog saya okey.. Pada anda yang nak borong beg-beg untuk wanita, remaja dan kanak-kanak boleh ke website www.hujungminggu.my atau untuk cepat boleh whatsapp saja 019-6799980 yea..

Insyaallah di entri akan datang saya share lagi cerita-cerita menarik yang lain ye.. Kbai..


The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
www.hujungminggu.my
FB: The Gallery Hujungminggu.My

No comments:

Post a Comment