Alahai.. Mendengar nama penyakit ni pun dah cukup gerun.. Apatah lagi melihat empunya badan yg menanggungnya.. Tapi dia kuat..! Dia cukup kuat melawan penyakit no.1 wanita ni..
Beberapa minggu lepas saya sempat berkenalan dengan seorang wanita ni.. Penampilannya biasa sahaja dengan blouse dan skirt labuh.. Make-up pun sederhana.. Tapi orang tau dia bukan insan biasa..! Dia insan hebat yang dipilih Allah untuk ujian yang hebat ini..
I am a breast cancer survivor..! Saya pengidap penyakit barah payudara..! Penyakit no.1 pembunuh wanita..! - Inilah ayat2 pertama semasa wanita ini memulakan bicara.. Dewan menjadi sunyi sepi dan tekun mendengar ucapan wanita ini.. Ucapan yang pada saya sungguh memberi inspirasi kepada semua wanita di Malaysia.. Saya sendiri tak dapat membayangkan kalau saya berada di tempatnya.. Macam2 yang saya fikir masa tu.. Keluarga.. Anak2.. Ibu bapa.. Amal ibadat.. Cukup bersediakah kita menghadapinya..? Ya, satu perkara yang bermain2 di fikiran pesakit2 kanser ni sudah pastilah maut yang akan menjemput mereka ke alam sana.. Mati itu pasti.. Tapi adakah kita dah cukup bersedia dengan amalan kita..?
Tapi saya kagum dengan semangat wanita ini.. Walaupun dia tahu kemungkinan yang bakal dihadapi, tapi dia sentiasa senyum, positif dan tenang.. "Saya merayu semua wanita buatlah pemeriksaan penyakit ini di hospital.. Janganlah tunggu sehingga ke saat2 akhir.. Jika waktu itu anda berada di stage 4 tiada gunanya lagi untuk anda menyesal.. Jangan takut untuk buat rawatan kimoterapi.. Saya sendiri buat rawatan ini dan Alhamdulillah saya bersyukur hari ini saya masih dapat berdiri depan anda semua.." Saat ini airmata seperti mahu gugur.. Wanita ini yang diuji dengan cabaran yang sungguh berat masih mampu tersenyum, ketawa dan memberi inspirasi kepada orang ramai.. Sedangkan kita yang sihat sempurna sentiasa berputus asa dan hidup dengan rasa kecewa.. Bahkan nak ucap rasa syukur pun jarang sekali.. Terasa kerdil sangat diri ni bila membandingkan dengan wanita itu.. Allah memilih dirinya untuk memberi kesedaran & inspirasi kepada wanita2 lain.. Kesedaran tentang penyakit berbahaya ini.. Kesedaran tentang nilai2 kehidupan.. Kesedaran tentang kasih sayang.. Kesedaran untuk bangkit dan melawan dari kekecewaan..
Cerita wanita ni tak habis disitu sahaja.. Beberapa hari lepas saya dapat tahu rupanya wanita ni banyak buat kerja2 kebajikan untuk kanak2.. Malah, wanita ni juga banyak berkongsi cerita inspirasinya dengan persatuan2 wanita yang lain.. Aduhai sekali lagi saya terasa diri ini kerdil.. Teringat saya pada ceramah ustaz yang selalu saya tonton di tv, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga.. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak Allah gandakan rezeki kita.. Betul.. Konsep rezeki dah berlaku banyak di depan mata.. Cuma antara kita sedar atau pun tak je.. Takpe cerita tentang rezeki tu nanti saya share di entri akan datang ye..
Sebenarnya ada lagi kisah menarik yang saya nak kongsi dengan antara tentang wanita istimewa ini.. Bagi saya, dia sungguh istimewa.. Sebab kalau saya sendiri pun saya tak mampu nak hadapi cabaran yang besar macam ni.. Mungkin sebab itulah Allah tulis cabaran yang berbeza untuk manusia yang berbeza kan.. Hanya mereka yang tabah dan mampu menghadapinya sahaja Allah beri ujian yang macam tu.. Boleh jadi juga Allah ciptakan manusia hebat macam ni sebab nak beri mesej untuk kita.. Betul tak..? Ya Allah.. Saya benar2 rasa insaf..
Di entri akan datang juga saya akan cerita lagi macam mana wanita ini bangkit dari kekecewaan dan menjadi insan hebat seperti ini.. Dan juga sumbangan yang dia buat untuk kanak2 dan masyarakat.. Maaf la saya tak dapat nak siarkan gambar wanita ini.. Apa pun, saya harap perkongsian ini benar2 dapat memberi manfaat dan inspirasi pada anda semua..
Sharing is caring..
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
Website: www.hujungminggu.my
Translate
ReplyDeleteTurn off instant translation
795/5000
Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, Adakah anda serius memerlukan pinjaman segera, adakah anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman syarikat, dan semua jenis pinjaman pada kadar faedah 2%, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapat semua pinjaman masing-masing dan meraikan musim baru dengan senyuman di wajah mereka.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui email {} mariasednerloanfirm@gmail.com
Maklumat Peminjam:
Nama penuh: _______________
Negara: __________________
Seks: ______________________
Umur: ______________________
Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: _______
Tempoh Pinjaman: ____________
Pinjaman destinasi: _____________
Nombor telefon: ________
Ibu maria