Assalamualaikum semua..
Ramai yang kata hidupnya kesempitan tak boleh simpan duit sebab kos hidup di bandar yang meningkat..! Barang menjadi mahal.. Bil pun semakin mahal.. Gaji bulanan hanya cukup2 membayar hutang.. Tak boleh nak menyimpan pun..
Saya banyak berdepan dengan kawan2 yang macam ni.. Tapi bila saya tanya, pernah buat simpanan ke tidak..? Ramai yang kata "macam mana nak buat simpanan, duit gaji pun cukup2 makan je.. Mana nak bayar hutang lagi". Hmm itu bukan jawapan tapi alasan..! Hehehe
Apa yang sepatutnya kita buat adalah macam ni : Setiap kali gaji masuk, kita bahagikan duit tu kepada beberapa tabung..
♡ Tabung sekolah anak2
♡ Tabung utiliti + sewa rumah
♡ Tabung duit dapur
♡ Tabung simpanan masa depan
♡ Tabung wang untuk dibelanjakan
♡ Tabung kesihatan
♡ Tabung Kecemasan
♡ Tabung hutang2 - personal loan, car loan, ptptn
♡ Tabung utiliti + sewa rumah
♡ Tabung duit dapur
♡ Tabung simpanan masa depan
♡ Tabung wang untuk dibelanjakan
♡ Tabung kesihatan
♡ Tabung Kecemasan
♡ Tabung hutang2 - personal loan, car loan, ptptn
Senarai tabung ni anda boleh tetapkan sendiri mengikut keperluan anda.. Mungkin ada boleh peruntukan beberapa percent dari gaji tu untuk masuk ke dalam tabung2 ni.. Bila dah selesai urusan untuk masuk dalam tabung ni baru la anda bayar hutang2 yang lain.. Bukannya bayar hutang2 dulu lepas tu baru nak fikir untuk menyimpan.. Percaya atau tak, pada masa anda decide untuk menyimpan tu duit kat tangan dah habis pun.. Betul tak..? Hehehe.. Sebenarnya dengan cara ni juga anda boleh lihat prestasi kewangan anda.. Anda boleh tengok sama ada anda masih ada wang dan mampu untuk buat pinjaman atau perbelanjaan yang lain..
Jadi, untuk menjawab soalan macam mana nak buat tabungan atau simpanan ni kalau gaji cukup2 makan je.. Sebenarnya tabung2 ni nampak banyak, tapi tak semestinya anda kena letak RM100 sebulan dalam setiap tabung.. Kalau RM5 sebulan pun dah memadai untuk membuat tabungan.. Asalkan anda konsisten setiap bulan dan tak kacau duit2 tu untuk benda2 yang lain.. Untuk lebih mudah mengira, anda buat sistem percentage.. Berapa percent anda nak letak dalam setiap tabung mengikut keperluannya..
Benda yang paling penting yang anda kena ingat dan tanam dalam jiwa, hati dan sanubari adalah "simpan, simpan dan simpan..!" Terutamanya golongan wanita.. Sebab kita tak tau apa akan jadi pada masa depan.. Biasanya kita fikir benda yang buruk2 la kan sebagai persediaan.. Bayangkan kalau tiba2 anda kehilangan suami disebabkan kemalangan atau apa2 jua bencana.. Anda pula kebetulan tidak bekerja.. Atau kalau anda bekerja, anda mjngkin tak pernah buat simpanan.. Macam mana dengan kehidupan anda selepas ni..? Macam mana dengan anak2..? Keperluan sekolah dan harian anak2..? Kalau suami ada buat tabungan atau duit pencen, syukur Alhamdulillah ada juga rezeki untuk anda dan anak2 kan.. Tapi bayangkan kalau semua tu tiada dan anda harus memulakan semula kehidupan..? Haa.. Inilah sedikit sebanyak senario kehidupan yang anda kena fikirkan..
Macam mana nak buat tabungan lebih bila duit anda betul2 tak mencukupi untuk wang simpanan..? Anda boleh mulakan dengan perniagaan.. Tak semestinya perniagaan besar dengan modal yang banyak.. Tapi cukup la perniagaan kecil2 yang dapat membantu anda menjana pendapatan dan memulakan amalan menabung.. Sekarang ni pun banyak produk2 di pasaran yang anda boleh bantu jual tanpa perlu keluarkan modal pun.. Mungkin ada boleh mulakan dari situ.. Mulakan sebagai agent dropship atau affiliate.. Insyaallah pasti anda berjaya..!
Pada anda yang berminat dengan beg2 patchwork pula boleh borong dengan saya.. Beg ini dibuat dari kain cotton berkualiti tinggi dengan corak bunga2 ala Inggeris yang menarik.. Ramai yang dah dapatkan produk ini dan berpuas hati dengan kualitinya.. Alhamdulillah produk ni juga telah menbantu mereka menjana pendapatan sampingan.. Syukur Ya Allah sebab dengan produk ni saya dapat bantu ramai orang memperbaiki hidup mereka.. Inilah jihad saya dalam perniagaan..
Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak membantu anda mencari jalan keluar dalam masalah kewangan ni ye.. Semoga jumpa lagi..
The Gallery Hujungminggu.My
019-6799980
FB: The Gallery Hujungminggu.My
Website: www.hujungminggu.my
019-6799980
FB: The Gallery Hujungminggu.My
Website: www.hujungminggu.my
No comments:
Post a Comment